GrabExpress kini tiba di bandar anda!

Pelbagaikan penghantaran dan tingkatkan pendapatan!

Memperkenalkan GrabExpress! GrabExpress ialah perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang lebih tertumpu kepada penghantaran bungkusan dan dokumen.

Gandakan penerimaan pesanan

Kebanyakan pesanan GrabExpress diterima pada waktu GrabFood kurang menerima pesanan. Ini bermakna anda akan berpeluang untuk meraih pendapatan sepanjang hari.

Perkhidmatan GrabExpress tersedia untuk seluruh kawasan:

  • Lembah Klang
  • Johor Bahru
  • Melaka
  • Pulau Pinang
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
  • Ipoh

Jadi anda boleh mengaktifkan GrabExpress di mana saja anda berada. Banyak pesanan GrabExpress diterima di dalam kawasan permintaan tinggi GrabFood, jadi anda boleh menerima pesanan untuk kedua-dua perkhidmatan tanpa perjalanan yang jauh.

Pendapatan lebih tinggi

Oleh kerana tambang GrabExpress dikira berdasarkan jarak penghantaran, anda berpeluang untuk mendapatkan lebih pendapatan kerana penghantaran GrabExpress biasanya lebih jauh. Sebagai tambahan, kami menyediakan bonus pengambilan jauh seperti GrabFood! Semak mesej insentif mingguan anda untuk maklumat lanjut.

Syarat penghantaran GrabExpress

Pastikan bungkusan yang anda terima dari pengirim mematuhi syarat-syarat di bawah;

  • Saiz kurang daripada 43cm x 43cm x 25cm

  • Berat kurang daripada 10 kg

  • Bernilai kurang daripada RM500

 

Pastikan juga bungkusan anda tidak mengandungi barangan di bawah;

  • Barangan mudah rosak (bunga, kek, kaca)

  • Barangan berbahaya, boleh meletup, atau mudah terbakar (termasuk power bank)

  • Barangan atau dokumen berharga (wang tunai, kad kredit atau debit, pasport, atau sebarang dokumen pengenalan diri)

  • Barangan terlarang (dadah, senjata)

  • Binatang hidup atau tumbuh-tumbuhan

  • Sebarang barangan tanpa bungkusan yang mudah rosak.

  • Barangan tiruan

  • Mayat atau bahagian badan manusia

  • Bahan pornografi

Apa tunggu lagi? Lengkapkan latihan di GrabAcademy dan mulakan penghantaran GrabExpress sekarang!