Menu Driver Sign-Up

Log masuk ke aplikasi pemandu anda dengan Grab Identiti dan nikmati ciri-ciri baru yang akan datang!

Click here for English version

1. Apa itu Grab Identiti?

Grab Identiti (Grab ID) ialah emel Google anda yang diberikan semasa anda mendaftar sebagai Grabber. Dengan emel ini dan kata laluan anda, anda boleh log masuk ke dalam aplikasi pemandu anda.

2. Mengapakah saya perlu log masuk menggunakan Grab ID sedangkan saya boleh menggunakan IMEI peranti saya untuk log masuk.

Kami akan memperkenalkan ciri-ciri baru tidak lama lagi eksklusif kepada Grabber yang menggunakan GrabID.

Selain itu, keselamatan aplikasi pemandu Grab anda akan ditingkatkan lagi kerana GrabID memerlukan emel yang sah dan kata laluan untuk log masuk (hanya diketahui oleh anda). Ia adalah penting bagi anda untuk menjaga butiran peribadi dan credit wallet anda bagi mengelakkan akses tanpa izin.

Sila ambil perhatian bahawa kami akan menghentikan log masuk ke dalam aplikasi pemandu Grab melalui IMEI secara berfasa bermula 20 November 2017.

3. Saya mempunyai emel Google yang telah diberikan kepada Grab semasa pendaftaran. Saya ingin menggunakannya untuk log masuk tetapi lupa kata laluan untuk akaun itu. Apakah yang saya perlu lakukan?

Jika anda telah memilih pemulihan semula akaun emel anda sebelum ini, anda boleh mengikuti langkah berikut:

A: Buka laman web google di sini.

B: Masukkan emel Google anda dan klik link ‘Forgot my password?’. Anda boleh mendapatkan kod pengesahan yang akan dihantar ke telefon bimbit anda dengan menekan butang ‘Send text message’.

C: Masukkan kod pengesahan (verification code) yang diterima telefon bimbit anda di kotak yang disediakan untuk menukar kata laluan anda. Kata laluan baru anda HARUS BERBEZA daripada corak emel anda. Anda boleh menggunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, simbol tetapi elakkan daripada menggunakan nama, tarikh lahir, rangkaian huruf yang berulang dan lain lain.

 

4. Saya mempunyai emel Grab yang telah diberikan semasa pendaftaran tetapi saya tidak boleh mendapatkan semula kata laluan seperti yang diterangkan di nombor 3. Apa yang harus saya lakukan?

Anda perlu membuka akaun emel Google baru.

A: Buka lama web Google di sini.

B: Lengkapkan butiran yang diperlukan. Nama pengguna haruslah menggabungkan nama-nama anda (sebagai contoh: name-pertama.nama-keluarga@gmail.com atau nama-keluarga.nama-pertama@gmail.com). Guna kata laluan yang strong (rumit & tidak ringkas) dan elakkan penggunaan nama, tarikh lahir, rangkaian huruf yang berulang dan lain lain. Klik ‘Next step’ untuk melengkapkan pendaftaran anda.

C: Setelah anda selesai membuka akaun, anda perlu menghubungi talian sokongan (Support Hotline) kami di 6655 0005 untuk pengemaskinian sistem kami agar anda boleh mula menggunakan GrabID untuk mengakses aplikasi pemandu anda.

5. Saya tidak mempunyai emel Google? Apakah yang saya perlu lakukan?

Anda perlu membuka akaun emel Google. Sila rujuk langkah yang diberikan di nombor 4 di atas.

6.Bolehkah saya mengakses GrabID saya dengan Hotmail, AOL, Exchange, Outlook, dan lain lain?

Tidak, anda tidak boleh mengakses GrabID menggunakan emel tersebut. Anda haru membuka akaun emel Google. Sila rujuk langkah yang diberikan di nombor 4 di atas.

7. Bolehkah saya memilih untuk tidak menggunakan GrabID?

Pihak kami sentiasa mencipta produk dan ciri baru yang akan diperkenalkan secara eksklusif kepada pemandu menggunakan GrabID dan kami berharap anda akan menikmati pembaharuan ini untuk menambahbaik pengalaman memandu anda! Tambahan pula, kami akan menutup akses log masuk menggunakan IMEI ke aplikasi pemandu Grab tidak lama lagi. Dengan itu, kami mengalakkan anda untuk menggunakan GrabID agar anda terus dapat menerima tempahan daripada kami.

8. Saya sudah log masuk ke dalam aplikasi menggunakan IMEI. Bagaimanakah cara untuk log keluar agar saya dapat log masuk menggunakan GrabID?

Anda boleh mengikuti 2 langkah berikut untuk log keluar daripada aplikasi pemandu Grab.

 

9. Bagaimanakah saya boleh log masuk ke dalam aplikasi pemandu Grab menggunakan GrabID?

Anda boleh mengikuti 4 langkah yang berikut untuk log masuk ke dalam aplikasi pemandu Grab anda.