{"id":236403,"date":"2026-09-30T11:53:23","date_gmt":"2026-09-30T03:53:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.grab.com\/my\/?post_type=policy&#038;p=236403"},"modified":"2026-10-02T17:13:52","modified_gmt":"2026-10-02T09:13:52","slug":"perjanjian-perkhidmatan-pekerja-gig","status":"publish","type":"policy","link":"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/perjanjian-perkhidmatan-pekerja-gig\/","title":{"rendered":"Perjanjian Perkhidmatan Pekerja Gig"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"236403\" class=\"elementor elementor-236403\" data-elementor-post-type=\"policy\">\n\t\t\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-4cc193e elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"4cc193e\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-69a4333\" data-id=\"69a4333\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-e907c41 elementor-widget elementor-widget-heading\" data-id=\"e907c41\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"heading.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t<h2 class=\"elementor-heading-title elementor-size-default\"><b>Perjanjian Perkhidmatan Pekerja Gig<\/b><\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-c17e1af elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"c17e1af\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><em>Untuk Bahasa Inggeris: <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/gig-worker-service-agreement\/\">Gig Worker Service Agreement<\/a><\/em><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-2f08d0be elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"2f08d0be\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-53310de1\" data-id=\"53310de1\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-e215340 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"e215340\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>1. PENGENALAN<\/strong><\/span><\/p><p>1.1 Perjanjian Perkhidmatan Pekerja Gig ini (\u201c<strong>Perjanjian<\/strong>\u201d) terpakai kepada Pekerja-Pekerja Gig dan Pemohon yang dilantik oleh dan\/atau telah memohon kepada Grab untuk memberikan Perkhidmatan kepada Pelanggan atau Pengguna melalui Platform.<\/p><p>1.2 Untuk tujuan Perjanjian ini, Grab dan Pekerja Gig secara kolektif akan dirujuk sebagai \u201c<strong>Pihak-Pihak<\/strong>\u201d dan masing-masing sebagai \u201c<strong>Pihak<\/strong>\u201d.<\/p><p>1.3 Perjanjian ini termasuk, tanpa had, jadualnya menetapkan terma-terma dan syarat-syarat antara Grab dan Pekerja Gig untuk mengawal perniagaan Pekerja Gig dalam memberikan Perkhidmatan.<\/p><p>1.4 Pekerja Gig merepresentasi bahawa beliau memiliki pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk tujuan memberikan Perkhidmatan kepada Pelanggan atau Pengguna.<\/p><p>1.5 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemohon tidak dianggap sebagai Pekerja Gig yang berjaya. Beliau tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengikat Grab dan tidak memegang kedudukan kontrak atau statutori seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. Grab berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk tidak menerima mana-mana Pemohon atas apa-apa sebab dan\/atau menolak permohonannya tanpa memberikan alasan atau justifikasi. Keputusan Grab dalam hal ini adalah muktamad.<\/p><p>1.6 Sekiranya berlaku sebarang konflik, percanggahan, atau ketidakkonsistenan antara Perjanjian ini dan Polisi serta Kod Tatalaku berkaitan Perkhidmatan yang diberikan oleh Pekerja Gig, dan berkenaan dengan keupayaan Pekerja Gig sebagai Pekerja Gig, peruntukan Perjanjian ini akan terpakai sejauh mana terdapat konflik atau ketidakkonsistenan tersebut. Jika Perjanjian ini tidak menyatakan apa-apa perkara, peruntukan Polisi dan Kod Tatalaku hendaklah terpakai sepenuhnya.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>2. DEFINISI<\/strong><\/span><br \/>Dalam Perjanjian ini, perkataan berikut mempunyai maksud seperti yang diterangkan di bawah:<\/p><p>2.1 \u201c<strong>Caj Pelanggan<\/strong>\u201d atau \u201c<strong>Caj Pengguna<\/strong>\u201d bermaksud caj-caj yang ditanggung oleh Pengguna untuk Perkhidmatan yang diperolehi melalui penggunaan Perkhidmatan, termasuk sebarang tol, cukai dan yuran dan\/atau caj lain yang mungkin dikenakan untuk penggunaan Perkhidmatan tertentu;<\/p><p>2.2 \u201c<strong>Ciri<\/strong>\u201d bermaksud sebarang alat, fungsi, program atau mod tempahan pilihan yang disediakan melalui Platform yang boleh digunakan oleh Pekerja Gig dalam memberikan Perkhidmatan semasa menjalankan Jenis Perkhidmatan.<\/p><p>2.3 \u201c<strong>Data Peribadi Pelanggan<\/strong>\u201d bermaksud sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan Pelanggan yang telah didedahkan, diakses oleh, atau dikumpul oleh Pekerja Gig daripada pemberian Perkhidmatan oleh beliau;<\/p><p>2.4 \u201c<strong>Data Peribadi<\/strong>\u201d bermaksud sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti Pekerja Gig atau yang mana Pekerja Gig boleh dikenal pasti. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor telefon, butiran bank dan kad kredit, kepentingan peribadi, alamat emel, imej Pekerja Gig, nombor pengenalan yang dikeluarkan kerajaan, data biometrik, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, agama, maklumat kesihatan, maklumat kenderaan dan insurans;<\/p><p>2.5 \u201c<strong>Grab<\/strong>\u201d bermaksud:<\/p><p>(a) MyTeksi Sdn. Bhd. berkaitan dengan, GrabMart, GrabFood, dan GrabAds;<\/p><p>(b) GrabCar Sdn. Bhd. berkaitan dengan pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang disediakan dari semasa ke semasa , GrabRent, Intercity dan GrabExpress;<\/p><p>(c) Green Rentals Sdn. Bhd. berkaitan dengan GrabRentals;<\/p><p>(d) Grabtaxi Holdings Pte. Ltd. berkaitan dengan yuran platform, yuran pesanan kecil, yuran langganan dan caj lain yang mungkin dikenakan untuk penggunaan Platform oleh Pelanggan; dan\/atau<\/p><p>(e) anak syarikat, sekutu, syarikat berkaitan Grabtaxi Holdings Pte. Ltd.<\/p><p>2.6 \u201c<strong>Jenis Perkhidmatan<\/strong>\u201d bermaksud mana-mana kategori, tahap atau barisan produk Perkhidmatan yang dibenarkan dan layak diberikan oleh Pekerja Gig seperti yang dinyatakan dalam Jadual A. Setiap Jenis Perkhidmatan adalah salah satu daripada beberapa kategori-kategori yang terdapat dalam Perkhidmatan dan tiada satu Jenis Perkhidmatan tunggal yang membentuk, atau adalah, keseluruhan Perkhidmatan.<\/p><p>2.7 \u201c<strong>Kriteria Kelayakan<\/strong>\u201d bermaksud kenderaan, pelesenan, kelayakan, latihan, dokumentari, prestasi, tingkah laku dan\/atau piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Grab dari semasa ke semasa sebagai syarat yang mesti dipenuhi dan sentiasa dikekalkan oleh Pekerja Gig untuk menjadi atau kekal dibenarkan melaksanakan Jenis Perkhidmatan atau mengakses Ciri dalam memberikan Perkhidmatan.<\/p><p>2.8 \u201c<strong>Mekanisme Kilanan<\/strong>\u201d bermaksud mekanisme penyelesaian pertikaian yang disediakan oleh Grab untuk tujuan menangani sebarang kilanan, pertikaian atau perkara yang melibatkan Pekerja Gig.<\/p><p>2.9 \u201c<strong>Notis Privasi<\/strong>\u201d bermaksud notis privasi Grab yang boleh diakses di: \u201chttps:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/privacy-notice\/\u201d\u201c seperti yang dipinda dari semasa ke semasa.<\/p><p>2.10 \u201c<strong>Pekerja Gig<\/strong>\u201d bermaksud rakan-pemandu atau rakan-penghantar pihak ketiga yang bebas yang merupakan warganegara Malaysia dan yang, sebagai pekerja gig mengikut maksud Akta Pekerja Gig 2025, memasuki Perjanjian ini dengan Grab untuk menyediakan Perkhidmatan sebagai pertukaran untuk Pendapatan dan akaunnya telah diluluskan dan diaktifkan oleh Grab untuk menyediakan Perkhidmatan melalui Platform.<\/p><p>2.11 \u201c<strong>Pelanggan<\/strong>\u201d atau \u201c<strong>Pengguna<\/strong>\u201d bermaksud mana-mana pengguna akhir yang mengakses atau menggunakan Platform untuk mencari dan mendapatkan Perkhidmatan;<\/p><p>2.12 \u201c<strong>Pemohon<\/strong>\u201d bermaksud individu yang telah: (a) memohon kepada Grab untuk memberikan Perkhidmatan; dan (b) Platformnya masih belum diluluskan dan diaktifkan oleh Grab.<\/p><p>2.13 \u201c<strong>Pendapatan<\/strong>\u201d bermaksud sebarang pembayaran yang perlu dibayar kepada Pekerja Gig di bawah Perjanjian ini untuk Perkhidmatan yang diberikan. Ia tidak termasuk tip, ganjaran, dan sebarang manfaat budi bicara lain selepas menolak: (a) sebarang Yuran Perkhidmatan\/Komisen atau yuran perkhidmatan yang perlu dibayar kepada Grab oleh Pekerja Gig mengikut Perjanjian ini; dan\/atau (b) sebarang Potongan lain mengikut Perjanjian ini.<\/p><p>2.14 \u201c<strong>Perkhidmatan<\/strong>\u201d bermaksud perkhidmatan pengangkutan, penghantaran dan logistik, yang merangkumi Jenis Perkhidmatan, yang mana Pekerja Gig diberi kuasa dan layak untuk diberikan kepada Pelanggan atau Pengguna melalui Platform sebagai pertukaran untuk Pendapatan.<\/p><p>2.15 \u201c<strong>Platform<\/strong>\u201d bermaksud, secara kolektif, (a) aplikasi mudah alih yang berkaitan yang disediakan untuk dimuat turun oleh Grab (atau pemberi lesennya) kepada Pekerja-pekerja Gig dan Pelanggan-pelanggan masing-masing; (b) sebarang perisian yang berkaitan dengan aplikasi mudah alih tersebut yang dibekalkan dan disediakan untuk muat turun serta pemasangan oleh Grab; dan (c) mana-mana platform, portal atau laman web lain yang dimiliki, dikendalikan atau disediakan oleh Grab kepada: (i) Pekerja-perkerja Gig untuk tujuan penyediaan Perkhidmatan; dan (ii) Pelanggan untuk tujuan mencari dan mendapatkan Perkhidmatan. Platform ini merupakan sistem pengantara digital menurut maksud Akta Pekerja Gig 2025.<\/p><p>2.16 \u201c<strong>Polisi dan Kod Tatalaku<\/strong>\u201d bermaksud semua polisi, kod, garis panduan, piawaian, prosedur, peraturan, arahan, notis, peraturan, artikel dan\/atau keperluan yang dikeluarkan dan\/atau disediakan oleh Grab yang terpakai kepada Pekerja Gig termasuk yang khusus untuk Jenis Perkhidmatan atau Ciri tertentu seperti yang dinyatakan dalam Jadual A sama ada dikeluarkan atau disediakan sebelum atau selepas tarikh Perjanjian ini dan termasuk sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.