Bonus untuk setiap tempahan yang lengkap

Matlamat Grab adalah untuk sentiasa menyediakan platform yang menguntungkan rakan-penghantar kami. Sehubungan dengan itu, kami akan melaksanakan beberapa perubahan bagi memenuhi permintaan anda, di samping menjaga kebajikan komuniti rakan-penghantar GrabExpress.

Mulai 13 Mei 2019

Mulai minggu hadapan, kami akan memperkenalkan DUA perubahan penting:

  • Ciri Maklum Balas Penghantaran
  • Struktur Insentif

CIRI MAKLUM BALAS PENGHANTARAN

Dari sesi maklum balas bersama anda, kami memahami bahawa terdapat beberapa isu berkaitan dengan saluran maklum balas bagi rakan-penghantar, terutamanya apabila ia melibatkan masalah mengenai pengirim/penerima atau barang yang dihantar.

Oleh sebab itu, kami akan melancarkan ciri Maklum Balas Penghantaran untuk rakan-penghantar GrabExpress. Anda kini boleh berkongsi sebarang komen mengenai penghantaran anda bersama kami dengan beberapa langkah mudah selepas penghantaran selesai. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan dengan laporan anda untuk meningkatkan mutu pengalaman anda bersama kami.

Ciri ini akan muncul apabila anda melengkapkan tempahan anda. Kalau anda memilih icon muka sedih, anda akan diminta untuk menyatakan masalah penghantaran anda.

   

   


STRUKTUR INSENTIF

Setelah menilai semula skim insentif sambil mengambil kira maklum balas anda, kami akan melancarkan struktur insentif yang baru seperti berikut:

Seperti struktur insentif sebelum ini, insentif baru ini akan dikira secara kumulatif. Sebagai contoh, jika anda berjaya mengumpulkan tiga bonus   Bonus Penghantaran (RM50), Bonus Pick-Up (RM30), dan Bonus Penghantaran Mingguan (RM70),  semua bonus ini akan dihimpunkan (RM50+RM30+RM70) dan anda akan menerima sebanyak RM150 untuk bonus minggu tersebut.

  1. BONUS PENGHANTARAN

MENGAPA?

Pemberian ganjaran yang lebih setimpal dengan usaha anda. Bonus penghantaran harian yang lama tidak memberikan jumlah ganjaran yang setimpal dengan usaha rakan-penghantar.

Kami sedar bahawa kadangkala ianya agak sukar untuk anda mencapai sasaran harian anda terutamanya pada musim hujan, lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan. Masalah ini menyebabkan pembayaran bonus harian yang tidak konsisten.

Bagi memastikan anda menerima ganjaran yang setimpal dengan usaha anda, kami akan memperkenalkan Bonus Penghantaran baru. Anda kini akan menerima bonus untuk SETIAP PENGHANTARAN* anda. Tiada lagi kerisauan sekiranya anda gagal untuk mencapai sasaran disebabkan kekurangan permintaan, terutamanya semasa hari hujan atau hujung minggu.

BAGAIMANA GANJARAN INI DIBERIKAN?

Bonus Penghantaran akan diberikan untuk setiap penghantaran Auto-Accept (AA). Jumlah bonus akan diberi berdasarkan blok masa yang dipaparkan di Jadual Bonus Penghantaran.

Jadual bonus penghantaran akan dikemas kini setiap minggu dan dihantar kepada anda setiap Ahad melalui mesej dalam-aplikasi.

*PENTING: Insentif ini akan diberikan untuk penghantaran Auto-Accept (AA) sahaja.

CONTOH PENGIRAAN

Berikut adalah contoh pengiraan bonus menggunakan Jadual Bonus Penghantaran di atas:

Senario A & B

Senario A dan B menunjukkan bagaimana bonus berubah mengikut waktu anda memulakan penghantaran.

Senario C

Senario ini menunjukkan bagaimana anda tidak akan mendapat bonus jika anda tidak mengaktifkan Auto-Accept dalam jam tersebut. Sila pastikan ciri Auto-Accept anda diaktifkan untuk menikmati Bonus Penghantaran anda.

Senario D

Senario ini menunjukkan pembayaran bonus anda dikira berdasarkan waktu anda memulakan penghantaran dan bukan waktu penghantaran tamat. Jadi jika penghantaran anda bermula pada blok masa dengan bonus RM2 dan tamat pada blok masa dengan bonus RM1, anda akan menerima bonus sebanyak RM2.

2. BONUS PICK-UP

Bonus Pick-up akan memberikan ganjaran setimpal untuk jarak pick-up anda. Bonus Pick-up untuk 13 – 19 Mei 2019 adalah seperti berikut:

Bonus ini sah untuk sepanjang hari dan setiap hari. Sila aktifkan ciri Auto-Accept untuk menerima bonus ini.

CONTOH PENGIRAAN

3. BONUS PENGHANTARAN MINGGUAN

Jangan risau, kami masih akan menyediakan insentif untuk rakan-penghantar kami yang cemerlang. Dapatkan lebih ganjaran untuk kerja keras anda!

Untuk meraikan kerja keras rakan-penghantar kami dan memastikan anda mendapat ganjaran yang setimpal dengan masa dan usaha anda, kami akan memperkenalkan Bonus Penghantaran Mingguan.Sasaran mingguan ini lebih tinggi dari biasa dan disediakan untuk rakan-penghantar sepenuh masa.

*PENTING: Hanya penghantaran Auto-Accept akan diambil kira untuk Bonus Penghantaran Mingguan. Oleh sebab  ia adalah bonus mingguan, ia akan dibayar ke dalam dompet tunai anda pada minggu yang berikutnya.

Berikut merupakan Bonus Penghantaran Mingguan untuk 13 – 19 Mei 2019: