6,207
6,207 rakan pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) menjana pendapatan melalui Grab pada tahun 2025

Grab memberitahu penumpang apabila rakan pemandu mereka adalah orang kurang upaya dan menyediakan panduan untuk berinteraksi dengan sopan.

Di Singapura, aplikasi algoritma Grab secara automatik memberikan penghantaran jarak dekat untuk rakan pemandu yang berkerusi roda di samping memantau impak pendapatan.

Grab memperkenalkan komunikasi menggunakan kad dalam pelbagai pasaran bagi menyokong perbualan dengan rakan pemandu yang bisu.

Sejak tahun 2016, Joey Kow telah beralih daripada seorang rakan pemandu yang bisu menjadi seorang ketua dalam ekosistem Grab. Dengan memanfaatkan ekosistem Grab yang lebih luas di samping latar belakang profesionalnya dalam bidang pembuatan kek, beliau kini berkhidmat sebagai penyelia bakeri yang mengetuai pasukan dengan 16 orang kakitangan, dan sesekali beliau turut memandu.
Grab memberi saya peluang pertama untuk menjana pendapatan yang mampan dan kemudiannya membuka jalan untuk saya meneruskan minat saya dalam pembuatan kek dan terus memegang peranan sebagai seorang ketua.
Penyelia Bakeri Jaya Grocer & Rakan Pemandu Grab