<\/p><p>2.17 \u201c<strong>Potongan-Potongan<\/strong>\u201d bermaksud sebarang bayaran yang mungkin dipotong, ditahan, atau ditolak oleh Grab daripada Pendapatan Pekerja Gig, yang telah dibenarkan dan diberi kuasa secara jelas oleh Pekerja Gig mengikut terma-terma Perjanjian dan\/atau di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan.<\/p><p>2.18 \u201c<strong>Tempoh<\/strong>\u201d bermaksud tempoh bermula dari tarikh Pekerja Gig berjaya diaktifkan di Platform oleh Grab dan berterusan sehingga dinyahaktifkan secara kekal atau ditamatkan mengikut peruntukan Perjanjian ini.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>3. WAKTU PENGLIBATAN<\/strong><\/span><\/p><p>3.1 Pekerja Gig tidak tertakluk kepada sebarang waktu kerja tetap dan mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan dan mengurus jadual dan\/atau waktu operasinya bagi tujuan memberikan Perkhidmatan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>4. STATUS SEBAGAI PEKERJA GIG<\/strong><\/span><\/p><p>4.1 Pekerja Gig hendaklah menjalankan perniagaannya sendiri dalam memberikan Perkhidmatan tersebut. Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan Pekerja Gig sebagai pekerja, ejen atau wakil Grab, atau sebagai mewujudkan suatu usaha sama (joint venture) antara Pihak-Pihak. Pekerja Gig tidak boleh memperkenalkan dirinya kepada mana-mana individu atau entiti sebagai pekerja, ejen atau wakil Grab.<\/p><p>4.2 Pekerja Gig:<\/p><p>(a) hendaklah mengekalkan autonomi penuh ke atas operasi perniagaannya dalam memberikan Perkhidmatan termasuk, tanpa had, penjadualan dan waktu operasi dan sebagainya; dan<\/p><p>(b) sepanjang Tempoh ini boleh memberikan Perkhidmatan dan\/atau mencari pekerjaan dan\/atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak ketiga.<\/p><p>4.3 Pekerja Gig mengakui dan bersetuju bahawa:<\/p><p>(a) Perjanjian ini adalah perjanjian perkhidmatan untuk pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig sebagai pertukaran untuk Pendapatan;<\/p><p>(b) Perjanjian ini tidak mewujudkan, menyiratkan, atau membentuk kontrak perkhidmatan, hubungan majikan-pekerja di bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak, atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967;<\/p><p>(c) Pekerja Gig akan memikul tanggungjawab penuh untuk semua: (i) liabiliti kewangan yang timbul daripada pelaksanaan usaha perniagaannya termasuk, tanpa had, pematuhan kepada semua kewajipan cukai pendapatan di bawah undang-undang Malaysia berkenaan sebarang bayaran yang dibayar kepada Pekerja Gig di bawah Perjanjian ini; dan (ii) sebarang perbelanjaan yang ditanggung dalam pemberian Perkhidmatan;<\/p><p>(d) Pekerja Gig tidak berhak menerima sebarang bayaran dan faedah yang biasanya diberikan kepada pekerja-pekerja Grab termasuk, tanpa terhad, gaji asas, elaun, cuti tahunan, bayaran lebih masa, tuntutan kecederaan bukan pekerjaan, tuntutan kecederaan kerja\/pekerjaan, tuntutan penyakit pekerjaan, faedah perubatan, cuti umum, cuti sakit, cuti hospital, cuti bersalin, cuti paterniti, pembayaran berkaitan cuti atau cuti tersebut, dan pembayaran bonus tahunan, kenaikan tahunan, insurans kesihatan berkumpulan, insurans hayat, perkongsian keuntungan, pencen atau faedah persaraan, atau insurans pampasan pekerja (kecuali yang diluluskan secara jelas oleh Grab secara bertulis);<\/p><p>(e) Pekerja Gig tidak layak untuk kenaikan pangkat atau bayaran balik perbelanjaan yang ditanggung dalam memberikan Perkhidmatan;<\/p><p>(f) Pekerja Gig tidak tertakluk kepada perkara-perkara berikut dalam memberikan Perkhidmatan: (i) penilaian tahunan; (ii) tempoh percubaan; dan\/atau (iii) persaraan;<\/p><p>(g) Pekerja Gig tidak akan tertakluk kepada proses pengambilan biasa yang diuruskan oleh Jabatan Sumber Manusia Grab;<\/p><p>(h) Pekerja Gig bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan dan memperoleh semua perlindungan insurans yang diperlukan berkaitan dengan pemberian Perkhidmatan;<\/p><p>(i) Grab tidak akan membuat sebarang sumbangan majikan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Sistem Insurans Pekerjaan dan Akta Kerja 1955 untuk Pekerja Gig; dan<\/p><p>(j) Grab hendaklah mendaftarkan Pekerja Gig dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri seperti yang diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan membuat potongan yang diperlukan daripada Pendapatan yang diperoleh daripada Perkhidmatan untuk menyumbang kepada skim tersebut bagi pihak Pekerja Gig sepanjang tempoh tersebut.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>5. PERALATAN<\/strong><\/span><\/p><p>5.1 Pekerja Gig hendaklah, atas kos dan tanggungjawab sendiri, mendapatkan dan menyelenggara peralatan sendiri dalam memberikan Perkhidmatan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>6. INSURANS<\/strong><\/span><\/p><p>6.1 Pekerja Gig hendaklah, jika berkenaan, memiliki dan menyelenggara, atas kos Pekerja Gig sendiri, perkara-perkara berikut dalam memberikan Perkhidmatan:<\/p><p>(a) jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan atau oleh sifat Perkhidmatan, polisi insurans liabiliti yang sah dalam jumlah perlindungan piawaian industri, sejauh mana liabiliti tersebut belum dilindungi di bawah insurans dalam Klausa 6.1(b) di bawah; dan<\/p><p>(b) polisi sah insurans kenderaan persendirian dan insurans e-hailing, dalam jumlah perlindungan standard industri, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan untuk pengendalian kenderaan dalam menyediakan Perkhidmatan.<\/p><p>6.2 Pekerja Gig hendaklah memastikan insurans e-hailingnya meliputi sebarang kerugian yang dijangka dan tidak dijangka berkaitan kerosakan kenderaan, sebarang tuntutan, kecederaan peribadi dan kematian Pelanggan, serta perlindungan pihak ketiga semasa memberikan Perkhidmatan atau sebaliknya. Pekerja Gig hendaklah memastikan insurans e-hailingnya dibeli dan berkuat kuasa pada bila-bila masa sepanjang Tempoh dan menyediakan salinan kepada Grab.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>7. JAMINAN DAN REPRESENTASI<\/strong><\/span><\/p><p>7.1 Dengan memasuki Perjanjian ini dan memberikan Perkhidmatan, Pekerja Gig bersetuju, menjamin dan\/atau mewakili bahawa, pada tarikh Perjanjian ini dan sepanjang Tempoh:<\/p><p>(a) Pekerja Gig ialah warganegara Malaysia yang memegang MyKad biru yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia;<\/p><p>(b) Pekerja Gig mempunyai kapasiti undang-undang untuk memasuki Perjanjian ini dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun;<\/p><p>(c) Semua maklumat-maklumat yang diberikan oleh Pekerja Gig adalah benar, tepat, tidak mengelirukan, terkini dan lengkap dan Pekerja Gig hendaklah mengekalkannya sedemikian sepanjang Tempoh tersebut;<\/p><p>(d) Pekerja Gig hendaklah memberikan Grab sebarang bukti identiti atau dokumen, permit, lesen atau kelulusan lain yang mungkin diminta atau diperlukan oleh Grab;<\/p><p>(e) Pekerja Gig hanya boleh mendaftar satu (1) akaun pada satu (1) peranti dalam memberikan Perkhidmatan, kecuali jika dibenarkan sebaliknya oleh Grab;<\/p><p>(f) Pekerja Gig hendaklah hanya menggunakan Platform bagi maksud yang ditetapkan dan yang sah di sisi undang-undang;<\/p><p>(g) Pekerja Gig hendaklah mematuhi semua undang-undang, ordinan, peraturan dan perintah yang terpakai dalam pemberian Perkhidmatan dan\/atau penggunaan Platformnya. Pekerja Gig bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang pelanggaran;<\/p><p>(h) Pekerja Gig hendaklah memberitahu Grab dengan segera tentang sebarang penggunaan akaun tanpa kebenaran di Platform dan\/atau sebarang pelanggaran keselamatan lain dalam penggunaannya;<\/p><p>(i) Pekerja Gig tidak boleh menggunakan peranti atau aplikasi yang diubah suai dengan niat mengelak pengesanan atau memudahkan apa-apa aktiviti yang bertujuan untuk menipu Grab atau mengganggu fungsi Platform;<\/p><p>(j) Pekerja Gig hendaklah tidak menggunakan Platform untuk menyebabkan gangguan atau berkelakuan secara tidak wajar atau tidak sopan terhadap Grab atau mana-mana pihak ketiga, termasuk Pengguna;<\/p><p>(k) Pekerja Gig hendaklah membantu Grab dengan sebarang siasatan dalaman atau luaran yang diperlukan oleh Grab dalam mematuhi semua undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan;<\/p><p>(l) Grab boleh menganggap sesuatu akaun sebagai tidak aktif sekiranya tiada apa-apa transaksi bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh transaksi yang terakhir, dan boleh menyahaktifkan secara kekal atau menyekat akses kepada akaun Pekerja Gig tersebut;<\/p><p>(m) Pekerja Gig hendaklah memegang lesen memandu yang sah untuk Perkhidmatan yang disediakan oleh Pekerja Gig (iaitu Lesen Memandu B2 (Motosikal) \/ Lesen Memandu D (Kereta)) dan menyediakan salinan kepada Grab jika diminta;<\/p><p>(n) Jika Pekerja Gig adalah rakan-pemandu, kenderaan beliau hendaklah tidak melebihi 15 tahun;<\/p><p>(o) Untuk perkhidmatan GrabCar, Pekerja Gig hendaklah memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam yang sah (\u201c<strong>Lesen PSV<\/strong>\u201d) dan permit kenderaan e-hailing (\u201c<strong>EVP<\/strong>\u201d), bersama dengan segala lesen, kelulusan, permit, persetujuan, kebenaran dan polisi insurans mandatori yang berkenaan di dalam bidang kuasa di mana Pekerja Gig memberikan Perkhidmatan tersebut, dan hendaklah memberikan Grab satu salinannya sekiranya diminta;<\/p><p>(p) Pekerja Gig memiliki dan\/atau mempunyai hak dan kuasa undang-undang untuk mengendalikan kenderaan, peralatan, premis atau apa-apa perkara lain yang digunakan dalam penyediaan Perkhidmatan;<\/p><p>(q) Grab berhak menjalankan pemeriksaan latar belakang ke atas Pekerja Gig dari semasa ke semasa;<\/p><p>(r) Pekerja Gig tidak boleh menghubungi Pelanggan atas apa-apa sebab kecuali jika ia diperlukan untuk tujuan pemberian Perkhidmatan;<\/p><p>(s) Pekerja Gig tidak boleh melakukan carian songsang (reverse look-up), menjejaki atau cuba mengesan sebarang maklumat mengenai mana-mana Pengguna, pelawat atau Pelanggan Platform hingga ke sumbernya, dan tidak boleh mengeksploitasi Platform atau sebarang maklumat yang disediakan melaluinya untuk mendedahkan apa-apa maklumat (termasuk maklumat pengenalan peribadi) selain daripada maklumat Pekerja Gig sendiri;<\/p><p>(t) Dalam memberi respons kepada Pelanggan, caj telekomunikasi standard mungkin dikenakan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(u) Grab mengendalikan Platform masa nyata yang bergantung kepada kepercayaan awam, keselamatan dan perlindungan Pelanggan, dan integriti platform;<\/p><p>(v) Grab boleh menghendaki Pekerja Gig menjalani penilaian kesihatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kesihatan mental, sekiranya Grab berpendapat bahawa penilaian tersebut adalah perlu: (a) untuk menilai sama ada Pekerja Gig sihat untuk menyediakan Perkhidmatan; atau (b) bagi keselamatan Pengguna Grab dan masyarakat. Grab boleh menahan, menyekat atau menggantung akaun Pekerja Gig dan akses kepada Platform sementara menunggu keputusannya dan apa-apa pertimbangan berikutnya, jika ada; dan<\/p><p>(w) Grab tidak menjamin sebarang jenis Ciri, Jenis Perkhidmatan, jumlah tempahan, tahap permintaan atau tahap pendapatan daripada mana-mana Jenis Perkhidmatan atau Ciri. Hak Pekerja Gig untuk Pendapatan di bawah Perjanjian ini timbul semata-mata daripada Perkhidmatan yang sebenarnya diberikan oleh Pekerja Gig melalui usaha Pekerja Gig itu sendiri.