Tempahan Berjadual

Kini di Bahagian Perancang Tempahan

 

Kami akan melancarkan program percubaan di Lembah Klang bagi Tempahan Berjadual, iaitu tempahan yang dijadualkan sehingga 7 hari lebih awal.

Rakan-pemandu boleh menerima Tempahan Berjadual secara manual di bahagian Perancang Tempahan dan menerima caj penjadualan bagi setiap tempahan yang anda terima. Tempahan Berjadual hanya ditawarkan untuk tempahan ke KLIA/KLIA2 (tambang standard akan diberikan) bagi jenis perkhidmatan berikut:

  • JustGrab (ke KLIA)
  • GrabCar Plus (ke KLIA)
  • GrabCar 6-Seater (ke KLIA)
  • GrabCar Premium (ke KLIA)
  • GrabCarExec (ke KLIA)

💡Nota penting: Program percubaan Tempahan Berjadual hanya dibuka untuk rakan-pemandu di Lembah Klang sahaja 


Mengapa anda patut terima Tempahan Berjadual

 

Tempahan Berjadual tanpa penggunaan Perancang Tempahan

Rakan-pemandu juga boleh diperuntukkan Tempahan Berjadual tanpa menerimanya di bahagian Perancang Tempahan. Namun begitu, anda hanya akan menerima Tempahan Berjadual jenis ini dalam masa 30 minit sebelum masa pick-up yang dijadualkan dan ianya akan diperuntukkan seperti tempahan atas permintaan.

Jika anda terima Tempahan Berjadual jenis ini, sila pandu ke lokasi pick-up secepat mungkin untuk elak daripada lambat! Sebagai pampasan untuk masa anda, anda akan diberikan caj penjadualan (jumlah berbeza mengikut jenis perkhidmatan)


Lengkapkan latihan untuk ketahui lebih lanjut tentang Tempahan Berjadual. Tekan butang di bawah untuk bermula.

💡 Anda juga boleh mengakses latihan di bahagian GrabAcademy dalam aplikasi pemandu anda.


Terima Tempahan Berjadual di Perancang Tempahan

 

Lihat & bernavigasi untuk Tempahan Berjadual

Jumlah yang dipaparkan di skrin dalam transit adalah jumlah selepas komisen ditolak

Anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pick-up. Anda perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit. Jika anda offline, anda diberikan masa 5 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain.

 

 

Tempahan Berjadual tanpa penggunaan Perancang Tempahan

Untuk jenis Tempahan Berjadual ini, anda akan diperuntukkan 30 minit sebelum masa pick-up. Anda akan menerima caj penjadualan sebagai pampasan!


  • Pastikan anda boleh lengkapkan Tempahan Berjadual sebelum anda menerimanya. Sila peka dengan masa & lokasi anda sebelum Tempahan Berjadual anda bermula.
  • Tiba lebih awal ke lokasi pick up untuk mencari lokasi bagi menunggu/meletak kereta. Anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pick-up. Anda perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.
  • Jika anda offline, anda diberikan masa 5 minit untuk datang online. Jika tidak, tempahan akan diperuntukkan ke rakan-pemandu lain.
  • Hubungi penumpang melalui GrabChat dan maklumkan kepada penumpang bahawa anda sudah tiba di lokasi pick-up untuk mengelakkan pembatalan daripada penumpang. Anda hanya boleh lakukan ini setelah skrin dalam transit dipaparkan.
  • Jika penumpang anda tidak muncul 5 minit selepas masa pick-up, batalkan tempahan tanpa menjejaskan CR anda dengan memilih sebab pembatalan “Penumpang Tidak Muncul”. Anda juga akan menerima bayaran jika perkara ini berlaku.
  • Caj penjadualan sudah dimasukkan di dalam tambang (jumlah berbeza mengikut jenis perkhidmatan). JANGAN kutip daripada penumpang.
  • Kos tambahan (parkir, tol) SEBELUM mengambil penumpang akan ditanggung oleh rakan-pemandu.
  • Anda boleh batalkan Tempahan Berjadual. Walau bagaimanapun, mereka yang didapati kerap melakukan pembatalan boleh dikenakan tindakan disiplin dan akan dikira tidak layak untuk program percubaan ini.

Soalan Lazim

1. Apa itu Tempahan Berjadual?
Tempahan Berjadual adalah tempahan yang dijadualkan sehingga 7 hari lebih awal oleh penumpang. Tempahan ini boleh diterima secara manual melalui bahagian Perancang Tempahan.

Untuk Tempahan Berjadual, anda akan menerima caj penjadualan untuk setiap tempahan terjadual yang anda terima (jumlah bergantung kepada jenis perkhidmatan).

2. Apakah jenis perkhidmatan yang menawarkan Tempahan Berjadual?
Buat masa ini, Tempahan Berjadual hanya ditawarkan untuk tempahan ke KLIA/KLIA2 (tambang standard akan diberikan) untuk jenis perkhidmatan berikut:

• JustGrab (ke KLIA)
• GrabCar Plus (ke KLIA)
• GrabCar 6-Seater (ke KLIA)
• GrabCar Premium (ke KLIA)
• GrabCarExec (ke KLIA)

3. Adakah program percubaan dibuka untuk semua rakan-pemandu?
Tidak, program percubaan untuk Tempahan Berjadual hanya dibuka untuk rakan-pemandu di Lembah Klang sahaja.

Anda diingatkan bahawa anda masih diwajibkan untuk mempunyai insurans e-hailing yang sah. Jika anda opt-in untuk Insurans E-hailing Harian, pastikan ia aktif agar anda boleh lihat tempahan di bahagian Perancang Tempahan.

