Menu Driver Sign-Up

Terma dan Syarat (Kuala Terengganu)

Cetakan Halus

Sila baca kesemua cetakan halus untuk memastikan anda layak mendapatkan insentif. Selain itu, sila ambil sedikit masa untuk membaca terma dan syarat didalam driver app bagi memastikan anda dapat melakukan yang terbaik sebagai pemandu Grab. Untuk layak menjana pendapatan yang lumayan, anda harus:

  1. Kekalkan Purata Driver Rating kepada 4.7 dan keatas untuk mendapat insentif.
  2. Kekalkan Purata Driver Rating kepada 4.5 dan keatas (mulai 20 November 2017) untuk terus menggunakan platform Grab.
  3. Kekalkan Acceptance Score Mingguan kepada 80%. Acceptance Score mingguan anda akan ditetapkan semula kepada 0% pada hari Isnin pukul 12:01am.
  4. Kekalkan Cancellation Rate Mingguan Grabber kepada maximum 15% untuk minggu tersebut. Cancellation rate mingguan pemandu* akan dikira seperti berikut: Bilangan Pembatalan oleh Pemandu dibahagikan dengan Bilangan Penerimaan Tempahan dalam minggu tersebut. Bagaimanapun, Grabber yang sentiasa meminta penumpang untuk membatalkan tempahan bagi pihak mereka akan dipantau.
  5. GrabCar akan menolak sehingga 20% komisen pendapatan kasar Grab Ambassador
  6. GrabCar akan menolak sehingga 25% komisen pendapatan kasar Grab Associate
  7. Anda kini boleh menyemak tambang akhir yang dikumpul bagi setiap perjalanan melalui driver app job history.
  8. Insentif dan promo top up yang diperolehi akan di top up dalam cash wallet. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam 1 hari perniagaan. Sekiranya tidak, wang anda akan kekal di dalam cash wallet anda.
  9. Untuk keadaan di mana penipuan tempahan atau tingkah laku penipuan ditemui (e.g: pemandu meminta penumpang untuk membatalkan tempahan secara berlebihan bagi pihak mereka), siasatan dalaman akan dijalankan oleh Grab. Pemandu mungkin layak atau tidak layak untuk pembayaran pendapatan, bergantung kepada hasil siasatan.
  10. Struktur pendapatan ini hanya untuk GrabCar (Economy) seperti yang diberitahu pada setiap minggu. Mana-mana struktur pendapatan sebelum ini tidak lagi sah.

Semoga minggu anda dipenuhi dengan keseronokan dan jangan lupa, selamat memandu!

Terima kasih atas sokongan anda!

— Team GrabCar MY