Menu Driver Sign-Up

Peraduan Petronas x Grab Free Fuel for 1-month

Click here for the English version

Dari 12 Mac ke 8 April 2018, PetronasxGrab akan memberikan petrol percuma bernilai RM300 kepada 60 rakan-pemandu dalam peraduan Free Fuel for 1-Month! Hanya swipe (leret) kad Mesra anda apabila anda berbelanja RM30 ke atas di mana-mana stesen Petronas untuk berpeluang mendapatkan ganjaran ini.

Setiap minggu, 15 rakan-pemandu akan dipilh untuk memenangi petrol percuma bernilai RM300 untuk setiap seorang jadi jangan lepaskan peluang ini kerana anda mungkin salah seorang yang akan dipilih!

Senarai Pemenang

*Senarai pemenang akan dikemaskini setiap minggu

Imej 1: Pemenang minggu 1. Anda mungkin pemenang seterusnya!

Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?

Peraduan ini dibuka kepada rakan-pemandu Gold/Platinum yang telah opt in ke dalam program Fuel Savers. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, tekan di sini.

Jika anda belum lagi opt in, anda boleh melakukannya sebelum 11 Mac dengan merujuk langkah berikut:

*Opt in selepas 11 Mac 2018, 11.59pm tidak layak untuk peraduan ini

1. Log masuk ke dalam akaun anda di https://graballstars.com/. Tekan butang pilihan dan pilih ‘Redemption’

2. Dalam menu Redemption, pilih program Grab Mesra Fuel Savers. Opt in dengan menekan butang di bawah.

3. Isi butiran anda dalam borang opt in dan hantar. Sila pastikan anda menghantar Mesra ID anda dengan betul. Menghantar Mesra ID yang salah mungkin akan membuatkan anda tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

4. Notifikasi SMS akan dihantar untuk mengesahkan anda telah berjaya opt in ke dalam program. Anda juga boleh melihat perkembangan anda dalam program tersebut.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menangi hadiah?

1. Belanja minima RM30 di mana-mana stesen Petronas station di sepanjang tempoh peraduan.

2. Swipe kad Mesra untuk pengisian minyak anda. Hanya satu swipe sahaja diperlukan untuk layak setiap minggu.

3. 15 pemandu akan dipilih setiap minggu dalam masa 1 bulan.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya menang?

Rakan-pemandu yang terpilih akan dihubungi melalui talian GrabAllStars dan perlu menjawab satu soalan mudah. Setelah memberikan jawapan yang betul, rakan-pemandu akan diminta untuk memberi nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor plat kereta dan 9 nombor digit terakhir kad Mesra untuk tujuan pengesahan.

Bilakah anda boleh mendapatkan ganjaran anda?

Rakan-pemandu yang terpilih akan menerima hadiah dalam tempoh 7 hari bekerja setelah tamat peraduan.

Terma dan syarat untuk peraduan “Free Fuel for 1-Month” GrabCar Sdn Bhd and Petronas Dagangan Berhad’s

Rakan-pemandu digalakkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat peraduan ini

1.0  Penganjur

PETRONAS Dagangan Berhad (“PDB”) dan GrabCar Sdn Bhd (“GRAB”) adalah penganjur peraduan “Free Fuel for 1-Month” (“Peraduan”).

2.0  Kelayakkan

2.1      Peraduan ini dibuka kepada semua pemandu Grab aktif yang telah berjaya opt in ke dalam program Grabber Fuel Savers sebelum 11 Mac, 11.59pm, dengan ID kad Mesra yang sah, kecuali kepada mereka yang berada dalam kategori berikut di mana mereka TIDAK LAYAK untuk menyertai peraduan ini (“Peserta”)”

2.1.1 Pekerja tetap/kontrak kumpulan syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS);

2.1.2   Peniaga dan pekerja stesen PETRONAS (“krew PETRONAS”); dan

2.1.3  Pekerja agensi promosi dan pengiklanan untuk PDB (McCann Erikson (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Muafakat Armada Sdn. Bhd. dan MNC Wireless Berhad. dan anak-anak syarikatnya.