4. Saya adalah rakan-pemandu di Lembah Klang. Adakah saya boleh melihat semua Tempahan Berjadual di bandar saya?
Anda hanya boleh melihat Tempahan Berjadual dengan lokasi pick-up yang berada dalam jarak 5KM dari lokasi sedia ada anda.

Jika anda menerima Tempahan Berjadual dan pandu ke lokasi lain, anda masih boleh melihat Tempahan Berjadual tersebut di bahagian “Tempahan Saya” dalam aplikasi anda. Jika anda tidak terima dan pandu ke lokasi lain, anda tidak akan melihat tempahan tersebut di bahagian Perancang Tempahan.

1. Bilakah saya perlu memandu ke lokasi pick-up Tempahan Berjadual?
Anda boleh memandu ke lokasi pick-up seawal yang anda mahu. Kunjungi tab “Tempahan Saya” di bahagian “Perancang Tempahan”, pilih Tempahan Berjadual anda, dan tekan butang “Navigate”.

2. Seberapa awalkah saya perlu berada di lokasi pick-up?
Anda digalakkan untuk datang lebih awal dari masa tempahan dijadualkan. Sila ambil maklum bahawa anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pick-up untuk Tempahan Berjadual. Anda juga perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.

PENTING: Jika anda offline, anda diberikan masa 5 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain

💡 Tip: Sekiranya anda perlukan lebih dari 30 minit untuk tiba di lokasi pick-up, mulakan perjalanan anda ke lokasi pick-up dengan lebih awal.

3. Saya sedang menyelesaikan tempahan biasa (tempahan atas permintaan) dan saya mempunyai Tempahan Berjadual dalam 30 minit. Apakah yang akan terjadi?
Sekiranya anda sedang menyelesaikan tempahan biasa 30 minit sebelum masa tempahan dijadualkan, Tempahan Berjadual akan dipaparkan setelah anda menyelesaikan tempahan biasa (sama seperti anda melakukan tempahan back-to-back). Sila ambil maklum bahawa ini boleh mengakibatkan kelewatan untuk hadir ke lokasi pick-up Tempahan Berjadual anda.

💡 Tip: Gunakan ciri ‘Destinasi Saya’ untuk dapatkan tempahan yang menghala ke arah lokasi pick-up anda.

4. Saya akan lambat tiba ke lokasi pick-up. Apakah yang patut saya lakukan?
Sila hubungi penumpang anda dan maklumkan jangka masa ketibaan anda (ETA) jika anda akan lambat tiba ke lokasi pick-up.

Anda boleh menghubungi penumpang melalui GrabChat setelah skrin dalam transit dipaparkan.

1. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya saya membatalkan Tempahan Berjadual di Perancang Tempahan sebelum skrin dalam transit dipaparkan pada aplikasi pemandu saya?
Tindakan akan diambil ke atas rakan-pemandu yang kerap melakukan pembatalan. Sila pastikan anda semak butiran tempahan (tarikh, lokasi, & masa pick-up) dengan teliti untuk memastikan anda boleh membuat komitmen sebelum menerima Tempahan Berjadual.

2. Adakah CR saya akan terjejas sekiranya saya membatalkan Tempahan Berjadual setelah saya dibawa ke skrin dalam transit?
Ya. Kami akan mengambil tindakan ke atas rakan-pemandu yang kerap melakukan pembatalan.

3. Adakah CR saya akan terjejas sekiranya saya membatalkan Tempahan Berjadual setelah tiba di lokasi pick-up yang dijadualkan?
Ya, sekiranya anda membatalkan tempahan (tanpa menunggu selama 5 minit selepasa masa tempahan dijadualkan atau anda membatal tanpa menggunakan sebab “Penumpang Tidak Muncul”), CR anda akan terjejas.

4. Bolehkah penumpang membatalkan Tempahan Berjadual?
Ya, penumpang boleh membatalkan Tempahan Berjadual sehingga masa tempahan dijadualkan. Jangan risau, anda akan diberikan pampasan sekiranya penumpang membatalkan Tempahan Berjadual setelah skrin dalam transit dipaparkan dalam aplikasi pemandu anda.

5. Masa tempahan dijadualkan sudah hampir tiba tetapi saya tidak dapat menghubungi penumpang. Apakah yang patut saya lakukan?
Sila tunggu penumpang sekurang-kurangnya 5 minit selepas masa pick up dijadualkan. Jika anda tidak dapat menghubungi penumpang, sila batalkan dan pilih sebab “Penumpang Tidak Muncul”.

1. Bolehkah saya menjana pendapatan lebih dengan Tempahan Berjadual?
Ya, anda akan diberikan caj penjadualan (ditanggung oleh penumpang) dan ia telah termasuk dalam tambang. Jumlahnya juga berbeza mengikut jenis perkhidmatan.

2. Adakah saya akan diberikan pampasan jika penumpang saya tidak muncul selepas 5 minit masa tempahan dijadualkan?
Ya, yuran pembatalan akan dikenakan kepada penumpang yang tidak muncul selepas 5 minit masa tempahan dijadualkan. Jumlah pampasan pembatalan akan dikenakan.

3. Saya telah membayar tol/yuran parkir semasa memandu ke lokasi pick-up. Bolehkah saya mengecaj bayaran ini kepada penumpang?
Kos tambahan SEBELUM anda pick-up penumpang akan ditanggung oleh rakan-pemandu. Jangan risau, kami akan memberikan caj penjadualan sebagai pampasan kepada rakan-pemandu.

4. Adakah komisen akan dikenakan kepada caj penjadualan?
Oleh kerana caj penjadualan telah dimasukkan ke dalam tambang, komisen 20% akan dikenakan.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.