Untuk Rakan-penghantar di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Melaka dan Lembah Klang (diaktifkan mula 9 Mac 2020)
Semua rakan-penghantar dalam fleet regular akan mempunyai jenis perkhidmatan GrabExpress. Oleh itu, anda dihendaki membeli beg pengasingan (hitam) pada harga RM10 semasa pengaktifan GrabFood.
Terma dan Syarat
- Jika beg pengasingan hilang, dicuri atau ingin mendapat yang baru, rakan-penghantar perlu membayar RM10 untuk dapatkan yang baru.
- Penukaran beg penghantaran dan pengasingan GrabExpress adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.
Untuk Rakan-penghantar di Lembah Klang (diaktifkan sebelum Sept 2019)
Beg penghantaran GrabExpress adalah peralatan wajib untuk setiap rakan-penghantar. Polisi ini adalah untuk rakan-penghantar lebih memahami bagaimana proses pengambilan beg penghantaran GrabExpress akan berfungsi serta supaya rakan-penghantar menjaga beg penghantaran sendiri dengan lebih baik. Polisi ini berkuatkuasa 4 Mac 2019.
Untuk meringankan beban rakan-penghantar, GrabExpress hanya akan mengambil potongan RM180 (beg: RM150 + beg pengasingan (hitam): RM10 + 2 helai T-shirt: RM30) sahaja untuk semua peralatan. Potongan RM45 akan diambil secara berkala selama 4 minggu daripada Dompet Tunai rakan-penghantar.
Jumlah ini akan berfungsi sebagai deposit untuk beg penghantaran sepanjang masa rakan-penghantar membuat penghantaran dengan GrabExpress. Terma dan syarat adalah seperti berikut:
Terma dan Syarat
1. Jika beg penghantaran rakan hilang ATAU dicuri:
- Rakan-penghantar perlu membayar RM150
- Rakan-penghantar wajib memberi laporan polis sebagai bukti untuk mendapat beg baru
2. Jika rakan ingin mendapat beg penghantaran yang baru:
- Rakan-penghantar perlu membayar RM150
3. Jika rakan digantung secara kekal ATAU ingin berhenti menghantar dengan GrabExpress:
- Beg penghantaran perlu dipulangkan kepada GrabExpress
- Deposit RM100 sahaja akan dipulangkan kepada rakan-penghantar
- Deposit hanya akan dipulangkan kalau beg dalam keadaan baik
4. Jika beg pengasingan rakan hilang, dicuri atau ingin mendapat yang baru:
- Rakan-penghantar perlu membayar RM10 untuk dapatkan yang baru
Nota:
- Penukaran beg penghantaran dan pengasingan GrabExpress adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.