Bonus Rider Baru

Kini lebih ganjaran apabila anda sertai GrabFood! Sekiranya anda mempunyai kod rujukan, lengkapkan langkah seperti di bawah dan tebus bonus anda sekarang!

Bagaimana untuk sertai kempen ini

Daftar dengan beberapa langkah mudah

Langkah 1: Isi borang di sini. Pastikan anda masukkan kod rujukan yang betul.

Langkah 2: Akaun rakan-penghantar baru diaktifkan.

Langkah 3: Selesaikan 70 perjalanan dalam masa 30 hari anda layak menerima ganjaran.

*Hanya untuk pemohon di Lembah Klang sahaja.

*Sila baca terma & syarat di bawah

BARU! Terma & syarat menjadi rakan-penghantar GrabFood :

✔️ Berusia 18 – 69 tahun.

✔️ Pemohon berumur 50 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

✔️Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan biru).

✔️Mempunyai akses kepada sebuah motosikal (Lesen L tidak dibenarkan).

✔️Memiliki telefon pintar dengan Appstore (ios) / Playstore (Android).

✔️ Tidak memiliki akaun GrabFood / GrabExpress / Grabcar / Grabtaxi yang sedia ada. 

✔️Tidak mempunyai rekod jenayah / lulus pemeriksaan latar belakang.

✔️ Pemohon rakan-penghantar baru mesti berdaftar di Lembah Klang sahaja.

✔️ Tidak pernah digantung atau dilarang di platform Grab.

Terma & Syarat (Sila Baca)

1. Bonus ini hanya sah untuk pemohon baru dalam ekosistem Grab. Pemohon juga haruslah tidak memiliki akaun rakan-pemandu ataupun rakan-penghantar dengan Grab sebelum ini.

2. Bayaran bonus akan dibuat seminggu selepas memenuhi kriteria kelayakan.

3. Bonus ini hanya sah untuk pemohon di Lembah Klang sahaja.

4. Bonus ini hanya sah untuk pemohon yang memasukkan kod rujukan yang sah. Sekiranya kod rujukan tidak sah, bayaran bonus akan terbatal.

5. Pemohon mesti memenuhi kriteria dalam jangka waktu yang ditetapkan agar layak menerima bayaran bonus.

6. Sebarang maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap dalam penyerahan tidak akan diproses.

7. Bonus pendaftaran ini boleh digunakan bersama dengan bonus lain (rujukan, dll.)

8. Keputusan yang dibuat oleh Grab adalah muktamad.