Ketahui lebih lanjut tentang skor pemanduan selamat!
Click here for the English version
Lebih dari sekadar angka, skor pemanduan selamat telah diperkenalkan untuk memberikan rakan-pemandu maklumat, maklum balas dan pemahaman tentang pemanduan.
Ia adalah salah satu daripada ciri-ciri yang digunakan oleh Grab untuk menerapkan amalan pemanduan cermat agar jalan raya lebih selamat untuk komuniti bersama.
Sains di sebalik skor
Menggunakan kombinasI Kecerdasan Buatan (AI) dan data analitik, pemanduan akan dikategorikan sebagai selamat atau tidak berdasarkan beberapa faktor. Berikut adalah faktor pemanduan harian yang menunjukkan pemanduan tidak selamat.

Kadar kelajuan
Memandu melebihi had laju yang ditetapkan

Pecutan
Menekan minyak terlalu kuat semasa memecut

Pembrekan
Membrek kenderaan terlalu kuat

Pembelokan
Membelok di selekoh tajam dengan terlalu kasar
Ingin tahu cara untuk menjadi pemandu berhemah & tingkatkan skor anda? Berikut adalah beberapa tip anda boleh amalkan.

Patuh had laju
Jika diminta, anda boleh pandu laju tetapi anda harus patuh had laju yang ditetapkan. Maklumkan kepada penumpang bahawa ia adalah untuk tujuan keselamatan.

Kekalkan jarak pemanduan selamat
Ini akan memberi anda masa untuk tekan brek secara beransur-ansur. Brek mengejut akan menjejaskan kenderaan anda dan sangat berbahaya.

Tekan minyak dengan lancar
Jamin keselamatan penumpang tanpa menekan minyak dengan mengejut. Ia juga memberi masa untuk pemandu lain menjangkakan tindakan anda yang seterusnya.

Membelok secara perlahan
Perlahankan kenderaan apabila anda di selekoh agar anda dapat membelok dengan lancar. Membelok dengan laju di selekoh bukan sahaja berbahaya, ia juga boleh membuat penumpang tidak selesa.

Berehat sebentar
Peka dengan tubuh sendiri. Bila penat, berehat. Apabila rasa sudah cukup rehat, anda boleh kembali online.