Apa Itu Kecelikan Kewangan?
Kecelikan kewangan adalah keupayaan untuk memahami dan menggunakan pelbagai kemahiran kewangan dengan berkesan, termasuk pengurusan kewangan peribadi, bajet, dan pelaburan. Ia melibatkan pengetahuan tentang konsep kewangan dan keupayaan untuk membuat keputusan termaklum mengenai penggunaan dan pengurusan wang.
Pengurusan Wang untuk Pekerja Tradisional vs. Pekerja Gig
Pekerja Tradisional
- Pekerja tradisional biasanya mendapat manfaat daripada pendapatan tetap, membolehkan mereka membuat bajet yang terstruktur dan merancang untuk matlamat kewangan jangka panjang.
- Oleh kerana pendapatan mereka tetap, fleksibiliti bajet peribadi mereka biasanya terhad kepada berapa banyak yang mereka peroleh setiap bulan.
Pekerja Gig
- Daripada waktu kerja fleksibel kepada pendapatan fleksibel– Pekerja gig mempunyai manfaat untuk memperoleh sebanyak yang mereka sanggup bekerja.
- Walaupun aspek ini mungkin menarik bagi sesetengah orang, perancangan kewangan yang tepat adalah penting bagi pekerja gig untuk memperkenalkan kestabilan.
Tips dari Rakan Grab
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) baru-baru ini mengadakan ceramah untuk rakan-rakan Grab untuk berkongsi maklumat penting mengenai topik seperti pelaburan pintar, kesedaran penipuan, dan perancangan kewangan yang betul.
Kami bertanya peserta yang hadir tentang apa yang mereka pelajari dan jika mereka ada tip-tip untuk dikongsi dengan rakan Grab yang tidak dapat hadiri. Berikut adalah apa yang mereka kongsikan:





Kesimpulan
Kecelikan kewangan adalah penting untuk semua individu yang bekerja, tetapi sangat penting bagi pekerja gig untuk memahami tanggungjawab yang datang dengan memperoleh pendapatan yang tidak tetap setiap bulan.
Di Grab, kami ingin memastikan bahawa rakan Grab sedar tentang kepentingan kecelikan kewangan. Melalui GrabAcademy, kami berkongsi maklumat yang berkaitan dan sering bekerjasama dengan persatuan yang relevan untuk mendidik rakan Grab.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.