Kita semua suka berjalan-jalan, namun ia tidak sama bagi insurans perjalanan. Proses permohonan dan membeli selalunya memakan masa, menyukarkan dan tidak mesra pelanggan. Ya, kami faham perasaan anda.
Sebab itulah kami menyediakan Travel Cover. Penyelesaian mudah dan inovatif bagi membeli insurans perjalanan untuk pergi bercuti, melancong atau lawatan perniagaan anda yang akan datang. Daripada mendapatkan sebut harga dengan segera sehinggalah menyimpan profil pengembara kegemaran dan butiran pembayaran anda, kami uruskan segalanya – hanya dengan beberapa ketikan pada Aplikasi Grab anda.
Kemudahan tanpa gangguan
Sebut harga segera dan pembelian terus dari Aplikasi Grab
Pembelian yang lancar
Simpan profil perjalanan diri, keluarga dan rakan untuk pembelian ciri yang mudah
Harga yang berpatutan
Premium bermula daripada serendah RM2.50 untuk perjalanan domestik dan RM5.50 untuk perjalanan antarabangsa
Ganjaran kesetiaan
Buka diskaun dan tawaran untuk pembelian anda yang seterusnya
Domestik Travel | Premium Harian untuk Perseorangan | Premium Harian untuk Satu Pasangan | Premium Harian untuk Satu Keluarga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Domestik | RM2.50 | RM4.90 | RM6.30 |
Antarabangsa Travel | Premium Harian untuk Perseorangan | Premium Harian untuk Satu Pasangan | Premium Harian untuk Satu Keluarga |
---|---|---|---|
Zon 1 | RM5.50 | RM10.70 | RM13.80 |
Zon 2 | RM9.00 | RM17.60 | RM22.50 |
Zon 3 | RM11.50 | RM22.40 | RM28.80 |
Kawasan Perlindungan Insurans | |
---|---|
Zon 1 | Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China (tidak termasuk Tibet dan Mongolia), Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Korea, Laos, Macau SAR, Maldives, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Vietnam. |
Zon 2 | Seluruh dunia termasuk Zon 1 (Tidak termasuk AS, Kanada, Timur Tengah, Nepal, Tibet, Mongolia & Cuba) |
Zon 3 | Seluruh dunia (Tidak termasuk Cuba) |
Domestik | Dalam Malaysia dan perjalanan lebih daripada 50 km dari tempat tinggal |
Buka Aplikasi Grab, ketik ‘Insurans’ pada skrin halaman utama
Ketik ‘Lihat’ (Travel Cover)
Dapatkan sebut harga segera dengan mengisi butiran anda (tempoh perjalanan, destinasi dan orang yang mengikuti perjalanan)
Sahkan pembayaran
Anda telah pun bersedia! Pembelian yang seterusnya akan membuka tawaran istimewa. Profil perjalanan dan butiran pembayaran telah disimpan untuk permohonan di masa akan datang.
Travel Cover menawarkan perlindungan perjalanan yang komprehensif daripada serendah RM2.50. Nikmati sehingga RM300,000 dalam bentuk pampasan yang merangkumi manfaat daripada perlindungan kemalangan diri dan perbelanjaan perubatan luar negara hingga kepada kelewatan bagasi dan perjalanan.
Jadual Manfaat | Jumlah Maksimum Tertanggung (Antarabangsa) |
Jumlah Maksimum Tertanggung (Domestik) |
|
---|---|---|---|
1. | Kematian dan Hilang Upaya - Dewasa - Kanak-kanak |
RM200,000 RM20,000 |
RM100,000 RM10,000 |
2. |
Perbelanjaan Perubatan Akibat Penyakit - Berumur sehingga 65 tahun - Berumur lebih daripada 65 tahun sehingga 75 tahun - Kanak-kanak |
RM300,000 RM300,000 RM60,000 RM300,000 RM300,000 RM60,000 |
RM20,000 RM20,000 RM20,000 Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan |
3. | Lawatan Ihsan |
RM10,000 | RM1,000 |
4. | Penjaga Anak |
RM10,000 | RM1,000 |
5. | Pemindahan Perubatan Kecemasan & Penghantaran Pulang | Tanpa Had | RM100,000 |
6. | Penghantaran Pulang Jenazah (Termasuk Pengebumian & Pembakaran Mayat) |
Tanpa Had | tedRM100,000 |
7. | Pembatalan Perjalanan - Perbelanjaan Pembatalan |
RM5,000 |
RM1,500 |
8. | Penyingkatan Perjalanan | RM5,000 | RM1,500 |
9. |
Kehilangan atau Kerosakan Barang dan Bagasi Peribadi - Sebarang had barang tunggal - Komputer Riba - Had Maksimum |
RM500 RM1,000 RM5,000 |
RM500 Tidak Berkaitan RM1,000 |
10. |
Kehilangan atau Kerosakan Dokumen Perjalanan |
RM5,000 | Tidak Berkaitan |
11. |
Kehilangan Wang Peribadi |
RM750 | Tidak Berkaitan |
12. |
Kegunaan Penipuan atas Kehilangan Kad Kredit |
