Jom raya dengan motor baru atau wang tunai! 🏍️💸

Nak raya penuh bergaya? Bermula 24 April – 31 Mei 2021, rujuk atau jadilah Rakan-Penghantar Grab untuk berpeluang memenangi:

Tunggu apa lagi? Daftar atau rujuk sekarang!

Para pemenang akan diumumkan di Rumah Terbuka Online Grab pada 5 Jun 2021.

Rakan-Penghantar sedia ada perlu memastikan referral Rakan-Penghantar baru mengaktifkan diri dan mengambil beg penghantarannya. Lebih banyak referral/rujukan atau job dengan Grab, lebih cerahlah peluang anda untuk menang!

Tunggu apa lagi, bro? Jom buat referral atau jadi Rakan-Penghantar Grab hari ini juga. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan anda dan patuhi peraturan jalan raya. Semoga berjaya!*

*Tertakluk pada terma dan syarat di: grb.to/RiderRayaBergaya.
*Gambar hadiah adalah sebagai ilustrasi sahaja, warna motosikal yang sebenar mungkin berbeza.
*Peraduan ini dibuka kepada Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di Lembah Klang sahaja.

 

Nak jadi Rakan-Penghantar?

Nak rujuk kawan? Lihat cara merujuk di bawah

  1. Rujuk rakan dan ahli keluarga kepada Grab dari 24 April – 31 Mei 2021.
  2. Pastikan mereka mendaftar di https://register.grab.com/my dan memasukkan nombor telefon anda yang berdaftar dengan Grab (dalam format 601xxxxxxxx) di bahagian “Referral Code”. Ini sangat penting untuk melayakkan referral anda mendapat entri!
  3. Pastikan rakan-penghantar yang dirujuk melengkapkan latihan dan kuiz.
  4. Setelah mereka diaktifkan, mereka akan menerima Borang Deklarasi dalam tempoh masa 7 hari, melalui mesej dalam aplikasi untuk mengesahkan referral anda.
  5. Anda perlu buat sekurang-kurangnya 2 rujukan untuk mendapat 1 entri.

 

Terma dan Syarat

  1. Peraduan ‘Rider Raya Bergaya’ dianjurkan oleh Grab Malaysia (“Penganjur”) dan berlangsung dari 24 April 2021 hingga 31 Mei 2021, 11:59 mlm. (“tempoh peraduan”).
  2. Peraduan ini merupakan pemberian hadiah-hadiah percuma berikut (“hadiah-hadiah”) kepada Rakan-Penghantar atau Rakan-Pemandu yang memenuhi setiap syarat peraduan (“peraduan”). 
    1. Hadiah Utama x 1 pemenang: Sebuah motosikal Yamaha MT-25 baru yang ditandatangani oleh atlet selebriti Hafizh Syahrin. 
    2. Hadiah Kedua x 5 pemenang: RM10,000 dalam bentuk Bitcoin atau tunai (untuk dipilih oleh pemenang, tunai akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang). 
    3. Hadiah Ketiga x 10 pemenang: RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
    4. Hadiah Keempat x 150 pemenang: RM500 yang akan dikreditkan ke dalam Cash Wallet di aplikasi pemandu Grab milik pemenang. 
  3. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk lain ataupun dipindah milik kepada pihak ketiga. 
  4. Terdapat tiga (3) kategori peserta yang boleh menyertai peraduan: 
    1. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia semasa tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar baru”). 
    2. Rakan-Penghantar yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Penghantar sedia ada”). 
    3. Rakan-Pemandu yang mengaktifkan diri di platform Grab Malaysia sebelum tempoh peraduan (“Rakan-Pemandu sedia ada”). 
  5. Syarat-syarat untuk mendapat kemasukan ke dalam peraduan adalah seperti berikut. Sepanjang tempoh peraduan: 
    1. Setiap sepuluh (10) penghantaran Grab yang berjaya oleh Rakan-Penghantar baru, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Contohnya: 25 penghantaran akan mendapat 2 entri. 
    2. Setiap dua (2) rujukan bagi rider baru yang berjaya diaktifkan oleh Rakan-Penghantar sedia ada, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Rakan-Penghantar dikira sebagai aktif sebaik sahaja mereka mengambil beg penghantaran mereka secara fizikal. 
    3. Setiap dua (2) rujukan bagi rider atau pemandu baru (dengan mana-mana kombinasi) yang berjaya diaktifkan oleh Rakan-Pemandu sedia ada, secara automatik layak mendapat 1 entri ke dalam peraduan. Rakan-Pemandu dikira sebagai aktif sebaik sahaja mereka memiliki lesen PSV dan diaktifkan dalam aplikasi Pemandu Grab. 
  6. Peraduan ini dibuka kepada Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di Lembah Klang sahaja.
  7. Peraduan ini tidak terbuka kepada Alpha Grab.
  8. Sejumlah 166 orang pemenang akan dipilih melalui kaedah berikut: 
    1. 332 entri akan dicabut daripada jumlah entri yang terkumpul (“finalis”). 
    2. Pada 2 Jun 2021, para finalis akan menerima satu mesej inbox daripada Grab yang mengandungi satu borang Google yang perlu diisi dan dihantar dalam masa 24 jam. Borang tersebut turut mengandungi soalan berdasarkan pengetahuan dan satu slogan kreatif, “Saya sepatutnya memenangi hadiah itu kerana…” (jawapan mestilah dalam 15 patah perkataan ataupun kurang). 
    3. Para finalis yang menjawab soalan berdasarkan pengetahuan dengan betul dan memiliki slogan yang paling kreatif sepertimana yang dinilai oleh pihak Penganjur, akan ditentukan sebagai pemenang. 
  9. Para pemenang akan diumumkan dan dihubungi pada 5 Jun 2021 di mana butiran tentang cara-cara untuk mengambil hadiah akan diterangkan secara terperinci. 
  10. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah bersetuju untuk membenarkan Grab mengumumkan nama para pemenang dan/atau menyiarkan foto pemenang sebagai pemenang hadiah di dalam pengumuman pemenang kami. 
  11. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah memberikan tanda bahawa anda telah pun membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini. 
  12. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan dan diserahkan kepada pemenang berikutnya jika peserta tidak dapat mematuhi syarat-syarat ini. 
  13. Hadiah pemenang mungkin dibatalkan jika pemenang tidak dapat dihubungi oleh wakil Grab sebelum 19 Jun 2021. 
  14. Peraduan ini terbuka kepada para Rakan-Penghantar dan Rakan-Pemandu Grab di Klang Valley sahaja. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: Semua pekerja (tidak kira sama ada secara tetap ataupun kontrak bertempoh tetap) Penganjur dan ahli-ahli keluarga mereka yang terdekat. 
  15. Penganjur/Grab berhak secara tunggal dan mutlak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta atau menolak mana-mana peserta yang dianggap sebagai tidak layak (sama ada berdasarkan Terma dan Syarat ini atau jika peserta didapati terlibat dalam perlakuan yang dirasakan tidak sesuai dan tidak boleh diterima oleh Penganjur). 
  16. Grab berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa. 
  17. Keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan oleh anda atau dakwaan daripada pihak ketiga atau kehilangan dalam segala bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian harta benda, sesuatu yang tidak memenuhi jangkaan, kesan yang membebankan, kerosakan secara tidak langsung, secara khusus, secara kebetulan, atau secara turutan atau bagi kerosakan-kerosakan yang lain dan sebarang dakwaan dalam segala bentuk, termasuk secara langsung, secara tidak langsung, oleh pihak ketiga, secara turutan atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau mempunyai kaitan dengan Peraduan ini. 

