Penjimatan dan kemenangan menanti penyokong bola sepak ⚽

Musim bola kembali lagi dengan perlawanan yang dinanti-nanti antara Johor Darul Ta’zim FC dan Terengganu FC. Sebagai penaja rasmi, Grab meraikan demam bola ini dengan pelbagai penjimatan dan peluang untuk memenangi bermacam-macam hadiah eksklusif. Jom saksikan.

🏆 Liga Super
⚽ Johor Darul Ta’zim FC dan Terengganu FC
📅  26 Julai 2024, 8.15 mlm
📍 Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
📺 Secara langsung di saluran TV rasmi

Peluang menang, tidak kira di stadium atau di rumah!

Tonton di rumah? Dari 20-26 Julai 2024, pesan sajian di GrabFood dan isikan kod promosi DEMAMBOLA untuk menyertai Peraduan GrabFood Demam Bola (Liga Super).

10 pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM100:

🎁1 Tahun Langganan GrabUnlimited
🎽Jersi Grab × MFL Edisi Terhad

Cara-cara menyertai Peraduan

Lengkapkan sebanyak mungkin pesanan GrabFood dengan mana-mana restoran yang tersenarai di dalam aplikasi Grab serta menggunakan kod promosi DEMAMBOLA sebelum pembayaran pesanan dilaksanakan dan berpeluang untuk memenangi Hadiah yang lumayan (“Peraduan”).

Kelayakan

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh MyTeksi Sdn Bhd (“Grab”) dan adalah terbuka kepada semua pengguna aplikasi Grab di Malaysia (“Peserta”), tertakluk pada terma dan syarat berikut. 
  2. Semua Peserta dikehendaki mempunyai akaun Grab yang aktif untuk menyertai Peraduan ini.
  3. Mana-mana Peserta di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada penjaga mereka yang sah sebelum mengambil bahagian dalam Peraduan ini.
  4. Semua pekerja Grab (sama ada yang tetap atau kontrak tempoh tetap) atau agensi-agensi Grab dan ahli-ahli keluarga terdekatnya adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.
  5. Mana-mana transaksi Grab yang dilakukan di luar Malaysia tidak akan layak untuk menyertai Peraduan ini. 

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan berlangsung pada 20 Julai 2024, 12.00 pagi hingga 26 Julai 2024, 11.59 malam – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”).
  2. Mana-mana transaksi yang dibuat selepas tamat Tempoh Peraduan tidak akan layak untuk sebarang Penyertaan.
  3. Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk meminda, mengubah, tidak melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir Tempoh Peraduan tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, dan tiada sebarang pembayaran ganti rugi sama ada dalam bentuk tunai atau apa-apa sahaja bentuk yang akan diberikan.

Peraturan Penyertaan

  1. Peraduan ini akan berlangsung di aplikasi Grab dan dibahagikan kepada dua peringkat seperti berikut: –

a) Peringkat Pertama:

Peserta dikehendaki untuk membuat pesanan dengan mana-mana restoran di GrabFood dengan menggunakan kod promosi DEMAMBOLA dalam Tempoh Peraduan; dan

b) Peringkat Kedua:

Hanya terbuka kepada Peserta yang terpilih sahaja, dan Peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz dengan betul dalam Borang Google yang dihantar oleh Grab kepada Peserta melalui mesej peti masuk aplikasi Grab Peserta.

(Secara kolektif dirujuk sebagai “Penyertaan”

Peringkat Pertama

  1. Peserta akan disenaraikan secara automatik ke dalam Peraduan ini sebaik sahaja Peserta melengkapkan sekurang-kurangnya satu pesanan dengan mana-mana restoran di GrabFood dengan menggunakan kod promosi DEMAMBOLA, yang melayakkan Peserta untuk mendapat diskaun RM0.01.
  2. Setiap pesanan yang dilaksanakan di GrabFood dengan menggunakan kod promosi DEMAMBOLA semasa Tempoh Peraduan ini akan diterima sebagai Entri Peraduan (“Entri Peraduan”).
  3. Namun demikian, bilangan Entri Peraduan yang diperolehi oleh para Peserta akan berubah berdasarkan kepada jenis pesanan yang dibuat oleh para Peserta.
  4. Peserta yang membuat pesanan dengan menggunakan kod promosi DEMAMBOLA melalui:

(a) GrabFood; akan memperolehi satu (1) Entri Peraduan bagi setiap pesanan tersebut;

(b) Pesanan Kumpulan GrabFood (“Group Order”); akan memperolehi (2) Entri Peraduan bagi setiap pesanan tersebut.

Sebagai Contoh:

Situasi

Ali telah melaksanakan beberapa pesanan melalui Grab antara 20 Julai 2024 hingga 26 Julai 2024 seperti berikut:

Tarikh


Jenis Pesanan


Bilangan Entri Peraduan


20 Jul 2024

GrabFood

1

22 Jul 2024

GrabFood (Group Order)

2

26 Jul 2024

GrabFood (Group Order)

2

Pengiraan
Bilangan Entri Peraduan yang dikumpulkan oleh Ali setakat 22 Jun 2024 adalah:

1 + 2 + 2 = 5 Entri Peraduan

5. Kedua-dua jenis pesanan sama ada melalui penghantaran atau ambil sendiri adalah diterima untuk Peraduan ini.

6. Mana-mana pesanan yang dilakukan oleh Peserta dengan menggunakan mata GrabRewards, promosi-promosi Grab dan/atau langganan-langganan Grab lain tidak akan membatalkan kelayakan Peserta dalam Peraduan ini.