2.1.4   Pekerja tetap/kontrak GrabCar Sdn Bhd, MyTeksi Sdn Bhd dan GPay Network Malaysia Sdn Bhd

 

3.0  Tempoh Peraduan

3.1          Peraduan ini akan berlangsung dari 12 March 2018 hingga 8 April 2018 (“Tempoh Peraduan”).

3.2          Kesemua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan ini tidak akan diterima.

4.0  Mekanisme Peraduan

4.1    Untuk layak, pemandu Grab harus mengikuti langkah berikut:

4.1.1 Langkah 1: Jika pemandu Grab belum opt in ke program Grab Mesra Fuel Saver, pemandu harus melawati www.graballstars.com untuk opt in. Hanya opt in yang berjaya ke dalam program Grab Fuel Savers layak untuk menyertai peraduan ini. Penghantaran ID kad Mesra yang tidak sah mungkin menyebabkan anda tidak layak menyertai peraduan.

4.1.2 Langkah 2: Dalam tempoh peraduan ini, pemandu Grab harus berbelanja minima RM30 di mana-mana stesen PETRONAS dan perlu swipe kad Mesra.

4.1.3 1 penyertaan akan diberikan bagi satu swipe kad Mesra dengan pengisian minima RM30. Contoh: Jika pemandu Grab swipe kad Mesra mereka 10 kali dalam tempoh peraduan, peserta akan mendapat 10 penyertaan.

4.2    PDB dan GRAB mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang didapati tidak sah, palsu ataupun mencurigakan.

4.3    Peraduan ini bermula pada 12:00am dan berakhir pada 11:59pm, pada setiap hari (“Hari Peraduan”)

4.4    Peserta adalah pemandu Grab aktif yang telah mendaftar dalam program Fuel Savers Program, telah swipe kad Mesra dengan membelanjakan minima RM30 untuk petrol untuk dikira sebagai satu penyertaan yang sah.

4.5      PDB dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan peraduan ini tidak akan dianggap bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, penghantaran yang tidak sampai dan/atau gangguan penghantaran atau penerimaan SMS, dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan telefon pintar atau akaun pelanggan tanpa kebenaran sepanjang peraduan ini.

 

5.0  Hadiah Peraduan

5.1    60 pemenang akan dipilih sepanjang tempoh peraduan dengan huraian seperti di bawah (“Hadiah”):

5.1.1   Hadiah 1 x 60 (total 60 orang): petrol percuma berniali RM300 yang diberikan kepada setiap pemenang dalam bentuk 30,000 mata Mesra.

5.2    Setiap peserta hanya boleh mendapat hadiah sekali (1) sahaja sepanjang tempoh peraduan.

 

6.0  Pemilihan Pemenang

6.1    Pemenang yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang tempoh peraduan.

6.2    Pemilihan 60 pemenang akan dibuat secara rawak sepanjang tempoh peraduan.

6.3  Pemenang peraduan akan dimaklumkan setiap minggu dalam sepanjang tempoh peraduan, iaitu Minggu 1, Minggu 2, Minggu 3 dan Minggu 4.

6.4    Minggu 1 – Tempoh dari 12 Mac 2018 hingga 18 Mac 2018 (7 hari)

Minggu  2 – Tempoh dari 19 Mac 2018 hingga 25 Mac 2018 (7 hari)

Minggu  3 – Tempoh dari 26 Mac 2018 hingga 1 April 2018 (7 hari)

Minggu  4 – Tempoh dari 2 April 2018 hingga 8 April 2018 (7 hari)

6.5    15 pemenang akan dimaklumkan setiap minggu dalam masa 5 hari bekerja pada pengakhiran setiap minggu.

6.6    Peserta perlu melawati blog pemandu Grab di http://grb.to/freefuelcontest untuk melihat senarai pemenang setiap minggu.

