Hati-hati dengan emel, SMS atau panggilan mencurigakan yang meminta maklumat peribadi.


Di Grab, kami mengambil berat tentang keselamatan dan berusaha untuk memastikan privasi anda dilindungi. Oleh itu kami tidak akan meminta data peribadi atau maklumat log masuk anda.

Untuk memastikan akaun Pemandu Grab anda selamat, kami syorkan anda mengikuti tip-tip berikut.




Berhenti

Jangan balas, tekan atau buka sebarang pautan/lampiran daripada emel atau SMS yang meminta maklumat log masuk, walau daripada sesiapa pun.

Tiada sesiapa yang patut mempunyai akses kepada akaun anda, kecuali anda. Ini termasuklah Grab, keluarga dan rakan baik anda.

Periksa

Sebelum anda mengisi maklumat log masuk, pastikan anda berada di laman https://www.grab.com atau aplikasi Pemandu Grab..

Jika anda berasa sangsi terhadap emel, panggilan atau SMS yang diterima, anda sentiasa boleh dapatkan nasihat daripada kami.

Beritahu Kami

Kami sentiasa memantau aktiviti mencurigakan di Grab. Jika anda terlihat atau terdengar sesuatu yang mencurigakan, sila hubungi kami agar kami boleh melindungi akaun anda.