$15.3B
$15.3 bilion diperolehi oleh rakan pemandu dan rakan niaga di platform Grab, +19% berbanding tahun sebelumnya
47M
47 juta Transaksi Bulanan, 14% peningkatan berbanding tahun sebelumnya
+5.5%
+5.5% peningkatan secara purata ke atas pendapatan rakan pemandu dalam talian setiap sejam (EPOH) berbanding tahun sebelumnya, menandakan pertambahan pendapatan di platform ini.
Untuk meningkatkan kecekapan pendapatan, Grab menyediakan rakan pemandu dengan alat produktiviti dan sumber AI seperti AI Driver Companion kami. Permintaan juga dioptimumkan melalui ciri dan algoritma, seperti penggabungan pesanan pintar.
Pilihan penjimatan kami yang mampu milik membantu menjana permintaan pengguna dan peluang pendapatan, manakala vertikal mobiliti yang premium dan khusus menyediakan peluang pendapatan dengan nilai yang lebih tinggi.
76% rakan pemandu kenderaan roda dua kini boleh menjana pendapatan secara aktif dengan lebih daripada satu perkhidmatan di platform Grab (seperti; gabungan Makanan, Runcit, Ekspres, dan Mobiliti)
Kami mengurangkan halangan ke atas kos kemasukan dan menjalankan perniagaan untuk rakan kongsi kami, memberikan subsidi dan menjimatkan kos perbelanjaan operasi menerusi GrabBenefits.
100% rakan pemandu dilindungi oleh insurans akibat kemalangan semasa bekerja di semua pasaran yang beroperasi.
GrabAcademy melengkapkan rakan pemandu di Platform Pembangunan Kemahiran, Peribadi & Profesional, dan Mobiliti Kerjaya. Pada tahun 2025, lebih daripada 1.5 juta rakan pemandu melengkapkan sekurang-kurangnya satu kursus di GrabAcademy.

Kami menggunakan pendekatan kolaboratif ke atas polisi dan pembangunan produk, dengan memanfaatkan pandangan dan penyelidikan pengguna, ujian perintis dan pelaksanaan berperingkat secara berulang, serta latihan dan komunikasi yang proaktif.
Kami juga mempunyai pelbagai mekanisme maklum balas yang berterusan dan turut menjalankan sesi imersi untuk berinteraksi secara langsung dengan rakan kongsi dan pengguna, sekali gus memahami tentang realiti sebenar mereka secara langsung.

Grab bekerjasama dengan kerajaan di seluruh Asia Tenggara untuk memberi keutamaan kepada kemajuan nasional dan mengukuhkan daya tahan ekonomi. Kami bekerjasama dengan rakan di sektor awam dalam bidang perlindungan sosial, pembangunan pelancongan, pemerkasaan AI dan pendigitalan, pembangunan tenaga kerja dan keselamatan jalan raya.

Đậu Hải Duyên memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kenderaan dua roda Grab. Semasa waktu puncak di sebelah pagi, beliau menghantar penumpang melalui GrabBike. Pada waktu makan tengah hari dan malam, beliau menghantar makanan dan barangan runcit melalui GrabFood dan GrabMart. Dengan bertukar-tukar perkhidmatan sepanjang hari, beliau dapat memastikan dirinya sentiasa sibuk dan mengurangkan masa terluang. Lama-kelamaan, beliau berjaya melangsaikan pinjaman rumah dan membiayai pendidikan kedua-dua anaknya hingga ke peringkat universiti.
Saya berhenti menunggu peluang sebaliknya saya mencipta peluang dengan menjalankan beberapa perkhidmatan yang Grab sediakan.
Rakan penghantar Grab Vietnam