Menu Driver Sign-Up

Pertandingan Boling Grab 2018

Bulan Mac ini, Grab ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Pertandingan Boling buat julung kalinya, khas untuk rakan-pemandu di Melaka! Jika anda mempunyai bakat dalam sukan boling atau ingin mencubanya, sertai pertandingan ini untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!

Kami juga ingin menjemput keluarga terdekat anda untuk turut hadir menyaksikan anda beraksi dalam pertandingan ini. Butiran lanjut di bawah:

Tarikh: 14 Mac 2018 (Rabu)
Masa:
 5.30pm – 11pm
Tempat:
Ampang Superbowl @ Mahkota Parade, S/04, Jalan Merdeka, Taman Costa Merdeka, 75000 Melaka (peta)

Semua pasukan yang mendaftar akan menerima hamper dan jersi untuk bertanding. Selain itu, makan malam akan disediakan, terhad untuk peserta dan keluarga yang datang terlebih dahulu. Penyertaan adalah PERCUMA jadi daftarlah hari ini dengan menekan butang di bawah.

Nota penting: Anda akan menerima mengesahkan untuk pendaftaran yang berjaya

*Jadual program tertakluk kepada perubahan

Terma & Syarat Pertandingan :

1. Setiap pasukan hendaklah melapor diri dan mendaftar pada pukul 5.30pm. Pendaftaran yang lambat boleh dibatalkan.
2. Semua pemain diwajibkan memakai pakaian yang sesuai yang lazimnya dipakai dalam sukan bowling.

3. Pendaftaran yang berjaya akan menerima mesej pengesahan daripada pihak Grab

4. Merokok dan pemgambilan minuman keras semasa pertandingan adalah dilarang.

5. Sekiranya didapati pasukan/ peserta mempunyai pemain yang tidak layak untuk bertanding, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan

6. Pihak Grab tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan.