Raikan Raya Bersama-Sama

 

Kami tak sabar nak kongsikan semua tawaran hebat yang disediakan sepanjang musim Raya ini!

Jangan lupa perhatikan laman ini untuk maklumat terkini tentang tawaran menarik dari GrabBenefits. Rujuk di bawah untuk info lanjut.


Menangi Hadiah Eksklusif apabila anda membeli-belah & isi minyak di Stesen Shell dari 4 April hingga 5 Jun!


Tingkatkan peluang kemenangan anda dengan setiap penyertaan!

Terima penyertaan untuk:
• Petrol & Barangan dari Stesen Shell* – 1 Penyertaan bagi setiap RM5
• Pelincir Shell Advance – 2 Penyertaan
• Pelincir Shell Helix – 4 Penyertaan
• Sanitizer dalaman kereta – 2 Penyertaan
• Pendaftaran Bonuslink baru – 5 Penyertaan + 1,000 mata ganjaran BonusLink
*barangan tembakau dan kredit prabayar dalam talian dikecualikan.

Pemenang akan diumumkan setiap dua minggu pada 16 April, 30 April, 14 Mei, 28 Mei dan 11 Jun.

Tawaran ini hanya layak bagi pemandu & penghantar Grab yang didaftar dalam program Grab Fuel Bonus bersama Shell. Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

💡 Nota Penting: Jangan lupa gunakan kad BonusLink anda supaya penyertaan anda dikira.

Untuk Terma & Syarat, rujuk di sini.


 

SEMAK SENARAI PEMENANG DI SINI


Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙! Dari 3 Mei sehingga 7 Mei, sertai Pertandingan Wefie Raya 📷 dengan berkongsi gambar wefie paling kreatif anda meraikan Hari Raya.

Lengkapkan berikut untuk peluang menangi baucar GrabFood bernilai RM250!

Langkah-langkah:
1) Tangkap wefie (selfie berkumpulan) bersama keluarga/rakan-rakan anda. Sama ada gambar berbaju raya, potret keluarga yang ranggi ataupun gambar candid menjamu ketupat, semuanya diterima!
2) Muat naik wefie di Kumpulan Facebook Rakan Grab/Rakan Penghantar Grab dengan:
• Kapsyen pendek & menarik.
• Hashtag #RakanRayaWefie2022.
3) Hanya satu penyertaan bagi setiap rakan-penghantar.
4) 20 Rakan-Pemandu & 20 Rakan-Penghantar akan dipilih sebagai pemenang dan akan diumumkan pada 17 Mei.

Kekal berhati-hati semasa beraya & sentiasa patuhi SOP!

💡 Penting:
Muat naik wefie anda di Kumpulan Facebook Rakan Grab jika anda rakan-pemandu.
Muat naik wefie anda di Kumpulan Facebook Rakan Penghantar Grab jika anda rakan-penghantar.


Raikan semangat kebersamaan dengan menyertai Pertandingan Wefie Ramadan 📷 dari 15 April sehingga 22 April!

20 rakan Grab dengan wefie paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima RM200, jadi jangan ketinggalan.

Cara untuk menyertai 👇 :
1) Ambil wefie (selfie berkumpulan) dengan rakan-pemandu atau rakan-penghantar. Anda boleh mengambil wefie bersama rakan Grab yang anda baru jumpa/kenal tetapi pastikan anda dapatkan persetujuan mereka dahulu.
2) Muat naik wefie (yang mempunyai sekurangya dua orang) di Kumpulan Facebook Rakan Grab/Rakan Penghantar Grab bersama:
• Kapsyen pendek.
• Hashtag #WefieRakanRamadan2022.

Pemenang akan diumumkan pada 27 April.

🔎 Tip: Serlahkan kekreatifan dengan wefie anda tetapi sentiasa berhati-hati ketika mengambil wefie. Letak kenderaan, pakai pelitup muka dengan betul & amalkan penjarakan sosial.

💡 Penting:
Muat naik wefie anda di Kumpulan Facebook Rakan Grab jika anda rakan-pemandu.
Muat naik wefie anda di Kumpulan Facebook Rakan Penghantar Grab jika anda rakan-penghantar.


Ramadan Raya ini, lengkapkan tempahan/pesanan terbanyak untuk peluang membawa pulang baju batik edisi terhad Grab yang direka khas oleh artis viral Firdaus Nordin.

Lebih daripada 1,200 baju akan diberikan sebagai ganjaran kepada rakan-pemandu/rakan-penghantar seluruh negara dengan tempahan/pesanan terbanyak dari 3 April – 4 Mei 2022. Baju batik edisi terhad ini eksklusif untuk rakan-pemandu/rakan-penghantar Grab sahaja.

Tentang Firdaus Nordin
Beliau merupakan seorang artis yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan karya-karya ikon dan warisan tanah air. Kolaborasi terkini bersama rakan-rakannya, yang menampilkan wajah para pemimpin Malaysia, mendapat ulasan yang positif dan tular di media sosial.

Terma & Syarat:
1) Hanya dibuka untuk rakan-pemandu/rakan-penghantar Grab aktif.
2) Hanya tempahan/pesanan yang dilengkapkan dari 3 April – 4 Mei 2022 yang akan diambil kira.
3) Pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2022 melalui mesej inbox dalam aplikasi pemandu Grab.
4) Grab berhak untuk menarik balik, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian terma dan syarat kempen ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini untuk Rakan Grab dan tekan di sini untuk Rakan Penghantar Grab.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.