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>8. OBLIGASI PIHAK-PIHAK<\/strong><\/span><\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\">Obligasi Grab<\/span><\/p><p>8.1 Obligasi Grab di bawah Perjanjian ini adalah terhad kepada usaha-usaha komersial berikut yang munasabah:<\/p><p>(a) menyediakan Platform kepada Pekerja Gig secara sebagaimana adanya (\u201cas-is\u201d) dan sebagaimana tersedia (\u201cas-available\u201d) untuk tujuan umum memadankan Pekerja Gig dengan Pelanggan atau Pengguna melalui Platform;<\/p><p>(b) untuk menyediakan Jenis Perkhidmatan dan\/atau Ciri kepada Pekerja Gig, dengan syarat Pekerja Gig sentiasa memenuhi dan memenuhi Kriteria Kelayakan yang ditetapkan, serta memastikan pematuhan terhadap terma-terma Perjanjian ini, segala undang-undang, ordinan, peraturan dan perintah yang terpakai (sama ada dinyatakan secara jelas di sini atau tidak), serta semua Polisi dan Kod Tatalaku;<\/p><p>(c) untuk meremitkan Pendapatan ke dompet Pekerja Gig untuk Perkhidmatan yang diberikan;<\/p><p>(d) untuk membuat Potongan-Potongan daripada Pendapatan mengikut <strong>Klausa 11<\/strong>;<\/p><p>(e) untuk mengekalkan polisi berkaitan keselamatan dan kod tatalaku yang boleh diakses oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(f) menyediakan latihan dan bahan latihan kepada Pekerja Gig apabila diperlukan; dan<\/p><p>(g) untuk menyediakan Mekanisme Kilanan untuk Pekerja Gig.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\">Obligasi Pekerja Gig<\/span><\/p><p>8.2 Pekerja Gig hendaklah memberikan Perkhidmatan dan apa-apa perkhidmatan lain yang dimaklumkan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Grab mengikut piawaian dan obligasi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada semua Polisi dan Kod Tatalaku dan\/atau seperti yang dimaklumkan kepada Pekerja Gig dari semasa ke semasa oleh Grab melalui laman webnya, Platform dan\/atau apa-apa cara komunikasi bertulis elektronik yang lain dan dalam setiap kes seperti yang dipinda dari semasa ke semasa.<\/p><p>8.3 Pekerja Gig memberikan persetujuan, mengakujanji, dan menjamin tanpa syarat bahawa sepanjang Tempoh, Pekerja Gig hendaklah:<\/p><p>(a) mematuhi, dan terus memenuhi, semua jaminan dan representasi dalam <strong>Klausa 7<\/strong> pada setiap masa sepanjang Tempoh;<\/p><p>(b) mematuhi dengan ketat semua Polisi dan Kod Tatalaku dan\/atau apa terma-terma dan syarat lain yang dilaksanakan oleh Grab yang dimaklumkan kepada Pekerja Gig dari semasa ke semasa;<\/p><p>(c) memberikan Perkhidmatan dengan standard profesionalisme, ketepatan masa, penjagaan yang sewajarnya, dan kemahiran yang tertinggi;<\/p><p>(d) mengelakkan sebarang tindakan, tingkah laku, kelakuan atau kelalaian (omission) yang dianggap sebagai salah laku;<\/p><p>(e) memastikan semua kelayakan, lesen, insurans, dan representasi yang dibuat semasa proses pendaftaran kekal benar, aktif, sah dan tidak terjejas;<\/p><p>(f) mematuhi semua undang-undang, ordinan, peraturan dan perintah yang terpakai semasa memberikan Perkhidmatan;<\/p><p>(g) mengakses Platform secara eksklusif melalui perisian rasmi Grab yang tidak diubah suai dan elakkan diri daripada memanipulasi GPS, perisian root-hide, penjanaan tempahan palsu, atau pengikisan data Platform;<\/p><p>(h) memberikan kerjasama penuh, segera, dan jujur dalam sebarang audit dalaman dan\/atau luaran, siasatan, sama ada disiplin atau sebaliknya, atau penyiasatan pengawalseliaan;<\/p><p>(i) mengekalkan baki dompet yang tidak negatif dan menghormati sebarang potongan yang telah dipersetujui oleh Pekerja Gig mengikut <strong>Klausa 11<\/strong>; dan<\/p><p>(j) mematuhi mana-mana Polisi dan Kod Tatalaku lain yang diperkenalkan oleh Grab dari semasa ke semasa.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>9. VARIASI<\/strong><\/span><\/p><p>9.1 Grab berhak untuk mengemas kini, meminda dan\/atau mengubah terma-terma Perjanjian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada Jadual-Jadual di dalamnya. Grab hendaklah memaklumkan Pekerja Gig mengenai pindaan tersebut secara bertulis.<\/p><p>9.2 Di mana Perjanjian ini merujuk kepada mana-mana alamat laman web atau pautan (hyperlink), rujukan tersebut adalah untuk kemudahan sahaja. Grab boleh dari semasa ke semasa menukar, memindahkan atau menggantikan mana-mana alamat atau pautan tersebut, dan setiap rujukan dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada versi semasa yang ada pada masa yang berkenaan.<\/p><p>9.3 Sebarang pindaan adalah berkuat kuasa antara Pihak-Pihak dari tarikh yang diberitahu oleh Grab tanpa memerlukan tandatangan atau dokumentasi tambahan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>10. PENDAPATAN<\/strong><\/span><\/p><p>10.1 Pembayaran Pendapatan seperti yang dinyatakan dalam <strong>Jadual A<\/strong> oleh Grab kepada Pekerja Gig adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat Perjanjian ini.<\/p><p>10.2 Grab berhak untuk menggantung pemprosesan mana-mana transaksi sekiranya Grab berpendapat bahawa transaksi tersebut mungkin bersifat penipuan, menyalahi undang-undang atau melibatkan apa-apa aktiviti jenayah, atau di mana Pekerja Gig telah melanggar mana-mana terma di dalam Perjanjian ini. Dalam keadaan sedemikian, Pekerja Gig tidak boleh mempertanggungjawabkan Grab bagi apa-apa penahanan, kelewatan, penggantungan, pelucutan atau pembatalan mana-mana pembayaran kepada Pekerja Gig.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>11. POTONGAN DARIPADA PENDAPATAN<\/strong><\/span><\/p><p>11.1 Pekerja Gig berjanji, bersetuju, memberi keizinan dan memberikan komitmen kontraktual awal dan kebenaran kepada Grab (dan sekutu pengebilannya) untuk membuat pelarasan lejar, debit atau Potongan secara automatik terhadap mana-mana baki yang terkandung dalam kredit Baki Tunai Pemandu, Baki Kredit Pemandu, atau Dompet GrabPay Pemandu, bagi tujuan menyelaraskan akaun, mendapatkan semula pembayaran berlebihan, memenuhi pembiayaan aset atau langganan, memulihkan hutang komersial tertunggak, dan merekodkan jumlah ganti rugi tertentu yang telah dipersetujui serta penalti keingkaran yang timbul di bawah Perjanjian ini.<\/p><p>11.2 Berikutan <strong>Klausa 11.1<\/strong> di atas, Pekerja-pekerja Gig berjanji, bersetuju dan mengizinkan supaya Pendapatan dilaraskan bagi tujuan pelaksanaan perkara-perkara berikut:<\/p><p>(a) <strong>Penghalaan Agensi Fleet<\/strong>: untuk Pekerja-pekerja Gig yang beroperasi di bawah pengendali fleet ketiga yang bebas melalui struktur perkongsian keuntungan, potongan baki dompet kasar untuk dipindahkan ke akaun bank pengendali fleet;<\/p><p>(b) <strong>Pemindahan Dompet Pemandu Bersara<\/strong>: pemindahan dana dompet baki ke akaun bank berdaftar selepas penamatan, penyahaktifan yang disahkan, atau berikutan kematian Pekerja Gig;<\/p><p>(c) <strong>Pemulihan Pembayaran Berganda<\/strong>: pemulihan mana-mana jumlah berganda yang dibayar kepada Pekerja Gig disebabkan oleh gangguan bank, teknikal atau ralat perisian;<\/p><p>(d) <strong>Pentadbiran Langganan Shift<\/strong>: potongan untuk merekodkan kos langganan Shift yang dikomitkan atau digunakan oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(e) <strong>Pembayaran Balik Kredit Penalti Penumpang<\/strong>: potongan dan penghalaan yuran penalti pembatalan tempahan yang diproses melalui baki dompet Pekerja Gig;<\/p><p>(f) <strong>Caj Pembatalan Kerja:<\/strong> penalti yang timbul daripada pembatalan kerja yang diterima oleh Pekerja Gig, termasuk pembatalan tempoh pemenuhan aktif atau slot Advance Booking;<\/p><p>(g) <strong>Caj Peralatan atau Barangan Penghantaran<\/strong>: potongan ansuran atau jumlah sekaligus untuk peralatan penghantaran atau barangan yang diperlukan (contohnya beg penghantaran);<\/p><p>(h) <strong>Insurans E-Hailing Harian<\/strong>: potongan premium harian untuk membiayai perlindungan insurans harian wajib atau sukarela di tempat kerja;<\/p><p>(i) <strong>Pelan Perlindungan Personal Accident Plus:<\/strong> potongan premium bulanan untuk pelan perlindungan Personal Accident Plus yang dipilih secara sukarela oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(j) <strong>Pelarasan Dompet (Wallet Reconciliation Adjustments)<\/strong>: pelarasan untuk menyelaraskan perbezaan perakaunan positif atau negatif yang ditemui pada tempahan seterusnya antara Baki Kredit dan Baki Tunai Pekerja Gig;<\/p><p>(k) <strong>Penyelesaian Baki Negatif<\/strong>: penambahan nilai atau aliran kutipan pembayaran QR untuk melangsaikan baki dompet negatif Pekerja Gig yang timbul daripada kemudahan kredit atau hutang sewa;<\/p><p>(l) <strong>Penyeimbangan Semula Kredit ke Tunai:<\/strong> catatan lejar untuk mengalihkan dana yang dipindahkan secara salah oleh Pekerja Gig ke Baki Kredit Pekerja Gig kembali ke Baki Tunai, atau menggunakan baki