Anda wajib membawa lesen memandu dan lesen vokasional yang sah sepanjang masa bersama dengan permit-permit lain yang diwajibkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Anda dan kenderaan anda juga wajib diinsuranskan mengikut undang-undang setempat. Sila berlaku jujur mengenai rekod jenayah anda. Anda juga bertanggungjawab untuk mengemaskini dan menghantar semula dokumen anda jika ianya telah tamat tempoh, dibatalkan, atau jika diminta oleh Grab.
Violation Category
Kelakuan berikut adalah salah di sisi undang-undang: serangan fizikal, gangguan lisan, serangan seksual, merogol, membunuh, menculik, mengugut atau mengancam keselamatan. Sila jangan tanya soalan peribadi atau memberikan sebarang komen terhadap penampilan pelanggan. Anda dilarang untuk menghubungi pelanggan selepas trip/penghantaran untuk tujuan peribadi. Jika berlaku pertikaian, anda diminta untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Violation Category
Lihat lebih
Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anda melakukan sebarang jenayah seperti mencuri, memiliki barangan terlarang atau senjata, vandalisme atau merosakkan harta benda awam. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa pesalah.
Violation Category
Jangan langgar peraturan jalan raya atau memandu secara cuai dan membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya termasuklah: mematuhi had laju, mematuhi papan tanda dan lampu isyarat, menggunakan kit bebas-tangan semasa memandu, memastikan penumpang anda menggunakan tali pinggang keledar. Anda juga mesti sentiasa memakai tali pinggang / topi keledar. Elakkan dari memandu terlalu lama dan rehat jika perlu.
Violation Category
Jangan ambil sebarang dadah atau alkohol semasa anda berada di platform Grab. Bahan terlarang, tin/ botol alkohol yang sudah dibuka dan senjata tidak dibenarkan di dalam kenderaan anda. Jika penumpang merasakan anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, mereka berhak untuk membatalkan trip serta-merta dan melaporkannya kepada Grab atau pihak berkuasa. Jangan terima atau hantar sebarang barangan terlarang tau merbahaya. Jika anda mengesyaki sesuatu mengenai kandungan bungkusan anda, sila laporkan kepada Grab atau pihak berkuasa dengan segera.
Violation Category
Pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan setempat. Pastikan juga anda hanya menggunakan kenderaan yang berdaftar dengan Grab.
Violation Category
Jangan berdiskriminasi atau memberikan sebarang komen yang menghina bangsa. agama, kewarganegaraan, orientasi seksual, jantina atau identiti jantina, umur atau apa-apa ciri seseorang itu.
Violation Category
Selesaikan tempahan/pesanan yang telah anda terima dan jangan batalkan tanpa sebarang sebab munasabah atau memberikan tugasan tersebut kepada orang lain. Jangan letakkan harga sendiri atau meminta bayaran lebih atau mengambil jalan yang lebih jauh dari biasa. Hormati semua kod promo dan diskaun yang diberikan kepada pelanggan. Anda tidak dibenarkan membawa orang lain atau binatang peliharaan di dalam kenderaan anda semasa berada di platform Grab. Berikan masa yang munasabah kepada penumpang anda sekiranya anda perlu menunggu mereka.
Violation Category
Sentiasa berpakaian sesuai dan sopan sepanjang masa. Gunakan baju penghantaran Grab jika ada. Sentiasa sopan semasa berbual dengan pengguna. Cuba memenuhi permintaan penumpang seperti menukar suhu penghawa dingin atau memperlahankan radio dan bantu mereka memasukkan beg jika perlu. Pastikan anda menjaga kebersihan kenderaan dan tidak merokok.
Violation Category
Hubungi dan tunggu penumpang di lokasi pick-up dan turunkan mereka di lokasi drop-off yang tepat. Sahkan identiti penumpang sebelum memulakan perjalanan. Pastikan penumpang mempersetujui laluan yang anda gunakan. Hanya lengkapkan tempahan selepas penumpang turun dari kenderaan anda atau selepas pesanan dihantar. Jangan minta penumpang untuk membuat tempahan di luar aplikasi Grab. Jangan ubah apa-apa pada makanan atau bungkusan yang anda hantar dan pastikan ia diletakkan di dalam beg yang sepatutnya.
Violation Category
Laporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin. Selepas anda pastu semua yang terlibat telah selamat dan pihak berkuasa telah dimaklumkan, sila hubungi Grab untuk melaporkan kejadian tersebut. Anda akan didenda jika mengguna nombor talian kecemasan Grab bagi perkara yang tidak memerlukan pertolongan cemas.
Violation Category
Jangan menipu atau mempermainkan dengan sebarang cara seperti berkongsi atau memiliki lebih dari satu akaun. Hanya gunakan aplikasi rasmi Grab yang dimuat turun dari Google Play/Apple Store. Jangan gunakan aplikasi atau peralatan yang boleh mengubah fungsi aplikasi Grab. Ini termasuklah aplikasi yang boleh memalsukan lokasi, telefon rooted/jalibreak atau xposed frameworks. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul semasa mencipta dan mengakses akaun anda, atau mempertikaikan bayaran atau tambang. Gukanan tawaran atau promosi dengan cara yang betul. Jika penumpang tertinggal barangan di dalam kenderaan anda, sila hubungi Grab dan pastikan anda memulangkan barangan tersebut kepada penumpang atau Grab. Jangan kenakan sebarang caj perkhidmatan yang tidak termasuk dalam perkhidmatan Grab.
Violation Category
Lihat lebih
Sila beri kerjasama dan jangan mengasari, mengugut atau mengganggu kakitangan Grab di premis kami, dalam perbualan telefon atau di media sosial. Ini termasuklah mengambil gambar/video secara tidak sah, menghendap, atau meminta nombor telefon.
Violation Category
Kekalkan Penilaian Pemandu dan Kadar Pembatalan anda mengikut piawaian yang diperlukan
Violation Category
Kami menghargai maklumbalas dari penumpang dan rakan-pemandu. Kami akan terus menilai pencapaian pemandu dan memberikan respons yang sepatutnya. Anda mungkin perlu untuk menghadiri sesi latihan anjuran Grab untuk meningkatkan tahap perkhidmatan anda.
Violation Category
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.