Click here for English version
Memandangkan Kementerian Pengangkutan telah membenarkan semua pemandu e-hailing yang telah lulus ujian PSV untuk terus memandu hingga akhir tahun 2019, kami ingin memberi rakan-pemandu ini lebih banyak masa untuk melengkapkan kesemua proses kawal selia.
Oleh itu, kami akan melaksanakan beberapa pengemaskinian kepada kelayakan insentif dan ciri-ciri aplikasi,dan bukannya sekat akaun (tidak boleh menerima tempahan Grab) rakan-pemandu yang belum menghantar lesen PSV mereka.
Rakan-pemandu yang TIDAK menghantar lesen PSV selewat-lewatnya pada 12AM, 25 Nov 2019 TIDAK AKAN LAYAK untuk mendapatkan insentif dan akan KEHILANGAN AKSES kepada ciri-ciri aplikasi berikut mulai 2 Dis 2019:
- Pilihan Pemandu
- My Destination
- GrabBenefits
- Caj Pampasan (Penumpang Tidak Muncul dan Pembatalan Lewat)
Hantar lesen PSV di grb.to/pakejpikul (untuk rakan-pemandu Semenanjung Malaysia) ATAU grb.to/borneo (untuk rakan-pemandu Sarawak) ATAU grb.to/Sabah (untuk rakan-pemandu Sabah) untuk layak mendapatkan insentif dan akses kepada ciri-ciri aplikasi semula, setelah dokumen yang anda hantar telah disahkan*.
*Insentif yang diperolehi dari 2 Dis 2019 sehingga tarikh pengesahan akan dilupuskan.
Sebagai tambahan, anda akan dapatkan pembayaran balik RM100 untuk latihan PSV and bonus RM50.
Soalan Lazim
Mengapakah Grab mengambil tindakan ini?
Kami ingin memberi cukup masa kepada rakan-pemandu yang sedang melengkapkan proses untuk mendapatkan lesen PSV dan untuk memaklumkan kami apabila mereka telah menerimanya.
Adakah Grab tidak akan membayar insentif saya?
Ya, kami tidak akan memberi insentif kepada rakan-pemandu yang belum lagi melengkapkan proses peraturan mereka. Ini bermaksud anda tidak akan dapat melihat jumlah time booster pada kad kerja anda (job card), dan anda tidak akan menerima pembayaran bagi insentif di dalam bahagian insentif aplikasi pemandu anda. Jangan bimbang, selepas anda melengkapkan proses peraturan dan menghantar dokumen yang diperlukan kepada kami, anda akan layak untuk mendapatkan insentif sekali lagi.
Bilakah saya akan layak untuk mendapatkan insentif dan ciri-ciri aplikasi setelah saya menghantar lesen PSV?
Anda akan layak untuk mendapatkan insentif dan akses penuh kepada ciri-ciri aplikasi dalam tempoh masa 10-14 hari bekerja setelah anda memuat naik dokumen yang diperlukan.
Bagaimana jika akaun saya telah disekat sebelum 16 Nov 2019?
Dukacita dimaklumkan bahawa akaun anda akan terus disekat sehingga anda menghantar lesen PSV anda kepada kami.