MyTeksi terus mengiktiraf pemandu teksi yang berdedikasi dan sumbangan mereka
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2015 – Mereka merupakan penggerak ekonomi yang terkenal dengan kesabaran dan ketekunan mereka untuk memastikan pelanggan mereka sampai ke destinasi. Walau bagaimanapun, usaha gigih mereka tidak dihargai. Orang ramai tidak tahu dan endah dengan pengorbanan besar oleh para pemandu teksi demi mencari rezeki.
Sempena bulan mulia Ramadan dan sebagai penghormatan kepada usaha dan dedikasi pemandu teksi, MyTeksi melancarkan kempen terbarunya, ‘Pertukaran Pemandu’ yang dibawakan hasil projek sosial di bawah ‘Good Surprise Taxi’.
Untuk satu hari, pihak pengurusan MyTeksi yang diketuai oleh Pengurus Besar, Jaygan Fu; Ketua Pemasaran, Vincent Tan dan Pengurus Jualan, Andrew Yong bertukar jawatan kepada pemandu teksi mengambil alih peranan dengan tiga pemandu MyTeksi untuk merasai sendiri pengalaman memandu teksi. MyTeksi telah bekerjasama dengan keluarga pemandu untuk membuat kejutan yang lebih bermakna kepada pemandu-pemandu ini. Pertukaran yang unik dan reaksi kemudiannya dirakam dalam video berdurasi 3 minit.
Kempen ini merupakan satu inisiatif yang bermakna sebagai penghargaan kepada para pemandu teksi yang bertungkus lumus mencari nafkah pada waktu kerja yang tidak menentu
sehingga tidak mempunyai masa berkualiti dengan keluarga. Ada yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.
Usaha Kecil, Kenangan Sepanjang Hayat
“Pemandu teksi adalah individu yang benar-benar berdedikasi dan rajin. Mereka melakukannya untuk keluarga mereka. Tetapi mereka terpaksa berkorban serta tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Di MyTeksi, kami percaya bahawa pemandu teksi secara keseluruhannya seharusnya berehat untuk menghabiskan masa dengan keluarga mereka. Ia satu perasaan yang indah untuk dapat membawa mereka bersama-sama, untuk menjadi sebahagian daripada kenangan dihargai mereka,” kata Pengurus Besar MyTeksi, Jaygan Fu.
“Dengan kejayaan kempen ini, kami yakin untuk melihat lebih banyak inisiatif sama seperti ini, yang kami percaya adalah lonjakan keyakinan kepada pemandu teksi,” tambah Fu.
Bagi Mohd Hajar Seman, 56; Jauriah Binti Mohd Noor, 58 dan Muszaidi Bin Mustafar, 43, ia adalah hanya satu lagi hari mereka bekerja. Mereka fikir mereka hanya bekerja seperti biasa tanpa menyedari kejutan yang dirancang.
Muszaidi adalah antara dua pemandu lain yang menjadi sebahagian daripada kempen ‘Pertukaran pemandu’ yang berpangkalan di Lembah Klang, jauh dari keluarganya yang tinggal di Johor. Beliau hanya mampu untuk pulang ke kampung menjenguk keluarga dua kali setahun kerana kos yang tinggi.
Kejutan terus beralih kepada air mata gembira apabila beliau melihat sendiri isteri dan dua orang anak lelaki menunggu beliau sebaik pulang. Beliau menyatakan, “Ia adalah sesuatu yang saya tidak pernah terfikir akan berlaku dalam hidup saya. Sumbangan saya kepada MyTeksi saya anggap kewajipan bekerja dan menerima ganjaran seperti ini membuat saya benar-benar terkedu dan tiada apa yang dapat menggambarnnya kecuali ucapan terima kasih untuk memori memuaskan ini “.
Bagi pesara Mohd Hajar dan pemandu wanita Jauriah, mereka tidak perlu datang bekerja pada satu dan menghabiskan masa bersama keluarga mereka. Kedua-dua keluarga menikmati hari indah di Taman Tema Sunway Lagoon, Bandar Sunway dan Air Terjun Kemensah, Ampang.
Kempen MyTeksi ‘Pertukaran Pemandu’ ini diilhamkan oleh pengalaman lain di seluruh dunia, hasil idea kreatif IPG Mediabrands. Chan Woei Hern, Pengarah Kreatif Eksekutif berkata, “Kami tidak boleh menjayakan projek ‘Good Surprise Taxi’ tanpa bantuan MyTeksi itu. Perancangan dan penyelarasan yang terlibat memerlukan mereka untuk mengambil peranan. Dan itulah yang kami suka tentang MyTeksi, kerana hampir setiap projek, kami bekerja bersama-sama sebagai rakan kongsi dan bukannya hubungan biasa pelanggan-penjual”
Ditubuhkan pada tahun 2011, MyTeksi adalah aplikasi pengangkutan nombor satu atas permintaan Malaysia, memberikan penumpang pengalaman #TakYahMafan dalam pengalaman menaiki teksi berdasarkan ciri yang menjadi tonggak utama mereka, ‘Keselamatan, Kepastian dan Pantas’. Sebagai permulaan misi sosial, mereka terus mengekalkan unsur-unsur sosial dalam semua aktiviti-aktiviti dengan pemandu mereka.
MyTeksi popular dengan kempen untuk Rides to Books sebelum hasil kerjasama denganPopular Bookstore, projek ‘Good Surprise Teksi’ dan terbaru, ‘Hari MyTeksi’, yang telah menyentuh kehidupan ramai rakyat Malaysia di segenap peringkat umur. Baru-baru ini, MyTeksi juga telah melabur RM4.5 juta ke dalam Program Pemandu Elit yang bertujuan untuk memberi ganjaran dan menjaga pemandunya yang terbaik.
Lihat video kempen yang boleh didapati di laman Facebook MyTeksi di http://bit.ly/MyDriverSwap/. Atau, ketahui lebih lanjut di http://bit.ly/GrabTaxiMyTeksi.
Mengenai MyTeksi
Misi MyTeksi adalah untuk merevolusikan industri pengangkutan di Asia Tenggara. Naib Juara di Pertandfingan Pelan Perniagaan Harvard Business School 2011, produk terasnya adalah perkhidmatan penghantaran atas permintaan dengan tambahan GPS yang membolehkan penumpang mencari teksi yang ada di sekitar, kenderaan berhampiran atau motosikal dengan sangat mudah. Misi sosial MyTeksi adalah untuk merevolusikan pengangkutan awam dan meningkatkan kehidupan pemandu dan penumpang dalam komuniti. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup pemandu dan memberikan keselamatan, kepantasan serta kepastian kepada penumpang.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, beribu-ribu pemandu telah menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar MyTeksi untuk menerima tempahan di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Dengan lebih 4.8 juta muat turun aplikasi mudah alih MyTeksi di rantau ini dan 10 tempahan sesaat, MyTeksi telah menjadi peneraju pasaran di Asia Tenggara. Para penumpang boleh memuat turun aplikasi untuk menempah pada telefon pintar dan tablet mereka (iOS: http://bit.ly/grabtaxi-iOS, Android: http://bit.ly/grabtaxi-Androidblackberry Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.grabtaxi.com.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
RallyBuzz (a company part of IPG Mediabrands)
Melanie Hwa
Tel: 03 – 79666118 / 012 – 6914945
Email: melanie.hwa@rallyworldwide.com
Diana Tho
Tel: 03 – 79666118 / 016 – 2626446
Email: diana.tho@rallyworldwide.com
Charlotte Joseph
Tel: 03 – 79666118 / 012 – 3280750
Email: charlotte.joseph@rallyworldwide.com