Click here for English version
Memperkenalkan ciri baru GrabShare pick-up sequence yang akan membantu anda memanfaatkan sepenuhnya masa yang anda habiskan di jalan raya!
Ciri baru dan diperbaik ini akan mengemaskini laluan trip GrabShare anda secara automatik, jika pengambilan Penumpang B terlebih dahulu adalah lebih cepat berbanding Penumpang A. Dengan itu, trip adalah lebih singkat kepada semua orang!
Anda hanya akan melihat ciri baharu ini apabila:
Trip GrabShare anda dipadankan (matched)
Penumpang B lebih dekat kepada anda berbanding Penumpang A
Anda belum mengambil Penumpang A
Nota penting:
Jangan lupa untuk melancarkan semula aplikasi GPS anda supaya anda boleh memandu ke lokasi penumpang B yang lebih dekat.
Soalan Lazim
S: Bagaimanakah saya akan tahu jika susunan pick up telah ditukarkan?
J: Anda akan menerima mesej untuk memberitahu anda bahawa laluan telah dikemaskini, dan untuk mengingatkan anda untuk menukar arah ke lokasi pengambilan Penumpang B. Sekiranya anda terlepas mesej tersebut, anda masih boleh merujuk kepada barisan atas aplikasi yang menunjukkan susunan pick up anda.
S: Berapa kalikah pengemaskinian susunan akan berlaku semasa trip yang sepadan?
J: Hanya sekali. Selain itu, ia hanya boleh berlaku selepas menerima tempahan Penumpang B dan jika anda belum lagi mengambil Penumpang A.
Q: Apakah yang perlu dilakukan selepas saya melihat mesej penukaran laluan?
J: Anda perlu melancarkan semula aplikasi GPS anda dengan menekan butang navigasi GPS di bahagian atas sebelah kanan skrin supaya anda boleh memandu ke lokasi pengambilan Penumpang B. Jika anda tidak melancarkan semula aplikasi GPS, anda mungkin akan memandu untuk mengambil Penumpang A yang lebih jauh dari lokasi anda!