Tingkatkan pendapatan anda dengan sehingga 5 penghantaran dalam satu tempahan!
Memperkenalkan GrabExpress Same Day, perkhidmatan penghantaran pukal di GrabExpress. Dengan perkhidmatan ini anda akan menerima sehingga 5 penghantaran dalam satu tempahan sahaja. Kini anda berpeluang untuk memaksimakan pendapatan dengan melengkapkan satu tempahan sahaja!
Inginkan maklumat lanjut? Sila tekan butang di bawah dan mulakan latihan anda di GrabAcademy!
FAQ
Apa itu GrabExpress Same Day?
GrabExpress Same Day ialah perkhidmatan penghantaran pukal. Rakan-penghantar akan menerima sehingga 5 bungkusan daripada lebih dari satu pengirim yang perlu dihantar ke beberapa lokasi penerima.
Urutan pengambilan bungkusan dan penghantaran akan ditentukan di dalam aplikasi anda. Anda digalakkan untuk mengikut urutan perjalanan yang telah kami berikan. Sekiranya anda menggunakan urutan/laluan sendiri, kami tidak akan memberikan pampasan sekiranya jarak atau masa perjalanan lebih panjang dari yang sepatutnya.
Siapakah yang boleh mengambil bahagian?
Jenis perkhidmatan ini akan ditambah ke akan semua rakan-penghantar Shared Fleet GrabExpress.
Bagaimanakah saya dapat menerima pesanan GrabExpress Same Day?
Anda akan menerima pesanan GrabExpress Same Day melalui aplikasi pemandu.
Menerima pesanan
Pesanan-pesanan Same Day berbeza dari pesanan-pesanan biasa GrabExpress. Anda akan mengambil sehingga 5 bungkusan dari lebih dari satu pengirim untuk satu sesi penghantaran
Mengambil pesanan
Anda akan mengambil bungkusan-bungkusan dari satu pengirim atau lebih dan menghantarnya ke beberapa lokasi yang berdekatan, satu demi satu sehingga semua penghantaran dilengkapkan.
Menghantar pesanan
- Selepas pesanan diambil, anda boleh terus menuju ke lokasi penghantaran.
- Ambil foto label bungkusan & penerima/ tempat penghantaran tersebut dengan lengkap dan jelas sebagai bukti penghantaran.
- Sila hubungi Pusat Bantuan di aplikasi pemandu sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan.
Penghantaran tidak berjaya
- Sekiranya penghantaran anda tidak berjaya, sila pulangkan bungkusan tersebut kepada pengirim..
- Para penerima tidak dibenarkan untuk menukar alamat penghantaran atas apa jua sebab. Sila lengkapkan penghantaran mengikut alamat pada bungkusan tersebut.
Bagaimanakah jumlah tambang saya akan dikira
Bayaran tambang akan diberikan mengikut jarak perjalanan.
Bagaimana jika saya tidak dapat menghubungi penghantar?
Sila hubungi nombor telefon penghantar. Sekiranya panggilan tidak dijawab selepas 3 kali percubaan, sila tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sebelum membatalkan penghantaran. Sila pilih sebab yang sesuai (penghantar tidak dapat dihubungi) dan teruskan dengan penghantaran seterusnya. Laluan dan jumlah tambang anda akan diubah seperti yang sepatutnya.
Bagaimana jika berlaku kelewatan semasa penghantaran?
Waktu menunggu yang disyorkan di lokasi penghantaran adalah 5 minit sahaja. Sekiranya panggilan tidak dijawab selepas 3 kali percubaan dan penerima tidak hadir dalam tempoh 5 minit, teruskan ke lokasi penghantaran berikutnya.
Bolehkah saya membatalkan satu penghantaran sekiranya penerima tidak hadir?
Butang Batal/ Cancel boleh digunakan untuk membatalkan satu penghantaran (dropoff) sekiranya penerima tidak hadir. Ia tidak akan membatalkan keseluruhan tempahan (order) Same Day. Sila pulangkan bungkusan kepada penghantar apabila penghantaran terakhir anda telah selesai dan hubungi Pusat bantuan untuk mendapatkan pampasan anda.
Bagaimana jika penerima ingin membuat aduan tentang penghantaran?
Sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan melalui aplikasi pemandu anda.
Bolehkah saya membatalkan pesanan GrabExpress Same Day?
Butang Batal/ Cancel boleh digunakan untuk sebab kukuh sahaja, sebagai contoh penghantar tidak dapat dihubungi. Harap maklum bahawa pembatalan pesanan GrabExpress Same Day tanpa sebab kukuh akan dikenakan penalti yang lebih tinggi.
Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.