kredit positif untuk mengimbangi baki negatif dalam Baki Tunai Pekerja Gig;<\/p><p>(m) <strong>Sumbangan Keagamaan<\/strong>: potongan automatik daripada Pendapatan bersih untuk menyalurkan sumbangan Zakat secara sukarela (hanya untuk Pekerja-Pekerja Gig Muslim);<\/p><p>(n) <strong>Bayaran Balik Pinjaman dan Yuran Pemprosesan<\/strong>: pelunasan, yuran pemprosesan dan potongan-potongan automatik untuk pembayaran balik pinjaman kewangan, pendahuluan atau kemudahan Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian (Buy-Now-Pay-Later) yang digunakan secara sukarela oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(o) <strong>Tambang Penyelesaian Palsu<\/strong>: pendapatan semula tambang tanpa tunai daripada Pekerja Gig di mana log sistem mengesahkan sesuatu kerja ditanda selesai tanpa benar-benar mengangkut Pengguna atau membuat penghantaran;<\/p><p>(p) <strong>Pelucutan dan Pengembalian Program<\/strong>: pelucutan dan tuntutan semula insentif yang telah dipersetujui berikutan ketidakpatuhan Pekerja Gig terhadap terma-terma dan syarat-syarat program Grab yang disertainya;<\/p><p>(q) <strong>Pembetulan Caj Berlebihan<\/strong>: pembalikan atau penolakan segera caj tambang atau tol yang digelembungkan yang dikemukakan secara tidak wajar oleh Pekerja Gig, untuk tujuan pemulangan kepada Pelanggan yang terjejas;<\/p><p>(r) <strong>Pembetulan Tip<\/strong>: tuntutan semula sebahagian untuk membayar balik Pelanggan di mana log sokongan membuktikan kemasukan tip yang digelembungkan secara tidak sengaja (contohnya RM50 berbanding RM5);<\/p><p>(s)<strong> Sewa Kenderaan<\/strong>: fi berulang untuk pemajakan atau penyewaan kenderaan daripada Grab atau sekutu fleet rasmi;<\/p><p>(t) <strong>Penyelesaian Kompaun<\/strong>: pemulihan caj perkhidmatan platform dan perbelanjaan yang diselesaikan oleh Grab bagi pihak Pekerja Gig, termasuk: (i) caj pembaikan kenderaan; (ii) yuran lebihan insurans; (iii) saman trafik; dan (iv) tunggakan sewa tertunggak;<\/p><p>(u) <strong>Pemulihan Kos Semasa Tempoh Aktif<\/strong>: potongan ansuran yang telah dipersetujui yang dilaksanakan semasa pajakan atau pelan pembaikan kenderaan aktif untuk memulihkan kos terkumpul atau tunggakan;<\/p><p>(v) P<strong>emulihan Kos Selepas Tempoh Perkhidmatan<\/strong>: potongan ansuran berterusan yang dilaksanakan untuk memulihkan kos pembaikan kenderaan atau tunggakan sewaan yang belum dibayar selepas penamatan pajakan atau pelan;<\/p><p>(w) <strong>Pembetulan Pembayaran Berlebihan:<\/strong> pemulihan pembayaran Pendapatan lebihan yang berpunca daripada pepijat perisian, ralat pengiraan, atau kesilapan klerikal sistem;<\/p><p>(x) <strong>Pelucutan Berkaitan Fraud:<\/strong> pelucutan dan potongan Pendapatan, bonus, atau insentif yang diperoleh oleh Pekerja Gig melalui manipulasi penipuan Platform, tempahan-tempahan hantu (ghost bookings), atau skim tempahan sendiri;<\/p><p>(y) <strong>Pemulihan Kerosakan Harta Pihak Ketiga:<\/strong> pemulihan dana untuk memenuhi tuntutan pemulihan yang disahkan bagi kerugian fizikal atau kerosakan harta yang disebabkan oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(z) <strong>Penalti Pembatalan Paksa:<\/strong> pemotongan penalti kewangan apabila data dari Platform mengesahkan Pekerja Gig sengaja kekal tidak bergerak, atau terlibat dalam tingkah laku niat jahat, untuk mendorong Pelanggan membatalkan tempahan yang telah diperuntukkan;<\/p><p>(aa) <strong>Pendahuluan Kerosakan:<\/strong> pemulihan dana untuk membayar balik Grab bagi pembaikan kenderaan, dekontaminasi, atau kos perincian yang telah dibiayai terlebih dahulu oleh Grab selepas kerosakan aset yang disebabkan oleh Pekerja Gig;<\/p><p>(bb) <strong>Pembelian Kenderaan atau Peralatan:<\/strong> potongan untuk pembelian kenderaan atau peralatan yang akan digunakan oleh Pekerja Gig dalam memberikan Perkhidmatan;<\/p><p>(cc) <strong>Yuran Persatuan:<\/strong> potongan untuk pendaftaran, yuran bulanan atau tahunan persatuan pekerja gig;<\/p><p>(dd) <strong>Pembelian Saham:<\/strong> potongan untuk pembelian saham dalam perniagaan Grab;<\/p><p>(ee) <strong>Sumbangan Berkanun:<\/strong> potongan dan penyerahan sumbangan keselamatan sosial Pekerja Gig kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan Akta Pekerja Gig 2025 berserta apa-apa sumbangan lain kepada skim berkanun yang Grab dikehendaki dan diberi kuasa oleh undang-undang bertulis untuk memotong dan menyerahkan bagi pihak Pekerja Gig; dan\/atau<\/p><p>(ff) Apa-apa potongan lain yang diminta secara bertulis oleh Pekerja Gig, atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja, selaras dengan Akta Pekerja Gig 2025 dan sebarang penentuan yang dibuat di bawahnya.<br \/>11.3 Pekerja Gig bersetuju bahawa setiap pelarasan, pemulihan dan caj di bawah <strong>Klausa 11.2<\/strong> mewakili kewajipan komersial yang telah dipersetujui oleh Pekerja Gig untuk dipenuhi di bawah Perjanjian ini.<\/p><p>11.4 Jika sebarang perkara di bawah <strong>Klausa 11.2<\/strong> adalah dianggap terbatal, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, dapatan tersebut hendaklah terhad kepada perkara tersebut sahaja dan tidak menjejaskan kebolehkuatkuasaan baki Klausa ini, yang akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>12. PENGGANTUNGAN, PENYAHAKTIFAN, DAN PENAMATAN<\/strong><\/span><\/p><p>12.1 Pekerja Gig mengakui bahawa Pelanggan bergantung kepada Pekerja Gig untuk memberikan Perkhidmatan, dan bahawa tingkah laku yang tidak wajar atau tidak profesional, kadar pembatalan yang tinggi atau kerap, atau mengabaikan tempahan Pelanggan, akan menjejaskan pengalaman Pelanggan dan memberi kesan negatif kepada reputasi serta penjenamaan Grab.<\/p><p>12.2 Walaupun Pekerja Gig boleh membatalkan tempahan, pembatalan tersebut hendaklah berdasarkan alasan-alasan pembatalan yang boleh diterima seperti yang ditunjukkan dalam Platform yang mungkin dipinda oleh Grab dari semasa ke semasa. Pembatalan yang tidak berdasarkan salah satu alasan-alasan yang boleh diterima atau mengabaikan tempahan boleh menyebabkan sekatan akses sementara Pekerja Gig untuk memberikan Perkhidmatan dan kepada Platform.<\/p><p>12.3 Grab boleh menyahkeutamakan, menyahaktifkan, menggantung, mengehadkan, menamatkan atau mengubah akses Pekerja Gig ke Platform atau akaun Pekerja Gig yang menghalang atau mengehadkan Pekerja Gig daripada memberikan Perkhidmatan secara sementara atau kekal sekiranya berlaku pelanggaran Perjanjian ini, penipuan atau niat untuk menipu, kegagalan operasi, atau pelaksanaan sebarang salah laku.<\/p><p>12.4 Peristiwa berikut merupakan pelanggaran Perjanjian ini dan satu tindakan salah laku:<\/p><p>(a) <strong>Penipuan, Permainan Aplikasi, dan Manipulasi Platform:<\/strong> melakukan sebarang tindakan penipuan, permedayaan, atau manipulasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mencipta akaun Pelanggan palsu, melaksanakan tempahan sendiri, menggunakan pihak sekunder untuk menjana tempahan tiruan, penglibatan dalam tingkah laku yang berniat jahat untuk memaksa atau menekan Pelanggan untuk membatalkan tempahan aktif, menandakan tugas penghantaran sebagai selesai tanpa pengambilan atau pengangkutan, atau menggunakan perisian untuk menyembunyikan punca sistem (root-hide), pemalsuan lokasi (location-spoofing), atau pengklonan aplikasi (application-cloning) yang tidak dibenarkan;<\/p><p>(b) <strong>Pelanggaran Keselamatan dan Bahaya Awam:<\/strong> melakukan sebarang tindakan yang membahayakan kesihatan atau keselamatan Pengguna atau Pelanggan, memandu secara cuai, memandu kenderaan bermotor di bawah pengaruh alkohol atau dadah, atau gagal mematuhi arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perbandaran yang wajib;<\/p><p>(c) <strong>Ketidakpatuhan Peraturan dan Tunggakan Pelesenan:<\/strong> mengendalikan kenderaan bermotor tanpa lesen memandu yang sah, insurans e-hailing komersial aktif dan\/atau lesen \u201cPublic Service Vehicle\u201d (PSV) sebagaimana yang diwajibkan oleh segala undang-undang, ordinan, peraturan dan perintah yang berkenaan;<\/p><p>(d) <strong>Tunggakan dan Keingkaran Kewangan:<\/strong> membenarkan baki dompet untuk jatuh ke dalam defisit negatif yang belum dijelaskan, atau berulang kali gagal menyerahkan kutipan Cash-on-Delivery atau tunggakan sewaan dalam tempoh pemulihan platform;<\/p><p>(e) <strong>Gangguan, Penyalahgunaan dan Pelanggaran Polisi-Polisi:<\/strong> melibatkan diri dalam serangan fizikal, penyalahgunaan lisan, gangguan seksual, ugutan, atau tingkah laku diskriminasi terhadap mana-mana Pelanggan, Pengguna, penumpang, kakitangan Platform, atau peniaga pihak ketiga, atau melanggar mana-mana Polisi dan Kod Tatalaku.<\/p><p>(f) <strong>Penyalahgunaan Platform atau maklumat Grab:<\/strong> menggunakan Platform untuk sebarang tujuan selain daripada tujuan yang dimaksudkan, termasuk perlombongan data atau pengikisan maklumat Grab atau apa-apa maklumat berkaitan Platform;<\/p><p>(g) <strong>Siasatan atau Tuduhan Jenayah:<\/strong> ditangkap, disiasat, atau didakwa dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada berkaitan dengan pemberian Perkhidmatan atau sebaliknya.<\/p><p>(h) <strong>Kelakuan berbahaya lain:<\/strong> sebarang tindakan atau kelalaian lain yang melanggar Perjanjian ini atau yang Grab secara munasabah menganggap berbahaya kepada Platform, orang awam, Pelanggan atau Pengguna.<\/p><p>12.5 Apabila berlaku atau disyaki berlaku sebarang peristiwa yang dinyatakan di atas dalam <strong>Klausa 12.4<\/strong>, Grab boleh sementara menyahkeutamakan, menyahaktifkan, menggantung, mengehadkan, atau mengubah akses Pekerja Gig ke Platform untuk semakan dan siasatan dalaman. Pekerja Gig mengakui bahawa langkah-langkah sementara tersebut merupakan suatu langkah keselamatan operasi standard yang telah dipersetujui di bawah Perjanjian ini. Grab tidak bertanggungjawab bagi masa henti, peluang yang hilang atau Pendapatan yang tidak diperoleh semasa tempoh penyahkeutamaan, penyahaktifan, penggantungan, sekatan atau pengubahsuaian tersebut.