Platform yang Bertanggungjawab

Grab melindungi pengguna kami dan data mereka, mengintegrasikan perlindungan data, keselamatan siber, dan etika AI ke dalam produk kami.

hero

Impak Grab di Tahun 2025

Zero

Tiada aduan untuk privasi data yang disahkan oleh pengawal selia atau pihak ketiga berkaitan pelanggaran privasi pengguna berskala besar dan memberi kesan yang signifikan

Zero

Tiada pelanggaran keselamatan siber yang dikenal pasti pada tahun 2025

card image

Memproses dan mengumpul data

Grab mengumpul dan memproses data peribadi berpandukan kepada asas undang-undang yang sah, termasuklah ada persetujuan, keperluan kontrak, kewajipan undang-undang dan, di mana yang berkenaan, kepentingan yang sah.

card image

Perlindungan dan menjaga keselamatan data peribadi

Grab menyediakan dan mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi, termasuklah mengawal akses fizikal, pentadbiran, dan teknikal.

card image

Menyimpan data peribadi tidak melebihi keperluan

Grab berhenti menyimpan data peribadi melalui cara anonim, pelupusan, atau kaedah lain yang sesuai apabila tiada lagi keperluan dari segi undang-undang atau perniagaan untuk berbuat demikian.

card image

Ketelusan

Grab memberikan pengguna maklumat yang jelas tentang bagaimana kami mengumpul, mengguna, memproses, dan mendedahkan data peribadi. Notis Privasi kami boleh didapati dalam laman web bersama maklumat Pejabat Privasi kami yang boleh dihubungi

card image

Perkongsian Pihak Ketiga yang Bertanggungjawab

Ketika data peribadi perlu dikongsi, Grab melakukannya secara bertanggungjawab dengan bekerjasama secara eksklusif dengan entiti yang memenuhi syarat perlindungan teknikal dan kontraktual yang kukuh, di samping memastikan akauntabiliti di seluruh rantaian nilai kami.

card image

Sijil-sijil

Grab adalah superApp pertama yang menjaga dan memperbaharui sijil Data Protection Trustmark (DPTM) daripada Infocomm Media Development Authority of Singapore. Kami juga telah menerima sijil ISO 27701:2019 Privacy Information Management System untuk entiti terpilih di Indonesia.

Siaran Akhbar
Ketahui lanjut
1
of
7
Baca tentang amalan untuk keselamatan siber dan privasi data Grab
Kaji Laporan ESG Grab yang komprehensif dan pelajari ilmu berharga tentang komitmen Grab terhadap kelestarian dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Lihat Laporan ESG 2025
© Grab 2010 - 2026