
Memperkenalkan Program Roda Rezeki
Raikan prestasi cemerlang anda dengan cenderamata eksklusif Grab!
Di Grab, setiap penghantaran yang anda lakukan akan diambil kira. Sehubungan dengan itu, untuk menghargai kerja keras anda, kami akan memperkenalkan Program Roda Rezeki, sebuah program yang menghadiahkan rakan-penghantar cenderamata setiap kali anda melengkapkan jumlah sasaran penghantaran yang ditetapkan!
Apakah cenderamata yang boleh saya perolehi?
Rakan-penghantar boleh tebus cenderamata* setiap kali anda capai jumlah sasaran trip penghantaran yang ditetapkan! Kesemua cenderamata yang anda boleh perolehi adalah seperti berikut:
*Penghantaran yang dilengkapkan sejak 1 Mei 2019
Nota penting: Lebih banyak lagi cenderamata akan ditambah pada masa hadapan! Nantikan maklumat lanjut selanjutnya pada masa terdekat.
Bagaimana cara program ini berfungsi?
Setiap kali anda mencapai jumlah sasaran penghantaran program ini, anda boleh tebus cenderamata eksklusif sebagai ganjaran! Jangan bimbang, usaha anda sebelum ini tidak akan disia-siakan kerana kami akan mengambil kira jumlah penghantaran yang anda lengkapkan mulai 1 Mei 2019.
Ini bermaksud jumlah penghantaran anda mulai tarikh ini akan dikira untuk penebusan cenderamata eksklusif! Di samping itu, jumlah penghantaran yang anda lengkapkan yang dikira untuk program ini tidak akan luput dan tidak ditolak setelah anda menebus cenderamata.
Contoh: Ahmad melengkapkan 800 penghantaran mulai 1 Mei 2019, dia layak untuk menebus pek permulaan dan baju hujan.
Setelah menebus cenderamata ini, jumlah keseluruhan penghantaran Ahmad tidak akan berkurang (kekal pada 800 penghantaran). Ahmad hanya perlu melengkapkan 400 penghantaran sahaja lagi untuk menebus cenderamata yang seterusnya iaitu baju Airism.
Soalan Lazim
Siapakah yang layak untuk program ini?
Program ini dibuka untuk rakan-penghantar GrabFood & GrabExpress yang aktif di Lembah Klang, Penang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja.
Bagaimanakah jumlah penghantaran Program Roda Rezeki dikira?
Jumlah penghantaran terkumpul untuk Program Roda Rezeki akan dikira mulai 1 Mei 2019 hingga 1hb setiap bulan. Kami akan memaklumkan anda tentang jumlah penghantaran anda secara bulanan.
Saya adalah rakan-penghantar GrabExpress dan GrabFood. Adakah jumlah penghantaran untuk kedua-dua jenis perkhidmatan akan dikira?
Ya, kami akan mengambil kira penghantaran yang anda lengkapkan untuk kedua-dua jenis perkhidmatan bagi program ini.
Contoh: Anda telah melengkapkan 100 penghantaran GrabExpress dan 225 penghantaran GrabFood, jumlah penghantaran anda adalah 325 penghantaran.
[DIKEMASKINI] Bagaimanakah cara untuk menebus cenderamata?
Bagi memastikan keselamatan anda dan membantu membendung penyebaran Covid-19, kami bakal menunda sebarang penebusan fizikal bagi cenderamata Roda Rezeki.
Jika anda mahu mendapatkan cenderamata anda dengan segera, anda boleh memilih untuk membayar kos penghantaran dan kami akan menghantar cenderamata melalui pos.
Walaubagaimanapun, pilihan ini hanya tersedia kepada rakan-penghantar yang belum menerima Pek Permulaan Pencapaian 1 buat masa ini.
[DIKEMASKINI] Apakah cenderamata yang terdapat dalam Pek Permulaan Pencapaian 1?
Baju grab, pemegang telefon, beg drawstring, stiker Club Grab, kad Club Grab.
[DIKEMASKINI] Saya tidak mahu membayar untuk kos penghantaran cenderamata Roda Rezeki. Bolehkah saya tunggu sehingga penebusan fizikal diteruskan semula?
Ya, kami akan meneruskan penebusan fizikal apabila situasi Covid-19 lebih terkawal.
[DIKEMASKINI] Saya telah menerima Pek Permulaan Pencapaian 1 tanpa baju Grab kerana ia kehabisan stok pada masa itu. Bolehkah saya mendapatkan baju tersebut melalui penghantaran?
Buat masa ini, kami akan mengutamakan rakan-penghantar yang belum menerima semua cenderamata dalam Pek Permulaan Pencapaian 1.
[DIKEMASKINI] Saya layak untuk Pek Permulaan Pencapaian 1 dan juga cenderamata dari Pencapaian yang lain. Bolehkah saya mendapatkan semua cenderamata sekaligus dalam penghantaran ini?
Kos penghantaran adalah berdasarkan berat bungkusan. Oleh itu, dukacita dimaklumkan bahawa cenderamata untuk Pencapaian 2 dan ke atas tidak boleh dihantar sekaligus disebabkan oleh had berat yang ditetapkan.
[DIKEMASKINI] Adakah kos penghantaran akan ditolak daripada dompet tunai Grab saya jika cenderamata saya tidak sampai ke rumah saya?
Kos penghantaran akan ditolak asalkan Pek Permulaan anda diserahkan kepada kurier. Pastikan alamat yang diberikan adalah tepat dan boleh menerima bungkusan tersebut.
Saya sudah mencapai jumlah penghantaran tertinggi dan telah menebus jaket Grab. Apakah cenderamata lain yang boleh saya tebus?
Buat masa ini, ganjaran tertinggi yang ada boleh dapatkan adalah jaket Grab. Nantikan maklumat lanjut tentang cenderamata yang anda boleh perolehi pada masa akan datang!
Apakah yang akan berlaku jika Grab kehabisan stok cenderamata?
Jangan risau, kami akan menambah stok jika habis dan akan memaklumkan kepada anda setelah stok sampai.
Boleh saya menebus cenderamata yang sama lebih daripada sekali?
Tidak tetapi anda boleh menebus beberapa cenderamata yang berbeza dengan sekaligus setelah anda mencapai jumlah sasaran penghantaran.