<\/p><p>12.6 Berikutan semakannya, Grab boleh, mengikut budi bicara mutlaknya:<\/p><p>(a) menamatkan akses Pekerja Gig kepada Platform dan Perjanjian ini;<\/p><p>(b) memulihkan akses tertakluk kepada Pekerja Gig memenuhi syarat-syarat pentadbiran atau pemulihan tertentu; atau<\/p><p>(c) mengenakan tempoh sekatan akses berterusan yang ditetapkan seperti yang dibenarkan oleh semua undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan dan dalam apa jua keadaan, tidak melebihi tempoh tujuh (7) hari kalendar; dan\/atau<\/p><p>(d) mengambil sebarang tindakan komersial atau operasi lain sebagaimana yang dikehendaki Grab.<\/p><p>12.7 Pemulihan akses di bawah <strong>Klausa 12.6<\/strong> di atas merupakan suatu pelaksanaan budi bicara operasi Grab dan tidak boleh dianggap, ditafsirkan, diplidkan, atau dijadikan rujukan sebagai pengakuan oleh Grab terhadap penggantungan yang salah ataupun satu pengecualian terhadap perkara asas berikut.<\/p><p>12.8 Sekiranya Grab mencadangkan untuk menggantung, mengehadkan atau menyahaktifkan akses Pekerja Gig ke Platform, Grab akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pekerja Gig secara bertulis. Sekiranya Pekerja Gig tidak dapat dihubungi dan Grab meminta Pekerja Gig untuk menyatakan masa panggilan balik yang sesuai, Pekerja Gig hendaklah memberi maklum balas dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas permintaan tersebut. Grab akan dianggap telah memberi peluang munasabah kepada Pekerja Gig untuk didengar apabila Grab telah membuat sekurang-kurangnya tiga (3) cubaan untuk menghubungi Pekerja Gig dan Pekerja Gig gagal memberi respons dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam keadaan sedemikian, Pekerja Gig dianggap telah melepaskan haknya untuk didengar dan penggantungan, sekatan atau penyahtaktifan tersebut akan dianggap sah.<\/p><p>12.9 Apabila Pekerja Gig sengaja mengelak diri daripada dihubungi dan siasatan telah tamat tanpa sebarang komunikasi, Pekerja Gig bersetuju bahawa Grab boleh terus mengehadkan atau menggantung akses Pekerja Gig ke Platform sehingga Pekerja Gig memberikan penjelasan dan menunggu kesimpulan semakan dalaman serta siasatan mereka. Sebarang kelewatan yang disumbangkan oleh Pekerja Gig tidak dianggap sebagai ketidakpatuhan oleh Grab sekiranya tempoh masa yang diberikan di bawah undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan .<\/p><p>12.10 Sekatan sementara atau penamatan sebahagian akses kepada sesuatu Ciri berbeza daripada sekatan atau penamatan akses ke Platform. Jika Pekerja Gig dihadkan atau ditamatkan daripada mengakses atau menggunakan Ciri tertentu tetapi masih boleh mengakses Platform untuk memberikan Perkhidmatan, sekatan atau penamatan tersebut tidak akan dianggap sebagai sekatan atau penamatan akses Pekerja Gig kepada Platform.<\/p><p>12.11 Tanpa menjejaskan dan tanpa prejudis kepada mana-mana peruntukan lain dalam Perjanjian ini, Grab berhak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Pekerja Gig bagi pelanggaran dan\/atau ketidakpatuhan terhadap terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, sama ada secara nyata atau tersirat dan\/atau apa-apa amalan-amalan tambahan yang dikuatkuasakan kemudiannya, untuk ganti rugi, pemulihan kerugian dan apa-apa relif lain yang dianggap sesuai oleh Grab.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>13. PRIVASI DATA DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI<\/strong><\/span><\/p><p>13.1 Grab mengumpul dan memproses Data Peribadi Pekerja Gig mengikut Notis Privasinya, di mana terma-termanya merupakan sebahagian daripada Perjanjian ini. Pekerja Gig memberikan keizinan kepada Grab untuk mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi Pekerja Gig seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi untuk tujuan pelaksanaan Perjanjian ini.<\/p><p>13.2 Maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh Pekerja Gig semasa pendaftaran dan\/atau semasa proses pendaftaran, yang mungkin termasuk Data Peribadi seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi, mungkin dipautkan kepada akaun Pekerja Gig atau dipaparkan sementara semasa pemberian Perkhidmatan. Pekerja Gig memberikan keizinan kepada penggunaan maklumat tersebut untuk tujuan pemberian Perkhidmatan dan untuk memudahkan penggunaan Platform oleh Pekerja Gig.<\/p><p>13.3 Grab, atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga, boleh memantau penggunaan Platform oleh Pekerja Gig bagi tujuan menyediakan maklumat mengenai akaun Pekerja Gig dan untuk menambah baik Perkhidmatan yang disediakan oleh Pekerja Gig.<\/p><p>13.4 Apabila Grab mendedahkan Data Peribadi mana-mana individu lain kepada Pekerja Gig semasa pemberian Perkhidmatan, termasuk Data Peribadi Pelanggan, Pekerja Gig:<\/p><p>(a) hendaklah menggunakan Data Peribadi Pelanggan tersebut semata-mata untuk tujuan khusus di mana ia telah didedahkan, dan bukan untuk sebarang tujuan-tujuan yang lain;<\/p><p>(b) tidak boleh menyimpan, menjejaki, melakukan carian songsang (reverse look-up) atau menggunakan Data Peribadi Pelanggan tersebut di luar platform, atau membuat sebarang komunikasi sekunder dengan individu tersebut;<\/p><p>(c) tidak boleh merakam audio atau video Pelanggan secara menyalahi undang-undang, dan hendaklah memastikan apa-apa imej atau rakaman video yang diambil bagi \u201cBukti Penghantaran\u201d (Proof of Delivery) atau \u201cBukti Pengambilan\u201d (Proof of Pickup) hanya memaparkan item pesanan dan tidak merakam individu termasuk Pelanggan;<\/p><p>(d) tidak boleh mendedahkan, menerbitkan, berkongsi, atau mengedarkan Data Peribadi Pelanggan melalui media sosial, platform mesej, media awam, atau ucapan;<\/p><p>(e) hendaklah memadam atau menganonimkan Data Peribadi Pelanggan serta-merta selepas penyelesaian tugasan yang berkaitan, atau apabila ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia didedahkan; dan<\/p><p>(f) hendaklah segera memaklumkan Grab sekiranya mereka mengesyaki sebarang akses, kehilangan, atau pendedahan Data Peribadi Pelanggan tanpa kebenaran.<\/p><p>13.5 Pekerja Gig mengakui bahawa sebarang kegagalan untuk mematuhi obligasi di bawah Klausa ini akan dianggap sebagai pelanggaran Perjanjian ini serta Polisi dan Kod Tatalaku yang berkaitan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>14. MEKANISME ADUAN DAN KILANAN<\/strong><\/span><\/p><p>14.1 Sebarang aduan yang melibatkan Pekerja Gig dan Pelanggan boleh dilaporkan kepada Grab melalui Pusat Bantuan yang berkaitan. Di mana wajar dan selamat untuk berbuat demikian, pihak-pihak boleh menyelesaikan perkara tersebut secara terus.<\/p><p>14.2 Sebarang percanggahan operasi, pertikaian, atau kilanan umum yang timbul antara Pekerja Gig dan Grab boleh dikemukakan oleh Pekerja-pekerja Gig sebagai aduan bertulis melalui Platform di Pusat Bantuan. Pekerja Gig juga boleh mengemukakan aduan dengan menghubungi Jawatankuasa Rakan Representative yang diberi kuasa oleh Grab, atau dengan hadir secara bersemuka di mana-mana Kampus Rakan Grab yang tersedia.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>15. PENILAIAN<\/strong><\/span><\/p><p>15.1 Pekerja Gig mengakui bahawa Pekerja Gig mungkin dinilai oleh Pengguna dan Pelanggan berkenaan Perkhidmatan yang diberikan.<\/p><p>15.2 Setiap penilaian akan direkodkan secara automatik ke dalam sistem Grab. Grab boleh menganalisis semua penilaian yang diterima tetapi tidak diwajibkan untuk membuat demikian. Sekiranya Pekerja Gig mempunyai penilaian atau skor keselamatan yang rendah, Grab boleh mengambil semua tindakan yang sesuai mengikut Kriteria Kelayakan yang terpakai termasuk tetapi tidak terhad kepada pelarasan, penyusunan semula tahap, penurunan taraf atau penarikan balik kelayakan Pekerja Gig untuk sesuatu Jenis Perkhidmatan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>16. PEMILIKAN HARTA INTELEK<\/strong><\/span><\/p><p>16.1 Grab dan pemberi lesennya, sekiranya berkaitan, memiliki segala hak, hak milik dan kepentingan, termasuk segala hak-hak harta intelek yang berkaitan, dalam dan terhadap Platform dan secara sambungan kepada Perkhidmatan serta apa-apa cadangan, idea, permintaan penambahbaikan, maklum balas, cadangan-cadangan atau maklumat lain yang diberikan oleh Pekerja Gig atau mana-mana pihak lain yang berkaitan dengannya. Pekerja Gig tidak diberikan hak-hak atau lesen untuk menggunakan logo, nama, atau tanda dagangan Grab di luar pelaksanaan ketat Perjanjian ini. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, rujukan kepada Platform di sini adalah merangkumi komponen-komponen, proses-proses dan reka bentuknya secara keseluruhan.<\/p><p>16.2 Apabila Pekerja Gig menghantar, memuat naik, atau menjana kandungan melalui Platform (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, imej profil, rakaman dashcam, ulasan teks, atau data operasi), Pekerja Gig mengekalkan pemilikan asas ke atas kandungan tersebut. Walau bagaimanapun, Pekerja Gig secara nyata memberikan Grab lesen untuk menghoskan, menyimpan, menghasilkan semula, mengubah, memaparkan, mengedarkan, dan menggunakan kandungan tersebut secara kekal, tidak boleh ditarik balik, di seluruh dunia, bebas royalti, dan tidak eksklusif (termasuk nama dan rupa Pekerja Gig) bagi apa-apa tujuan operasi, penyiasatan, atau promosi. Pekerja Gig menjamin bahawa mereka mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memberikan lesen ini dan kandungan yang dihantarnya tidak melanggar hak-hak pihak ketiga.<\/p><p>16.3 Grab memberikan Pekerja Gig lesen untuk mengakses dan menggunakan Platform semata-mata bagi pelaksanaan Perkhidmatan yang dibenarkan yang boleh dibatalkan, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik. Untuk melindungi integriti Platform, Pekerja Gig berjanji bahawa beliau tidak akan:<\/p><p>(a) Mereka bentuk semula (reverse engineer), menyahkompil, mentafsir, atau cuba mengekstrak kod sumber atau algoritma asas Platform;<\/p><p>(b) Mereka bentuk, menyebarkan, atau menggunakan sebarang perisian, skrip, auto-clicker, aplikasi penyamaran lokasi, atau sistem operasi yang diubah suai (termasuk peranti yang dipecah sekat atau diroot) untuk memintas, memanipulasi, atau memperoleh kelebihan tiruan terhadap sistem tempahan dan penghantaran Platform; dan\/atau<\/p><p>(c) Sengaja mengacau, mengganggu, atau mengaburkan fungsi keselamatan struktur, data telemetri, atau penjejakan geografi Platform.