Memacu Inklusif Kewangan bagi yang Kurang Mendapat Layanan

Grab memanfaatkan keluasan ekosistemnya dan data alternatif untuk merancang penyelesaian kewangan yang sesuai bagi rakan kongsi dan pengguna yang mempunyai pendapatan tidak tetap atau sejarah kredit yang terhad.

hero

Impak Grab di Tahun 2025

$3.2B

Pinjaman sebanyak $3.2B telah dikeluarkan, +47% berbanding tahun sebelumnya, membuka akses kredit kepada yang kurang mendapat layanan.

1 in 3

1 daripada 3 rakan pemandu mempunyai pinjaman dengan Grab

1 in 2

1 daripada 2 rakan pemandu membuat pinjaman dengan Grab untuk mengelak daripada mengambil pinjaman daripada peminjam tidak berlesen.

68% 

68% rakan pemandu yang membuat pinjaman mendapat akses kredit formal buat pertama kali melalui Grab

Memacu Inklusiviti Kewangan Merentasi Ekosistem Grab

Rakan Pemandu

GrabFin menyediakan produk kredit yang fleksibel, berasaskan pendapatan yang boleh didapati melalui aplikasi pemandu, mengembangkan tanggungjawab Kredit untuk rakan pemandu.

MSME (PMKS) Merchant

Merchant Cash Advance melalui GrabFin menyediakan akses modal kerja untuk PMKS, bagi menggalakkan pertumbuhan mereka.

Perbankan Digital

Grab menambah inklusif kewangan kepada mereka yang kurang mendapat layanan oleh institusi kewangan tradisional menerusi bank digital kami

Insurans

GrabInsure menghasilkan penyelesaian insurans yang sesuai dengan realiti pekerjaan dan PMKS, untuk memberi mereka perlindungan.

Masa Depan Terjamin dengan Bantuan Kewangan yang Boleh Diakses

card image

Kredit Fleksibel untuk Rakan Pemandu

Kami mempunyai had pinjaman mengikut data berdasarkan platform pendapatan dan bayaran balik secara automatik mengikut kadar pendapatan harian, yang membantu mencegah kekangan kecairan jangka pendek daripada menjadi krisis kewangan, di samping mengurangkan geseran bayaran balik dan risiko kegagalan untuk membayar.

card image

Modal Kerja untuk PMKS

Lebih 90% peniaga yang meminjam adalah dari PMKS. Merchant Cash Advance melalui GrabFin menyediakan akses kepada modal untuk rakan niaga melalui proses digital, yang telah diluluskan terlebih dahulu.

card image

Mengembangkan Inklusif melalui Perbankan Digital

Model perbankan tradisional dicipta untuk golongan berpendapatan tetap, menyebabkan mereka dengan pendapatan tidak menentu tidak mendapat layanan. Bank digital Grab menyediakan pilihan untuk simpanan, pinjaman, dan kad yang disesuaikan untuk menangani halangan berstruktur yang dihadapi oleh golongan yang kurang mendapat layanan ini.

card image

Perlindungan terhadap Keadaan yang Tak Dijangka dengan GrabInsure

100% rakan pemandu diberikan perlindungan insurans untuk kemalangan berkaitan kerja. GrabInsure menawarkan jaringan keselamatan tambahan yang mantap melalui model fleksibel pay-as-you-drive dan perlindungan khusus mengikut kesesuaian realiti harian rmereka. Ini dapat mengurangkan risiko kewangan akibat berlaku kemalangan dan operasi tergendala, tanpa beban premium permulaan yang tinggi.

Siaran Akhbar
1
of
7
Baca tentang bagaimana Grab memacu inklusif kewangan untuk mereka yang kurang mendapat layanan
Kaji Laporan ESG Grab yang komprehensif dan pelajari ilmu berharga tentang komitmen Grab terhadap kelestarian dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Lihat Laporan ESG 2025
© Grab 2010 - 2026