9%
9% jumlah jarak perjalanan bergerak dalam mod pelepasan rendah, meningkat berbanding 7% pada tahun 2024
3.7% & 1.4%
Pengurangan intensiti pelepasan karbon sebanyak 3.7% dan 1.4% (setiap km) bagi mobiliti dan penghantaran.
>772,000 tCO₂e
>772,000 tCO₂e dielak atau disingkirkan melalui projek kredit karbon berasaskan komuniti, teknologi dan alam semula jadi yang telah disahkan

Kami memfokuskan kepada tiga teras utama:
-Memperkasakan permintaan pengguna untuk kenderaan yang beremisi rendah
-Mengurangkan Kos Memiliki EV Menerusi Kerjasama Ekosistem
-Bekerjasama untuk Mengukuhkan Infrastruktur

Grab mengoptimumkan campuran pengangkutan kami dengan memadankan permintaan untuk perjalanan jarak dekat dengan mod yang digerakkan oleh manusia dan mobiliti rendah karbon yang lain, bagi mengurangkan intensiti karbon di kawasan bandar yang padat menyokong peluang pekerjaan yang inklusif.

Kami melihat teknologi mobiliti generasi akan datang, seperti kenderaan tanpa pemandu untuk mobiliti dan penghantaran menggunakan dron, sebagai penggalak jangka panjang yang berpotensi sebagai usaha mengurangkan pelepasan.
Melalui kerjasama yang strategik, pelaburan dalam ekosistem dan aturan perintis, kami menilai solusi yang ada bagi menambah baik penggunaan aset, mengurangkan masa terbuang dan kesesakan, di samping meningkatkan kecekapan tenaga di seluruh rangkaian pengangkutan bandar.

Melalui program Pemandu kepada Pemilik Grab, Ek Raktaprachita beralih daripada menyewa kepada memiliki kenderaan EV menerusi ansuran harian yang mampu dimiliki. Dengan menghapuskan halangan kos pendahuluan yang tinggi di mana pada mulanya beliau tidak mampu menanggungnya, program tersebut dapat mengurangkan kos operasinya dan membolehkannya menyimpan untuk pendidikan anak-anaknya.
Memiliki EV terasa seperti mustahil sehinggalah program tersebut menghapuskan halangan ke atas wang pendahuluan. Ansuran harian ini merupakan pelaburan bagi saya dan untuk masa depan anak-anak saya.
Rakan Pemandu EV Grab
Thailand