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>17. TANGGUNG RUGI<\/strong><\/span><\/p><p>17.1 Pekerja Gig hendaklah menanggung rugi, membela dan melindungi Grab, pemberi lesen dan sekutu, pegawai, pengarah, ahli, pekerja, peguam dan ejen setiap pihak-pihak tersebut (masing-masing \u201c<strong>Pihak Yang Ditanggung Rugi<\/strong>\u201d) daripada dan terhadap segala tuntutan, tuntutan, permintaan, kos, ganti rugi, kerugian, liabiliti, denda, penalti dan perbelanjaan (termasuk yuran dan kos guaman yang munasabah, dan\/atau sebarang tindakan peraturan, perintah atau siasatan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan:<\/p><p>(a) urusan, interaksi atau transaksi Pekerja Gig dengan mana-mana Pelanggan, peniaga pihak ketiga, pembekal, atau pihak ketiga lain sepanjang Pekerja Gig memberikan Perkhidmatan dan\/atau penggunaan Platform;<\/p><p>(b) pelanggaran oleh Pekerja Gig terhadap mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Polisi dan Kod Tatalaku dan\/atau mana-mana polisi, garis panduan, keperluan, peraturan lain yang diperbadankan melalui rujukan, mana-mana terma-terma dan syarat-syarat pihak ketiga dan\/atau semua undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang terpakai kepada Pekerja Gig dan\/atau pemberian Perkhidmatan dan penggunaan Platform sama ada dirujuk dalam Perjanjian ini atau tidak;<\/p><p>(c) pelanggaran oleh Pekerja Gig terhadap mana-mana hak pihak ketiga, termasuk mana-mana Pelanggan, yang timbul daripada atau berkaitan dengan pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig, termasuk sebarang tuntutan berkaitan kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta, fitnah, privasi, atau harta intelek;<\/p><p>(d) penggunaan atau penyalahgunaan Platform oleh Pekerja Gig, termasuk sebarang tindakan atau kelalaian yang bersifat penipuan, tidak jujur, cuai atau tidak sah, sebarang perkongsian akaun, penyamaran, atau manipulasi Platform;<\/p><p>(e) Pemilikan, penggunaan, operasi, penyelenggaraan, kelayakan jalan, pelesenan atau insurans oleh Pekerja Gig terhadap mana-mana kenderaan, peralatan atau harta lain yang digunakan oleh Pekerja Gig dalam memberikan Perkhidmatan, termasuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh mana-mana Pelanggan, penumpang, barangan, atau pihak ketiga semasa memberikan Perkhidmatan;<\/p><p>(f) sebarang cukai, levi, sumbangan atau pembayaran berkanun yang mana Pekerja Gig bertanggungjawab sebagai Pekerja Gig dalam kapasitinya sebagai rakan pihak ketiga yang bekerja sendiri atau bebas kepada Grab;<\/p><p>(g) segala tuntutan, penghakiman dan liabiliti yang timbul daripada sebarang kemalangan, kehilangan atau kerosakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kecederaan peribadi, kematian, kerugian total dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh atau didakwa berpunca daripada Perkhidmatan yang diberikan oleh Pekerja Gig; dan\/atau<\/p><p>(h) segala tuntutan, ganti rugi, kos, perbelanjaan, faedah, penalti dan liabiliti yang timbul daripada Grab dianggap atau didakwa sebagai majikan Pekerja Gig di bawah mana-mana undang-undang Malaysia oleh mana-mana badan pentadbiran, tribunal atau mahkamah termasuk, tanpa had, sebarang tuntutan untuk sumbangan atau faedah statutori di bawah Akta Kerja 1955, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001, atau sebarang tuntutan pemberhentian kerja secara tidak adil di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.<\/p><p>17.2 <strong>Klausa 17<\/strong> ini akan terus berkuat kuasa selepas penamatan atau luput Perjanjian ini.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>18. PENAFIAN JAMINAN<\/strong><\/span><\/p><p>18.1 Platform, kandungannya dan mana-mana perkhidmatan berkaitan adalah disediakan kepada Pekerja Gig atas dasar sebagaimana adanya (\u201cas-is\u201d). Grab tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan Platform, Perkhidmatan, Perjanjian ini dan\/atau mana-mana perkhidmatan berkaitan. Grab tidak membuat sebarang representasi, waranti atau jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, bahawa semua maklumat yang tersedia di Platform adalah tepat, lengkap atau terkini. Grab tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau yang berbangkit daripada pengubahsuaian atau pindaan kepada Platform, Perkhidmatan, Perjanjian ini dan\/atau mana-mana perkhidmatan berkaitan.<\/p><p>18.2 Pekerja Gig bersetuju bahawa beliau akan menanggung semua risiko yang timbul daripada pemberian Perkhidmatan kepada Pengguna atau Pelanggan dan tidak mempunyai apa-apa jalan tuntutan terhadap Grab berkenaan sebarang pertikaian, tuntutan atau liabiliti yang timbul antara Pekerja Gig dan mana-mana Pelanggan atau pihak ketiga berkaitan dengan Perkhidmatan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>19. HAD LIABILITI<\/strong><\/span><\/p><p>19.1 Grab dan\/atau pemberi lesennya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, ganti rugi kecil, khas, turutan atau punitif, kerosakan atau kecederaan, atau sebarang kehilangan keuntungan, kehilangan pendapatan atau kehilangan nama baik, yang mungkin dialami oleh Pekerja Gig atau mana-mana individu yang menuntut melalui Pekerja Gig, termasuk tetapi tidak terhad kepada:<\/p><p>(a) kerugian, kerosakan atau kecederaan yang timbul daripada, atau dalam apa jua cara yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan\/atau Platform;<\/p><p>(b) penggunaan atau ketidakmampuan untuk memberikan Perkhidmatan dan\/atau menggunakan Platform, termasuk segala masa henti, gangguan, hasil peruntukan atau kerosakan teknikal;<\/p><p>(c) sebarang pergantungan yang dibuat oleh Pekerja Gig terhadap kelengkapan, ketepatan atau kewujudan apa-apa iklan atau komunikasi; atau<\/p><p>(d) sebarang hubungan atau transaksi antara Pekerja Gig dan mana-mana Pelanggan, peniaga atau pihak ketiga lain yang menerima Perkhidmatan oleh Pekerja Gig, atau yang diperkenalkan kepada Pekerja Gig oleh, atau diatur melalui Platform;<\/p><p>walaupun Grab dan\/atau pemberi lesennya telah dinasihatkan sebelum ini tentang kemungkinan kehilangan, kerosakan atau kecederaan tersebut.<\/p><p>19.2 Grab tidak menjamin dan tidak membuat representasi bahawa ia menilai atau memantau kesesuaian, kesahihan, identiti, tingkah laku, keupayaan, pergerakan atau lokasi mana-mana Pelanggan atau rakan-niaga yang mana Pekerja Gig memberikan Perkhidmatan atau yang mana Pekerja Gig dipadankan melalui Platform dan Pekerja Gig dengan nyata menepikan dan melepaskan Grab daripada segala liabiliti, tuntutan atau ganti rugi yang timbul daripada dan\/atau berkaitan dengan apa-apa cara dengan Pelanggan atau rakan-niaga tersebut.<\/p><p>19.3 Grab tidak akan menjadi pihak kepada, atau kepada rundingan pertikaian antara Pekerja Gig dan mana-mana Pelanggan atau peniaga berkaitan Perkhidmatan yang diberikan atau diatur melalui Platform. Tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat oleh Pekerja Gig dalam memberikan Perkhidmatan kepada Pelanggan (dengan segala implikasinya) terletak sepenuhnya pada dan kepada Pekerja Gig. Pekerja Gig secara jelas menepikan dan melepaskan Grab daripada sebarang liabiliti, tuntutan, kausa tindakan, atau ganti rugi yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan Pelanggan, peniaga atau pihak ketiga lain di mana Pekerja Gig telah memberikan Perkhidmatan atau yang diperkenalkan kepada Pekerja Gig melalui Platform.<\/p><p>19.4 Kualiti dan keselamatan Perkhidmatan yang diberikan oleh Pekerja Gig kepada Pelanggan adalah tanggungjawab Pekerja Gig sepenuhnya. Grab tidak bertanggungjawab atas tindakan dan\/atau kelalaian Pekerja Gig, dan Pekerja Gig akan menanggung semua liabiliti berkaitan Perkhidmatan yang diberikan kepada Pelanggan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>20. SISTEM PEMANTAUAN DAN\/ATAU PEMBUATAN KEPUTUSAN AUTOMATIK<\/strong><\/span><\/p><p>20.1 Pekerja Gig mengakui dan dengan ini dimaklumkan bahawa Grab menggunakan sistem pemantauan dan pembuatan keputusan elektronik automatik untuk mengurus Platform. Sistem ini menilai parameter masa nyata untuk: (a) membuat keputusan berkaitan pengagihan Perkhidmatan; (b) menilai prestasi dan penggunaan Platform oleh Pekerja Gig; dan (c) menentukan akibat yang wajar sekiranya Pekerja Gig gagal memenuhi piawaian Platform, yang mungkin termasuk sekatan atau penyahaktifan akaun secara automatik.<\/p><p>20.2 Sekiranya keputusan automatik memberi kesan ketara kepada pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig (seperti sekatan akaun), Pekerja Gig berhak mendapat mekanisme semakan secara tidak automatik. Pekerja Gig boleh mengemukakan permintaan melalui saluran sokongan rasmi yang ditetapkan oleh Grab untuk semakan tidak automatik. Perkara-perkara sedemikian akan disemak mengikut prosedur operasi standard dalaman Grab.<\/p><p>20.3 Dengan memasuki Perjanjian ini, Pekerja Gig bersetuju dengan penggunaan sistem yang disebutkan di atas. Selain itu, Pekerja Gig bersetuju dan mengizinkan Grab, ejen dan\/atau sub-kontraktornya untuk memantau dan\/atau merakam sebarang komunikasi lisan antara Pekerja Gig, pekerja Grab, dan Pelanggan berkaitan pemberian Perkhidmatan dan\/atau Perjanjian ini untuk tujuan penyimpanan rekod, audit, dan latihan kualiti.<\/p><p>20.4 Grab berhak untuk mengemas kini atau mengoptimumkan sistem automatik dan mekanisme semakannya, dari semasa ke semasa. Pekerja Gig bersetuju bahawa penggunaan berterusan Platform merupakan persetujuan berterusan untuk pengurusan automatik tersebut.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><b>21. AUDIO PROTECT<\/b><\/span><b><\/b><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">21.1 &#8220;<strong>Audio Protect<\/strong>&#8221; bermaksud ciri keselamatan audio dalam-perjalanan Grab, yang beroperasi sebagai sebahagian standard daripada Perkhidmatan pengangkutan untuk membantu memastikan keselamatan perjalanan dan menyokong siasatan insiden keselamatan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">21.2 Pekerja Gig mengakui dan bersetuju bahawa Audio Protect beroperasi sebagai ciri standard Perkhidmatan pengangkutan dan bahawa, apabila diaktifkan, audio dalam kenderaan semasa suatu tempahan dirakam dan disulitkan selaras dengannya. Grab tidak mengakses rakaman tersebut dalam keadaan biasa. Grab boleh mengakses, menggunakan, atau mendedahkan rakaman Audio Protect hanya jika perlu (a) untuk menyiasat insiden keselamatan yang dilaporkan atau disahkan; atau (b) untuk mematuhi undang-undang yang terpakai atau permintaan sah daripada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang atau badan pengawalseliaan.