Sertailah kempen Jom Jadi Rider!

Ahli keluarga dan rakan boleh membantu anda memenangi wang tunai dan mereka juga boleh menang dengan mendaftar sebagai Rakan-Penghantar Grab! Anda menang, mereka menang, sama-sama menang! Rujuk atau daftar dari 24 Jun hingga 31 Julai untuk peluang memenangi hadiah wang tunai. 

Cara-cara menyertai? Mudah sahaja! 

Rakan-Penghantar yang dirujuk mestilah mengaktifkan Aplikasi Pemandu Grab, dan mengambil beg penghantaran mereka dalam tempoh 24 Jun – 31 Julai 2021. 

Cepat! Lebih ramai anda rujuk, lebih cerah peluang anda untuk memenangi hadiah wang tunai! Para pemenang akan diumumkan di selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2021. Peraduan ini terbuka kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar di semua bandar KECUALI di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

 

Nak jadi Rakan-Penghantar?

 

Nak rujuk kawan? Lihat cara merujuk di bawah

Rujuk rakan dan ahli keluarga sebagai Rakan-Penghantar dari 24 Jun – 31 Julai 2021. Anda perlu buat sekurang-kurangnya 1 rujukan untuk mendapat 1 entri.

Cara untuk rujuk: 

  1. Tekan pautan ini di aplikasi Grab Driver anda (Pautan ini berfungsi di telefon bimbit sahaja) 
  2. Isikan maklumat peribadi rakan yang anda rujuk
  3. Hantarkan rujukan tersebut.

 

Terma dan Syarat

  1. Peraduan ‘Jom Jadi Rider’ dianjurkan oleh Grab Malaysia (“Penganjur”) dan berlangsung dari 24 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021, 11:59 mlm. (“tempoh peraduan”).
  2. Peraduan ini merupakan pemberian hadiah-hadiah percuma berikut (“hadiah-hadiah”) kepada Rakan-Penghantar atau Rakan-Pemandu yang memenuhi setiap syarat peraduan (“peraduan”). 
    1. Hadiah Utama x 1 pemenang: RM10,000 tunai yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
    2. Hadiah Pertama x 5 pemenang: RM5,000 tunai yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
    3. Hadiah Kedua x 10 pemenang: RM500 tunai yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
    4. Hadiah Saguhati x 150 pemenang: RM250 tunai yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
  3. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga. 
  4. Terdapat tiga (3) kategori peserta yang boleh menyertai peraduan: 
    1. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia semasa tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar baru”). 
    2. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar sedia ada”). 
    3. Rakan-Pemandu yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Pemandu sedia ada”). 
  5. Syarat-syarat untuk mendapat kemasukan ke dalam peraduan adalah seperti berikut. Sepanjang tempoh peraduan: 
    1. Setiap lapan (8) penghantaran Grab yang berjaya oleh Rakan-Penghantar baru, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Contohnya: 16 penghantaran akan mendapat 2 entri. 
    2. Setiap satu (1) rujukan bagi rider baru yang berjaya diaktifkan oleh Rakan-Penghantar sedia ada dan semua Rakan-Pemandu, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Rakan-Penghantar dikira sebagai aktif sebaik sahaja mereka mengambil beg penghantaran mereka secara fizikal. 
  6. Peraduan ini dibuka kepada Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di seluruh Malaysia KECUALI di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sahaja.
  7. Peraduan ini tidak terbuka kepada Alpha Grab.
  8. Sejumlah 166 orang pemenang akan dipilih melalui kaedah berikut: 
    1. 600 entri akan dicabut daripada jumlah entri yang terkumpul (“finalis”). 
    2. Pada 2 Jun 2021, para finalis akan menerima satu mesej inbox daripada Grab yang mengandungi satu borang Google yang perlu diisi dan dihantar dalam masa 24 jam. Borang tersebut akan mengandungi seksyen untuk finalis isikan satu slogan kreatif, “Saya patut menang hadiah ini kerana…” (jawapan mestilah dalam 15 patah perkataan ataupun kurang). 
    3. Para finalis yang memiliki slogan yang paling kreatif sepertimana yang dinilai oleh pihak Penganjur, akan ditentukan sebagai pemenang. 
  9. Para pemenang akan diumumkan dan dihubungi selewat-lewatnya 20 Ogos 2021 di mana butiran tentang cara-cara untuk mengambil hadiah akan diterangkan secara terperinci. 
  10. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah bersetuju untuk membenarkan Grab mengumumkan nama dan nombor plat kenderaan para pemenang dan/atau menyiarkan foto pemenang sebagai pemenang hadiah di dalam pengumuman pemenang kami
  11. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah memberikan tanda bahawa anda telah pun membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini. 
  12. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan dan diserahkan kepada pemenang berikutnya jika peserta tidak dapat mematuhi syarat-syarat ini. 
  13. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan jika pemenang tidak dapat dihubungi oleh wakil Grab sebelum 31 Ogos 2021. 
  14. Peraduan ini terbuka kepada para Rakan-Penghantar dan Rakan-Pemandu Grab di seluruh Malaysia KECUALI di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: Semua pekerja (tidak kira sama ada secara tetap ataupun kontrak bertempoh tetap) Penganjur dan ahli-ahli keluarga mereka yang terdekat. 
  15. Penganjur/Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta atau menolak mana-mana peserta yang dianggap sebagai tidak layak (sama ada berdasarkan Terma dan Syarat ini atau jika peserta didapati terlibat dalam perlakuan yang dirasakan tidak sesuai dan tidak boleh diterima oleh Penganjur). 
  16. Grab berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa. 
  17. Keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan oleh anda atau dakwaan daripada pihak ketiga atau kehilangan dalam segala bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian harta benda, sesuatu yang tidak memenuhi jangkaan, kesan yang membebankan, kerosakan secara tidak langsung, secara khusus, secara kebetulan, atau secara turutan atau bagi kerosakan-kerosakan yang lain dan sebarang dakwaan dalam segala bentuk, termasuk secara langsung, secara tidak langsung, oleh pihak ketiga, secara turutan atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau mempunyai kaitan dengan Peraduan ini.