7. Kiraan bagi jumlah keseluruhan Entri Peraduan Peserta akan diambil kira selepas tamat Tempoh Peraduan.

Peringkat Kedua

  1. Sejurus tamat Tempoh Peraduan, lima ratus (500) Peserta dengan jumlah Entri Peraduan yang tertinggi akan dipilih untuk menjawab soalan kuiz dalam Borang Google yang disediakan oleh Grab. Sekiranya berlaku situasi seri di kalangan 500 Peserta tersebut, keutamaan akan diberikan kepada Peserta yang memiliki nilai jumlah transaksi yang lebih tinggi.
  2. Peringkat Kedua Peraduan ini akan berlangsung pada 31 Julai 2024, 12.00 pagi hingga 4 Ogos 2024, 11:59 malam – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan Kuiz”) dan hanya terbuka kepada Peserta yang terpilih sahaja.
  3. Peserta yang terpilih akan menerima Borang Google melalui mesej peti masuk aplikasi Grab Peserta.
  4. Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz dengan tepat dalam Borang Google tersebut dan selepas itu, kembalikannya kepada Grab dalam Tempoh Peraduan Kuiz yang telah ditetapkan.

Pemilihan/Pemberitahuan Pemenang:

  1. Pemenang hanya akan dipilih di kalangan Peserta yang mencapai Penyertaan lengkap.
  2. Pemenang akan ditentukan berdasarkan ketepatan jawapan dalam Borang Google yang telah dihantar, dengan keutamaan diberikan kepada Penyertaan yang diterima pada awalnya.
  3. Sejumlah sepuluh (10) Peserta yang akan dipilih sebagai pemenang bagi Peraduan ini dan setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah.
  4. Para pemenang akan dihubungi oleh Grab dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tamat Tempoh Peraduan Kuiz melalui mesej peti masuk aplikasi Grab dan emel bagi arahan lanjut berkenaan proses penerimaan Hadiah masing-masing. Mana-mana pemenang yang gagal untuk memberikan respons kepada mesej peti masuk mereka dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dihubungi akan kehilangan kelayakannya sebagai pemenang dan Grab merizabkan haknya untuk memberikan Hadiah tersebut kepada pemenang yang lain.
  5. Grab tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

Hadiah 

  1. Para pemenang bagi Peraduan ini akan menerima: –
    (a) satu (1) tahun langganan GrabUnlimited yang percuma; dan
    (b) sehelai (1) edisi terhad Jersi Grab x Malaysian Football League (MFL)
    (Secara kolektif dirujuk sebagai “Hadiah”).
  2. Pemenang mengakui bahawa pengenalan, termasuk NRIC atau lesen yang memaparkan gambar pemenang mungkin diperlukan semasa proses penerimaan / penebusan Hadiah. Grab berhak untuk membatalkan Hadiah mana-mana pemenang yang tidak menyediakan butiran yang diperlukan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Peraduan ini.
  3. Semua Hadiah yang diberikan tidak boleh dikembalikan, ditukar, dikumpul, dipindah milik, dan ditebus dengan wang tunai atau ganjaran lain. 
  4. Terma penggunaan Hadiah bagi langganan GrabUnlimited akan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
  5. Pemenang Hadiah memahami dan mengakui bahawa Grab bukanlah penyedia/pengeluar/pengilang Hadiah tersebut dan tidak mempunyai kawalan ke atas reka bentuk, pembuatan, atau kualiti Hadiah. Hadiah disediakan ‘sebagaimana adanya’ dan tanpa sebarang jaminan, secara nyata atau tersirat. Grab tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada penggunaan atau pemilikan Hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecacatan atau kerosakan Hadiah. Pemenang bersetuju untuk melepaskan, menanggung rugi dan tidak memudaratkan Grab daripada sebarang dan semua tuntutan, liabiliti, kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk kos peguam yang munasabah, yang timbul daripada atau berhubungan dengan penerimaan, penggunaan atau pemilikan Hadiah, tanpa mengira sama ada tuntutan tersebut timbul daripada kecuaian Grab, pelanggaran kontrak atau sebab tindakan lain. 

