Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing

 

Nota: Tarikh yang dinyatakan di atas merupakan contoh sahaja.

 

Salam Rakan Pemandu, terima kasih atas maklum balas anda. Kami ingin memberikan penjelasan berkenaan Pembaharuan Cukai Jalan Kenderaan E-Hailing.

Mengikut Peraturan E-Hailing, tempoh pembaharuan (6 bulan atau 1 tahun) cukai jalan untuk rakan pemandu E-Hailing bergantung kepada tarikh tamat terdekat dokumen-dokumen rakan pemandu di bawah.

  • Insurans E-Hailing
  • Permit Kenderaan E-hailing (EVP)
  • Puspakom Berkala (Jika kenderaan 3 tahun dan ke atas)

 

Berikut adalah soalan lazim dari Rakan Pemandu Grab:

Langkah 1 – Perbaharui EVP*
Langkah 2 – Perbaharui Puspakom Berkala**
Langkah 3 – Perbaharui Insurans
Langkah Akhir – Perbaharui Cukai Jalan

*Jika EVP tamat pada tahun ini
**Jika kenderaan 3 tahun atau lebih pada tahun ini

Pemeriksaan Kenderaan Puspakom (Berkala E-Hailing) merupakan syarat daripada Kementerian Pengangkutan bagi pemandu E-Hailing sekiranya kenderaan berusia 3 tahun ke atas.

Panduan membuat temujanji Puspakom di sini.

Sila hantar geran kenderaan anda melalui Aplikasi Pemandu Grab, di bawah tab Dokumen.

Grab akan mengesahkan dan memperbaharuinya untuk anda. Kelulusan EVP anda akan mengambil masa:

Semenanjung Malaysia – APAD : 5 hari bekerja
Sabah – LPKP : 2 bulan
Sarawak – LPKP : 1 bulan

Ya, ia seragam berdasarkan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Tiada tindakan diperlukan daripada pihak anda.


Kami telah sediakan dua senario berbeza untuk rujukan anda. Harap maklum bahawa tarikh yang dinyatakan adalah contoh sahaja.

Senario A – Pembaharuan Cukai Jalan 1 Tahun

Senario B – Pembaharuan Cukai Jalan 6 Bulan

Nota: Jika anda tidak dapat memperbaharui atau melanjutkan tarikh tamat tempoh dokumen di atas kepada tempoh 1 tahun, anda boleh memperbaharui cukai jalan dengan bayaran 6 bulan. Cukai jalan anda akan diperbaharui mengikut tarikh luput terdekat dokumen di atas.