RM500 | Tidak Berkaitan |
13. |
Kelewatan Bagasi (setiap 6 jam berturut-turut) Luar negara - Amaun setiap 6 jam - Had setiap keluarga Di Malaysia - Amaun setiap 6 jam- Had setiap keluarga |
RM150 RM800 Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan |
Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan RM150 RM600 |
14. | Kelewatan Perjalanan (setiap 6 jam berturut-turut) - Had Maksimum |
RM150 RM2,400 |
RM150 RM600 |
15. | Liabiliti Peribadi | RM1,000,000 | RM250,000 |
16. |
Elaun Kesulitan Rumah - Sebarang had barang tunggal |
RM3,000 RM500 |
Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan |
17. |
24 jam Bantuan Chubb Seluruh Dunia - 24 jam Akses Telefon - Bantuan Perubatan- Bantuan Perjalanan |
Termasuk |
Termasuk |
Untuk membeli Travel Cover, sila pastikan bahawa anda mempunyai baki yang cukup dalam GrabPay Wallet anda. Jika pembelian itu masih tidak berjaya, sila hantar borang Pusat Bantuan supaya kami dapat membantu anda.
Jika anda ingin mengubah atau mengemas kini sebarang butiran dalam polisi anda, sila hubungi Chubb di +603 2058 3181 (Isnin hingga Jumaat, 8:30 Pagi – 5:15 Petang, tidak termasuk cuti umum). Sila maklum bahawa sebarang perubahan yang dibuat secara terus dengan Chubb tidak akan dipaparkan dalam polisi anda pada aplikasi Grab.
Pergi ke aplikasi Grab > Insurans > Travel Cover dan klik pada ikon profil di bahagian atas kanan.
Tidak. Anda mesti membeli polisi anda sebelum berlepas dari Malaysia.
Ya. Untuk melindungi sebarang tarikh tambahan semasa dalam perjalanan, anda perlu membeli polisi yang lain melalui aplikasi Grab.
Ya. Rakan anda perlu membeli polisi berasingan menerusi aplikasi Grab miliknya sendiri.
Tidak. Polisi ini tidak menawarkan perlindungan untuk sebarang keadaan berkaitan kehamilan yang berpunca daripada atau komplikasi kehamilan, bersalin, keguguran (kecuali keguguran akibat kecederaan kemalangan).
Tidak. Polisi ini tidak melindungi sebarang keadaan perubatan sedia ada yang telah dikesan, dirawat atau diketahui pada individu pengambil insurans lebih kurang 12 bulan sebelum tarikh efektif Insurans Perjalanan.
Tidak. Anda tidak dilindungi jika anda terlibat secara langsung dalam sebarang tindakan keganasan atau jika anda menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh serangan pengganas menggunakan bahan nuklear, kimia dan/atau biologi.
Tidak. Anda tidak perlu membuat apa-apa bayaran tambahan. Anda akan dibayar amaun manfaat penuh sehingga jumlah yang tertanggung sekiranya anda memenuhi terma dan syarat Insurans Perjalanan.
Pasukan Bantuan Chubb bersedia untuk membantu anda. Sila hubungi talian 24 jam: +603 7628 3703 untuk sokongan segera.
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Chubb di +603 2058 3181 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang, tidak termasuk cuti umum).
Anda juga boleh menghubungi pasukan Pengalaman Pelanggan Grab di +1300805858.
Chubb merupakan syarikat insurans hartanah dan kasualti terbesar yang diperdagangkan secara umum di dunia. Operasi Chubb di Malaysia (Chubb Insurance Malaysia Berhad) menyediakan pelbagai penyelesaian insurans umum untuk individu, keluarga dan perniagaan, baik yang besar mahupun yang kecil melalui beberapa saluran edaran. Dengan budaya pengunderaitan yang kuat, syarikat menawarkan perkhidmatan yang responsif dan kepimpinan pasaran yang dibina di atas kekuatan kewangan. Chubb di Malaysia mempunyai rangkaian dengan 23 cawangan dan lebih daripada 2,600 Rakan Pengedar Bebas (Ejen).
Maklumat lanjut boleh didapati di www.chubb.com/my.
Travel Cover ditaja jamin oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad, sebuah perniagaan insurans am berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. GrabCar Sdn Bhd adalah pemegang polisi induk di bawah Dasar Induk, yang diedarkan oleh GrabInsure Agency (M) Sdn. Bhd., sebuah ejen berdaftar bagi Chubb Insurance Malaysia Berhad.
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.