Terma dan Syarat Umum

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengakui, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Peserta dengan ini bersetuju bahawa Peserta akan mematuhi Terma Perkhidmatan Grab yang terpakai bagi perkhidmatan Grab yang disediakan, sepertimana yang ditetapkan dalam Aplikasi Grab/Aplikasi Pemandu/Penghantaran Grab.
  3. Grab merizabkan hak tunggal dan mutlak sepenuhnya untuk menarik balik, meminda, dan/atau mengubah mana-mana bahagian terma dan syarat yang berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan Hadiah dengan ganjaran lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Peserta, dan Peserta dengan ini bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.
  4. Grab merizabkan hak, atas budi bicara tunggalnya, untuk mengecualikan / membatalkan penyertaan mana-mana Peserta dalam Peraduan ini tanpa sebab dan tanpa notis, khususnya jika: –

a) Peserta bukanlah Peserta yang layak atau berkelayakan;

b) Peserta gagal memenuhi semua atau sebahagian Terma & Syarat yang dinyatakan di sini;

c) Peserta terlibat dalam kelakuan yang Grab anggap tidak sesuai atau tidak dapat diterima;

d) Peserta telah melanggar mana-mana Terma & Syarat atau peraturan lain Peraduan ini, atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan; dan

e) Sebab-sebab lain yang Grab anggap sesuai atas budi bicara tunggal-nya.

5. Peserta bersetuju bahawa terma dan syarat di sini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau perwakilan yang tidak konsisten yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain untuk Peraduan ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi mana-mana bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai pada setiap masa (jika ada).

6. Peserta mengakui dan bersetuju bahawa Grab mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, mengubahsuai, menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan maklumat yang dikemukakan oleh Peserta (jika ada), termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, atau gambar Peserta dalam apa jua cara yang difikirkannya sesuai bagi tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti dan untuk apa-apa sebab lain sekalipun tanpa notis lanjut diserahkan kepada Peserta, dan Peserta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan pemilikan, pembayaran atau pampasan ganti rugi terhadap bahan-bahan tersebut.

7. Keputusan Grab dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat lanjut atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

8. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan oleh Peserta atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian keuntungan, kerugian jangkaan, kerugian punitif, kerugian tidak langsung, kerugian khusus, kerugian insidental, atau kerugian turutan, atau bagi kerugian lainnya dan sebarang tuntutan yang berkaitan dalam apa jua bentuk, termasuk tuntutan secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, turutan, atau kerosakan lain yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan Peraduan ini.

9. Terma dan syarat bagi sebarang Hadiah yang diberikan dalam bentuk langganan/tiket/baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam langganan/tiket/baucar tersebut. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat Peraduan ini dengan terma dan syarat langganan/tiket/baucar, terma dan syarat langganan/tiket/baucar akan digunapakai (jika ada).

10. Setiap Hadiah haruslah dituntut/ditebus dalam tempoh yang ditetapkan (jika berkenaan). Sebarang Hadiah yang tidak dituntut pada akhir tempoh boleh dilucuthakkan, dilupuskan, atau didermakan, atas budi bicara Grab, dan tiada sebarang tuntutan untuk pembayaran atau pampasan akan dilayan.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta membenarkan dan memberikan persetujuan kepada Grab untuk mengumpul, mengguna, mendedah serta memproses data peribadi Peserta bagi memudahkan pengendalian Peraduan ini (termasuk memaklumkan para pemenang, mengumumkan pemenang di platform dalam talian Grab, menjalankan proses penghantaran serta penerimaan Hadiah) dan bagi tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan tanpa sebarang pampasan, selaras dengan undang-undang privasi yang berkenaan dan Notis Privasi Grab (https://www.grab.com/my/terms-policies/privacy-notice/).

12. Para Peserta menjamin dan bersetuju bahawa (a) Penyertaan Peserta tidak pada bila-bila masa melanggar atau menyalahi mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada hak privasi, hak milik intelektual, hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan; (b) Penyertaan Peserta adalah asli dan tidak pernah dipamerkan atau diterbitkan dalam sebarang bentuk media, termasuk dan tidak terhad kepada internet, radio, video, siaran televisyen dan tidak pernah digunakan atau dihantar untuk sebarang peraduan yang diadakan di mana sahaja di dunia ini.

13. Peserta mengakui, memahami, dan bersetuju bahawa Peserta dikehendaki mematuhi piawaian komuniti dan mengekalkan tingkah laku yang beradab semasa menyertai Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengelak daripada perkongsian kandungan yang tidak sesuai, lucah, menghina, menyinggung perasaan, ganas, palsu, berbahaya, atau menyalahi undang-undang. Grab merizabkan haknya untuk mengambil sebarang tindakan, termasuk tindakan undang-undang atau penyingkiran kandungan, dalam kes di mana tingkah laku Peserta telah melanggar piawaian komuniti yang ditetapkan atau yang menimbulkan risiko kepada integriti Grab.

14. Peserta bersetuju bahawa Peserta tidak akan mempersoalkan segala keputusan Grab tanpa had atau pembatasan, dan sekiranya berlaku sebarang pertikaian sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Peraduan ini, segala keputusan Grab adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

15. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia. 

Sokong pasukan anda di stadium? Tak perlu lagi pening kepala soal parkir, tempah saja GrabCar Saver untuk ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan nikmati penjimatan hingga 20%!

Bagi mereka yang ke stadium, kunjungi booth dan trak makanan GrabFood 5-Star kami untuk menikmati makanan 5 bintang percuma, menyertai permainan dan peluang memenangi barangan eksklusif serta baucar keseluruhan bernilai RM1,000

Dah bersedia untuk menang? 

Jumpa di sana! 

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.