Terma Penggunaan Bagi Pemberian Hadiah

  1. Hadiah Utama: Sebuah (1 unit) motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani oleh atlet selebriti Hafizh Syahrin. 
    1. Kenderaan tersebut akan dihantar kepada penerima sebelum 30 Jun 2021 dan tertakluk pada jangka masa yang diperlukan untuk menghantar kenderaan ke lokasi penerima. 
    2. Warna kenderaan tidak dapat dijamin kerana ia tertakluk pada stok yang boleh didapati. 
    3. Penerima perlu membayar kos cukai jalan, insurans dan pendaftaran kenderaan tersebut. 
  2. Hadiah Kedua: RM10,000 dalam bentuk Bitcoin atau tunai. 
    1. Penerima boleh memilih sama ada untuk menerima hadiah dalam nilai Bitcoin ataupun tunai. Penerima perlu membuat pilihan mengikut garis masa yang dijelaskan di dalam pengumuman pemenang. 
    2. Jika penerima memilih tunai, amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab miliknya sebelum 31 Jun 2021. 
    3. Jika penerima memilih nilai Bitcoin:
      1. Penerima perlu mendaftar sebagai pengguna Luno, sebuah pengendali Bursa Aset Digital (Digital Asset Exchanges atau “DAX”) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan memenuhi kriteria kelayakan mengikut Terma Penggunaan Luno. 
      2. Setelah akaun penerima dengan pengendali DAX berjaya diaktifkan, Penganjur akan menyediakan satu kod Bitcoin (“Kod”) kepada penerima untuk menebus hadiah di dalam aplikasi. Kod tersebut hendaklah ditebus sebelum 5 Julai 2021. 
      3. Penerima mestilah berada di Malaysia dan mendaftar dengan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. 
      4. Kod tersebut tidak boleh dipindah milik, dijual atau diserahkan kepada orang lain dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau mata wang crypto yang lain. 
  3. Hadiah Ketiga: amaun RM1,000 akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab milik penerima sebelum 31 Jun 2021. 
  4. Hadiah Keempat: amaun RM500 akan dikreditkan ke dalam dompet tunai di aplikasi pemandu Grab milik penerima sebelum 31 Jun 2021.