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">21.3 Maklumat lanjut mengenai cara Audio Protect beroperasi, tempoh penyimpanan dan pengendalian rakaman, serta hak Pekerja Gig berkaitan rakaman tersebut dinyatakan dalam artikel Pusat Bantuan yang berkaitan dan Notis Privasi Grab, yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian ini.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">21.4 Pekerja Gig tidak boleh menyalin, menyiarkan, menerbitkan, mengedarkan, atau mendedahkan sebarang rakaman Audio Protect, secara keseluruhan atau sebahagian, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh Grab atau sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.<\/span><\/p><p><span style=\"font-weight: 400;\">21.5 Penerusan pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig selepas tarikh berkuat kuasa klausa ini merupakan pengakuan Pekerja Gig bahawa Audio Protect adalah ciri standard dan perlu bagi Perkhidmatan untuk pelaksanaan Perjanjian ini<\/span><\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>22. KEBOLEHASINGAN<\/strong><\/span><\/p><p>22.1 Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan di sisi undang-undang, kesahihan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas atau terkesan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>23. PENERIMAAN<\/strong><\/span><\/p><p>23.1 Pekerja Gig mengakui dan bersetuju bahawa penerimaan elektroniknya terhadap Perjanjian ini melalui Platform (atau mana-mana platform digital lain yang ditetapkan oleh Grab) akan merupakan suatu tandatangan elektronik yang sah, mengikat di sisi undang-undang, dan boleh dikuatkuasakan untuk semua tujuan-tujuan.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>24. BAHASA<\/strong><\/span><\/p><p>24.1 Perjanjian ini dimeterai dalam Bahasa Inggeris.<\/p><p>24.2 Grab boleh menyediakan terjemahan Perjanjian ini dalam mana-mana bahasa lain untuk rujukan dan kemudahan sahaja. Mana-mana terjemahan adalah disediakan untuk membantu pemahaman Pekerja Gig dan tidak dengan sendirinya menjadi suatu perjanjian berasingan antara Pihak-Pihak.<\/p><p>24.3 Sekiranya terdapat sebarang konflik, perbezaan, ketidakselarasan atau percanggahan dalam tafsiran antara versi Bahasa Inggeris dengan mana-mana terjemahan, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi terjemahan tersebut.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>25. KESELURUHAN PERJANJIAN<\/strong><\/span><\/p><p>25.1 Perjanjian ini merangkumi keseluruhan perjanjian antara Pekerja Gig dan Grab dan menggantikan sebarang rundingan atau perbincangan terdahulu atau serentak.<\/p><p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>26. UNDANG-UNDANG MENTADBIR DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN<\/strong><\/span><\/p><p>26.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.<\/p><p>26.2 Sebarang pertikaian, aduan, tuntutan atau sebab tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, atau pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig hendaklah dibangkitkan oleh Pekerja Gig melalui saluran-saluran sokongan yang ditetapkan oleh Grab dan hendaklah diuruskan mengikut undang-undang, peraturan, ordinan dan perintah yang berkenaan.<\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-d86a6d7 elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"d86a6d7\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-100 elementor-top-column elementor-element elementor-element-28e8a45\" data-id=\"28e8a45\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-56e583c elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"56e583c\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>JADUAL A<\/strong><\/span><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-e3f0378 elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"e3f0378\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-0cf4178\" data-id=\"0cf4178\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-8db8f25 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"8db8f25\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><strong>A. PERKHIDMATAN<\/strong><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-197cc86\" data-id=\"197cc86\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-05c1cf7 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"05c1cf7\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p>(a) Perkhidmatan merangkumi satu atau lebih perkhidmatan pemenuhan komersial berikut, yang dipersetujui oleh Pekerja Gig untuk diberikan kepada Pelanggan atau Pengguna seperti yang diperuntukkan, dipadankan, dirujuk, dan dipermudahkan melalui sistem perantara Platform:<\/p><p>(i) pengangkutan penumpang atau pengguna dari satu titik ke satu titik (<em>point-to-point<\/em>);<\/p><p>(ii) kutipan dan penghantaran makanan dan minuman;<\/p><p>(iii) kutipan dan penghantaran runcit; dan\/atau<\/p><p>(iv) penghantaran bungkusan ekspres dan logistik.<\/p><p>(b) Perjanjian ini menetapkan setiap kategori Jenis Perkhidmatan dan Ciri yang mungkin disediakan oleh Grab dari semasa ke semasa. Pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig bermaksud pelaksanaan Jenis Perkhidmatan yang diberi kuasa dan layak untuk diberikan oleh Pekerja Gig. Penyenaraian kategori, Jenis Perkhidmatan atau Ciri dalam Perjanjian ini tidak dengan sendirinya merupakan suatu tawaran, pemberian, jaminan atau kelayakan untuk menyediakan atau mengaksesnya, dan Pekerja Gig tidak akan menuntut sebarang hak untuk memberikan, atau memperoleh pendapatan daripada, mana-mana Jenis Perkhidmatan atau Ciri yang mana Pekerja Gig tidak diberi kuasa dan layak untuk diberikan.<\/p><p>(c) Jenis Perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Grab termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: &#8211;<\/p><p>(i) GrabTaxi (juga dikenali sebagai \u201cStandard | Taxi\u201d);<\/p><p>(ii) GrabShare (juga dikenali sebagai \u201cSaver | Share\u201d);<\/p><p>(iii) GrabRent;<\/p><p>(iv) GrabCar Standard (JustGrab);<\/p><p>(v) GrabCar Standard (6-Seater);<\/p><p>(vi) GrabCar Standard (Plus);<\/p><p>(vii) GrabCar Premium;<\/p><p>(viii) GrabCar Executive;<\/p><p>(ix) GrabExpress Deliveries; dan<\/p><p>(x) GrabFood \/ GrabMart Deliveries.<\/p><p>(d) Jenis Perkhidmatan yang Pekerja Gig diberikan kuasa untuk memberikan bergantung kepada Jenis Perkhidmatan yang telah didaftarkan dan dipersetujui oleh Pekerja Gig untuk diberikan, serta kepada pemenuhan Kriteria Kelayakan yang terpakai kepada setiap Jenis Perkhidmatan tersebut seperti yang diterbitkan dan dikemas kini oleh Grab di <em>\u201c<\/em><a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/grab-service-types\/\"><em>https:\/\/www.grab.com\/my\/grab-service-types\/<\/em><\/a>\u201d.<\/p><p>(e) Pekerja Gig mengawal jenis Perkhidmatan yang akan diberikan oleh Pekerja Gig. Pekerja Gig boleh memilih untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mana-mana Jenis Perkhidmatan yang layak diberikan oleh Pekerja Gig mengikut budi bicara Pekerja Gig melalui Platform.<\/p><p>(f) Grab boleh meminda Kriteria Kelayakan dari semasa ke semasa. Pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig dalam setiap Jenis Perkhidmatan bergantung kepada kepuasan berterusan dan pemenuhan Kriteria Kelayakan yang berkenaan oleh Pekerja Gig. Jika Pekerja Gig tidak memenuhi atau mengekalkan Kriteria Kelayakan tersebut, termasuk atas sebab kelakuan, prestasi atau rekod keselamatan Pekerja Gig, atau atas sebab operasi, komersial atau peraturan, skop Jenis Perkhidmatan yang dibenarkan untuk diberikan oleh Pekerja Gig boleh ditambah, diubah suai, ditingkatkan semula, dikurangkan, diturunkan taraf atau dilaraskan dari semasa ke semasa. \u00a0Pelarasan ini juga boleh termasuk meletakkan Pekerja Gig pada suatu Jenis Perkhidmatan yang tidak didaftarkan oleh Pekerja Gig. Pelarasan tersebut akan dimaklumkan kepada Pekerja Gig.<\/p><p>(g) Grab boleh menyediakan satu atau lebih Ciri untuk digunakan berkaitan dengan, atau sebagai tambahan kepada, pemberian Jenis Perkhidmatan. Suatu Ciri adalah kemudahan pilihan yang dilapiskan di atas pemberian Jenis Perkhidmatan oleh Pekerja Gig di mana Pekerja Gig boleh menerima atau diperuntukkan tempahan-tempahan untuk Perkhidmatan. Satu Ciri itu sendiri bukanlah suatu Jenis Perkhidmatan dan tidak merupakan sebahagian daripada Jenis Perkhidmatan yang Pekerja Gig bertanggungjawab untuk memberikan.<\/p><p>(h) Sebarang akses kepada dan kelayakan berterusan untuk sesuatu Ciri adalah berasingan daripada kebenaran Pekerja Gig untuk melaksanakan sebarang Jenis Perkhidmatan dan bergantung kepada Pekerja Gig memenuhi dan sentiasa mengekalkan Kriteria Kelayakan yang berkenaan untuk Ciri tersebut, yang mungkin termasuk latihan, standard prestasi dan kelakuan yang khusus bagi Ciri tersebut.<\/p><p>(i) Oleh kerana Perkhidmatan masih boleh dilaksanakan secara bebas daripada mana-mana Ciri, penggantungan, sekatan, penarikan balik atau pengubahsuaian Ciri tidak dianggap sebagai penyahaktifan kerana ia tidak menghalang Pekerja Gig daripada melaksanakan Perkhidmatan tanpa mengira jumlah tempahan atau Pendapatan yang diperoleh atau telah diperolehi oleh Pekerja Gig melalui Ciri tersebut.