Banyak perniagaan kecil yang berdekatan anda kini memerlukan sokongan. Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda masih boleh menunjukkan keprihatinan, dengan sedikit bantuan daripada GrabFood.
Begini caranya untuk menyokong restoran, gerai dan penjaja kecil berdekatan anda. Cari seksyen Local Heroes di GrabFood dan buat pesanan!
Sama ada ingin berehat daripada memasak setiap hari atau mahu menikmati sajian kegemaran, setiap pesanan anda dapat membantu Local Heroes mengharungi saat ini.
Kita semua tahu rakyat Malaysia mencintai masakan negara mereka, jadi marilah kita salurkan sokongan kepada Local Heroes seperti Uncle Xian Noodles House, The Bassment, Ikan Bakar Bellamy, Balkis Nasi Kandar, dan banyak lagi!
Jom #RideItOutBersama.