Bakpo masok, boleh order sokmo!

Kebiasaannya makanan tempatan di Pantai Timur dimasak sendiri. Kalau tok sey masok, nak tukar selera kena kelik restoran. Sekarang ni mudah dengan GrabFood. Boleh order sokmo kalau tok sey masok

Bila fikiran terbantut dan tiada ilham, Slurpee Crank biasanya akan berehat dari membuat content dan order dari GrabFood. Lebih mudah begitu. Lagipun GrabFood sedang menawarkan diskaun 50% dengan kod promo HOTDEALS50.

1. Nasi Arab Jungle (Jungle Food Court), Kuantan

Seperti anak-anak muda yang lain, Slurpee Crank suka mencuba makanan asing termasuk nasi arab yang sangat popular di setiap lapisan masyarakat masakini. Contohnya ayam mandi, salah satu jenis nasi arab kesukaan ramai sebab rasanya yang sungguh enak dan luarbiasa. Mandi dalam bahasa Arab bererti embun. 

Pada Slurpee Crank, ayam mandi di Nasi Arab Jungle ni yang paling sedap yang pernah dirasainya. Bak embun, ayam yang dimasak dengan beras basmati dan rempah terpilih, amat lembut dan padat dengan perisa. Dagingnya lekang dari tulang setelah dimasak. Memang sedap sungguh.

2. Four Seasons Restaurant, Kota Bharu

Tak tau nak order apa di Four Seasons Restaurant? Slurpee Crank mengesyorkan Kari Kepala Ikan. Dia kata Kari Kepala Ikan di sini adalah antara yang terbaik yang pernah dirasainya. Slurpee Crank tidak akan teragak-agak untuk makan Kari Kepala Ikan dari restoran ini kerana rempahnya cukup dan amat berperisa. 

Kari Kepala Ikan ni memang lebih menyelerakan kalau dimakan bersama-sama keluarga. Tak perlulah keluar ke restoran untuk menikmatinya kerana ia boleh dipesan menerusi GrabFood.

3. Planet Lapar, Kota Bharu

Lapar? Teringin western food? Kata Slurpee Crank, ingat western food, ingat Planet Lapar. Makanan kegemaran Slurpee Crank dari restoran ini ialah Grilled Lamb atau kambing gril. Dari gigitan pertama kambing gril ini, ia memberikan rasa luarbiasa amat sangat, kata Slurpee Crank. 

Daging kambing digril dengan api sederhana membolehkan ia mengekalkan rasa tersendiri daging itu. Lemak dari daging kambing itu menambahkan lagi perisa kepada kambing gril.

4. Nasi Kandar Melayu N Iman, Kota Bharu

Slurpee Crank amat teruja apabila bercakap mengenai restoran Nasi Kandar Melayu N Iman ini. Katanya, mereka tak kedekut. Hidangan makanannya amat besar. Pilihan lauk pula banyak. Malah harganya juga sangat berbaloi. Contohnya kari udang XXL yang dicuba oleh Slurpee Crank, amat berpatutan dan sedap pula tu.

Nasi kandar ni tak rugi kalau tak makan di restoran kerana nasi kandar yang dibungkus mengekalkan perisa rempah ratus lauk dan menjadikan ia jauh lebih enak. Bayangkan nasi panas bertindak sebagai stim bagi lauk yang dibungkus sekali. Bila bungkusan nasi itu dibuka, aroma makanan itu akan terperca dan menaikkan selera makan kita.

5. Shellambok Char Kuey Teow, Kuantan

Slurpee Crank memang sangat gemarkan char kuey teow, terutama sekali apabila dimakan pada lewat malam. Orang buat content ni suka tidur lambat dan suka makan supper. Dan char kuey teow kegemarannya adalah dari Shellambok Char Kuey Teow

Sebagai penggemar char kuey teow, Slurpee Crank dah banyak merasa macam-macam char kuey teow di merata-rata tempat. Tetapi selepas merasa char kuey teow dari Shellambok, dia dah tak pandang yang lain. 

Mung suka char kuey teow? Jangey order dari tempat lain. Order dari GrabFood.

6. Aunties Dayana, Kuala Terengganu

Satu lagi kegemaran Slurpee Crank yang juga berasal dari negara jiran, Thailand ialah Pad Kra Pao Daging. Ia adalah lauk daging cincang yang digoreng dengan daun kemangi atau selasih Thai. Pergh! Aroma dan rasa daun kemangi tu menaikkan selera. 

Kalau belum pernah cuba Pad Kra Pao Daging ni, orderlah melalui GrabFood. Jangan order satu sebab lauk ni buat kita terlajak makan.

7. Restoran Ayam Penyet, Kuantan

Ayam Penyet kini sudah menjadi sangat popular di kalangan orang Malaysia walapun ia asalnya dari Indonesia. Slurpee Crank sudah kenalpasti Ayam Penyet yang best sekali di Kuantan. Ayam di Restoran Ayam Penyet ni lembut dan gebu. Lain dari yang lain. Yalah. Ayamnya digoreng dah kemudian diketuk hingga penyet sehingga mencetuskan kelazatannya. 

Sos yang disediakan di sini juga ada pelbagai untuk disesuaikan dengan tahap ketahanan pedas pelanggan. Tepuk dada, tanya selera. Klik butang GrabFood, order Ayam Penyet dan dapatkan 50% penjimatan.

Kalau rasa-rasa rambang mata dengan makanan di sini, order sejenis hari ini, kemudian sejenis esok. Kalau malas nak dine-in, abang GrabFood boleh tolong hantarkan. Dapat diskaun 50% dengan setiap pesanan. Jadi, kalau order hari-hari, besar juga penjimatan tu! 

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.