<\/p><p>(j) Apabila Pekerja Gig berhenti memenuhi Kriteria Kelayakan untuk Jenis Perkhidmatan atau Ciri, sama ada disebabkan oleh kenderaan, tingkah laku, prestasi, rekod keselamatan, kelemahan dokumentari Pekerja Grab atau lain-lain, Grab boleh mengehadkan, menggantung, menurunkan taraf atau menamatkan kelayakan Pekerja Gig untuk Jenis Perkhidmatan tersebut atau akses kepada Ciri tersebut sehingga Pekerja Gig sekali lagi memenuhi dan mengekalkan Kriteria Kelayakan yang berkenaan atau melengkapkan sebarang latihan semula atau kelayakan semula yang diperlukan, sebagaimana yang berkenaan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, kehilangan kelayakan sedemikian adalah akibat daripada kegagalan Pekerja Gig itu sendiri memenuhi Kriteria Kelayakan dan bukan suatu penalti yang dikenakan oleh Grab<\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-f40d5e6 elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"f40d5e6\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-1751fa8\" data-id=\"1751fa8\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-cdd641a elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"cdd641a\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><strong>B. PENDAPATAN<\/strong><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-bea8892\" data-id=\"bea8892\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-b19713c elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"b19713c\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p>(a) Grab mengenakan suatu yuran untuk pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig (\u201c<strong>Yuran Perkhidmatan\/Komisen<\/strong>\u201d).<\/p><p>(b) Yuran Perkhidmatan\/Komisen perlu dibayar oleh Pekerja Gig dengan segera dan tidak boleh dikembalikan. Polisi tanpa bayaran balik ini akan terpakai pada setiap masa dan akan kekal selepas tamat tempoh atau luput Perjanjian ini. Grab boleh mengubah Yuran Perkhidmatan\/Komisen pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya. Butiran lanjut berkenaan Yuran Perkhidmatan\/Komisen boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/grab-service-fees-terms-and-conditions\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/grab-service-fees-terms-and-conditions\/<\/a>.<\/p><p>(c) Pekerja Gig mengakui dan mengesahkan bahawa Grab boleh mentadbir dan bertindak sebagai ejen kutipan Pekerja Gig untuk membayar kepada Pekerja Gig jumlah keseluruhan Caj Pelanggan yang perlu dibayar kepada Pekerja Gig berkenaan pemberian Perkhidmatan oleh Pekerja Gig.<\/p><p>(d) Grab boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, membuat tawaran promosi dengan ciri dan kadar berbeza ke atas Perkhidmatan kepada mana-mana Pelanggan di mana tawaran promosi tersebut akan dipatuhi oleh Pekerja Gig.<\/p><p>(e) Grab boleh, mengikut budi bicaranya, menyediakan insentif, bonus, ganjaran, bayaran promosi atau faedah-faedah lain kepada Pekerja Gig dari semasa ke semasa, mengikut terma-terma dan tempoh yang ditentukan oleh Grab. Mana-mana insentif, bonus, ganjaran, bayaran promosi atau manfaat tersebut adalah mengikut budi bicara Grab dan tidak termasuk dalam Pendapatan, dan tidak memberikan apa-apa kelayakan kepada penerusannya atau kepada apa-apa bayaran serupa pada masa hadapan.<\/p><p>(f) Apa-apa tip atau ganjaran ialah suatu bayaran yang dibuat secara sukarela oleh Pengguna sebagai tambahan kepada Pendapatan. Suatu tip atau ganjaran tidak membentuk sebahagian daripada Pendapatan.<\/p><p>(g) Baki Tunai Pemandu: Grab akan menguruskan pembayaran kepada Pekerja Gig melalui sistem dompet (\u201c<strong>Baki Tunai Pemandu<\/strong>\u201d). Pekerja Gig mesti memastikan Baki Tunai Pemandu tidak negatif pada setiap masa. Pendapatan Pekerja Gig akan dipaparkan dalam Baki Tunai Pemandu di Platform dan boleh dikeluarkan oleh Pekerja Gig ke akaun bank yang ditetapkan, atau jika ada, ke Dompet GrabPay Pemandu Pekerja Gig, atau ke akaun penerima lain yang disediakan dalam Platform, dengan syarat bahawa Baki Tunai Pemandu Pekerja Gig tidak boleh jatuh di bawah RM1. Grab berhak membuat Potongan daripada Baki Tunai Pemandu seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini, seperti yang dibenarkan oleh Pekerja Gig dan\/atau seperti yang dimaklumkan kepada Pekerja Gig melalui Platform.<\/p><p>(h) Baki Kredit Pemandu: Selain Baki Tunai Pemandu Pekerja Gig, Pekerja Gig juga mesti mengekalkan Baki Kredit Pemandu dengan Grab. Baki Kredit Pemandu merangkumi bayaran awal kepada Grab oleh Pekerja Gig untuk sebarang Yuran Perkhidmatan\/Komisen dan yuran serta caj lain yang terpakai di bawah Perjanjian ini. Pekerja Gig mesti sentiasa mengekalkan baki kredit minimum (\u201c<strong>Baki Minimum<\/strong>\u201d) dalam Baki Kredit Pekerja Gig supaya Pekerja Gig dapat memberikan Perkhidmatan. Jumlah Baki Minimum tersebut hendaklah ditetapkan oleh Grab, dan akan dimaklumkan kepada Pekerja Gig melalui Platform. Ia boleh diubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak Grab.<\/p><p>(i) Pekerja Gig boleh menambah dana (\u201c<strong>Kredit<\/strong>\u201d) ke Baki Kredit Pemandu untuk memenuhi Baki Minimum. Baki boleh ditambah melalui apa-apa cara yang ditetapkan oleh Grab dari semasa ke semasa (seperti muat semula tunai dan pembayaran kad kredit\/debit atau pemindahan dari Baki Tunai Pemandu Pekerja Gig);<\/p><p>(j) Dana dalam Baki Kredit Pemandu tidak boleh ditebus tunai dan tidak boleh dikembalikan. Dana tersebut tidak boleh dijual semula, ditukar atau dipindahkan bagi nilai dalam apa jua keadaan. Dana tersebut tidak boleh dianggap, ditafsirkan, atau digunakan sebagai instrumen bernilai atau boleh ditukar dalam apa jua keadaan kecuali dibenarkan oleh Grab berdasarkan budi bicara mutlaknya. Pekerja Gig tidak akan menerima faedah-faedah atau pendapatan lain atas Kredit tersebut. Grab boleh menerima faedah-faedah ke atas jumlah yang dipegang oleh Grab bagi pihak Pekerja Gig. Pekerja Gig bersetuju untuk menyerahkan hak-hak Pekerja Gig ke atas Grab bagi sebarang faedah yang diperoleh daripada Kredit tersebut.<\/p><p>(k) Pendapatan yang perlu dibayar kepada Pekerja Gig untuk Perkhidmatan yang diberikan dikira oleh kadar atau peraturan promosi yang dipaparkan di Platform pada saat kerja selesai. Semua pembayaran kepada Baki Tunai Pemandu tertakluk kepada pelarasan akaun dan penyelarasan hutang yang telah dipersetujui sebagimana yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, jika berkenaan.<\/p><p>(l) Pekerja Gig bersetuju Grab boleh menahan, memohon, atau menolak selari (<em>set off<\/em>) apa-apa jumlah yang kena dibayar dan terhutang, wang, deposit atau baki yang dipegang dalam, atau terkandung dalam kredit mana-mana akaun untuk memenuhi sebarang obligasi dan kualiti perkhidmatan yang perlu dibayar oleh Pekerja Gig kepada Grab, sama ada obligasi tersebut kini atau akan datang, sebenar atau luar jangka, utama atau sampingan, dan berasingan atau bersama.<\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<section class=\"elementor-section elementor-top-section elementor-element elementor-element-a192c8f elementor-section-boxed elementor-section-height-default elementor-section-height-default\" data-id=\"a192c8f\" data-element_type=\"section\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-container elementor-column-gap-default\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-e9b69ee\" data-id=\"e9b69ee\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-33a0a2e elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"33a0a2e\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p><strong>C. POLISI DAN KOD TATALAKU<\/strong><\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-column elementor-col-50 elementor-top-column elementor-element elementor-element-f717f19\" data-id=\"f717f19\" data-element_type=\"column\">\n\t\t\t<div class=\"elementor-widget-wrap elementor-element-populated\">\n\t\t\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-e3d3cdf elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"e3d3cdf\" data-element_type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-widget-container\">\n\t\t\t\t\t\t\t<p>(a) Garis Panduan Kod Tatalaku Pemandu\/Rakan Penghantar boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/code-of-conduct-driver-bm\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/code-of-conduct-driver\/<\/a>.<\/p><p>(b) Notis Privasi boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/ms\/terms-policies\/privacy-notice\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/privacy-notice\/<\/a>.<\/p><p>(c) Terma Perkhidmatan, Pengangkutan, Penghantaran dan Logistik boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/transport-delivery-logistics\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/transport-delivery-logistics\/<\/a>.<\/p><p>(d) Terma perkhidmatan GrabPay boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/payment-rewards\/.\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/payment-rewards\/<\/a><\/p><p>(e) Garis Panduan Semakan boleh didapati di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/ugc-terms-reviews\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/ugc-terms-reviews\/<\/a>.<\/p><p>(f) Garis panduan mengenai kandungan dalam talian yang tidak sesuai dan sensitif boleh diakses di <a href=\"https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/guideline-on-inappropriate-and-sensitive-online-content\/\">https:\/\/www.grab.com\/my\/terms-policies\/guideline-on-inappropriate-and-sensitive-online-content\/<\/a><\/p><p>(g) sebarang polisi, kod, garis panduan, piawaian, prosedur, peraturan, arahan, notis, peraturan, artikel dan\/atau keperluan yang dikeluarkan dan\/atau disediakan oleh Grab yang terpakai kepada Pekerja Gig termasuk yang khusus untuk Jenis Perkhidmatan atau Ciri tertentu termasuk pindaannya.<\/p>\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"parent":0,"menu_order":0,"template":"elementor_header_footer","class_list":["post-236403","policy","type-policy","status-publish","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/policy\/236403","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/policy"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/policy"}],"version-history":[{"count":17,"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/policy\/236403\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":236562,"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/policy\/236403\/revisions\/236562"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.grab.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=236403"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}