6.7    Pemenang yang layak akan dihubungi melalui talian GrabAllStars. Pemenang yang layak akan diminta untuk menjawab satu soalan mudah dengan betul untuk dikira sebagai pemenang di mana jika memberi jawapan yang betul, nama penuh seperi dalam IC, nombor plat kereta dan 9 nombor digit kad Mesra perlu diberikan untuk tujuan pengesahan. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi tidak berjaya (contoh: tiada maklum balas, nombor telefon tiada dalam servis atau tiada talian dan lain-lain), percubaan sebanyak tiga (3) kali akan dibuat dalam tempoh 2 jam seterusnya setelah panggilan pertama dibuat.  Jika percubaan yang seterusnya tidak berjaya, PDB dan GRAB mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan. PDB dan GRAB tidak akan bertanggungjawab jika pemenang tidak dapat dihubungi di atas apa-apa sebab.

6.8 Pemenang akan menerima 30,000 mata Mesra bernilai RM300 yang akan dikreditkan ke dalam akaun kad Mesra dalam temoh 7 hari bekerja setelah tamat peraduan.

6.9    PDB dan GRAB mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan yang tidak layak atau di atas apa-apa sebab yang dianggap tidak layak oleh PDB dan Grab.

 

7.0  Lain-lain

7.1    PDB dan GRAB tidak akan membayar balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dikenakan kepada peserta.

7.2    PDB dan GRAB mempunyai hak pada bila-bila masa, dengan mutlak dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu untuk menukar mana-mana hadiah dengan barang lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi.

7.3    Pekerja, pemegang, anak syarikat atau mana-mana syarikat yang di bawahnya, peniaga PETRONAS, GRAB; pekerja, anak syarikat dan mana-mana pihak yang mengambil bahagian tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pelanggan atau mana-mana pihak, samada yang mengambil bahagian ataupun tidak akibat peraduan ini atau akibat penggunaan hadiah atau akibat sebarang penggunaan dan peninggalan berkaitan dengan peraduan ini.

7.4    Dengan menyertai peraduan ini, pemandu Grab akan dianggap telah menerima secara multak kesemua terma dan syarat peraduan ini dan pemandy (i )bersetuju untuk bekerjasama dan mengikuti permintaan PDB dan Grab yang berkaitan dengan peraduan, (ii) bersetuju untuk memberikan PDB dan Grab dan penyedia perkhidmatan yang relevan kebenaran untuk pendedahan, penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan butiran peribadi untuk tujuan menganjur, mempromosikan dan menjalankan peraduan; (iii) setuju bagi penggunaan nama, nombor Mesra dan plat nombor untuk digunakan untuk tujuan menganjur, mempromosikan dan menjalankan peraduan; dan (iv) kebenaran untuk menerima maklumat promosi, pemasran dan maklumat publisiti lain-lain daripada PDB dari semasa ke semasa.

7.5    The Terms and Conditions herein contained shall prevail over any provisions or representations contained in any brochure or other promotional materials advertised under this Contest.

7.6    PDB and GRAB reserves the right to publish or display the names, kad mesra number photographs, car number plate of the participants of the Contest for advertising and publicity purposes without any compensation to such participants or customers.

7.7    PDB mempunyai hak mutlak pada bila-bila masa untuk tanpa memberikan sebarang sebab untuk menukar, mengubahsuai, menukar atau membeza terma dan syarat peraduan kesemua or sebahagian. Peserta boleh melihat terma dan syarat yang telah dikemaskini di http://grb.to/freefuelcontest

7.8    PDB dan GRAB PDB mempunyai hak untuk membatalkan, memendekkan, melanjutkan, atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa sebelum tempoh peraduan tamat tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan keraguaan, mana-mana pembatalan, perlanjutan, pengantungan atau penamatan tempoh peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh perduan tidak memberikan hak kepada peserta untuk menuntut sebarang pampasan daripada PDB atau GRAB untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh peserta disebabkan pembatalan, perlanjutan, pengantungan atau penamatan tersebut.

7.9    PDB dan GRAB, pekerja, pemegang, anak syarikat atau mana-mana syarikat yang di bawahnya, pekerja kumpulan syarikat PETRONAS, dan peniaga stesen PETRONAS dan mana-mana pihak yang mengambil bahagian tidak akan bertangungjawab untuk sebarang kegagalan yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, penguncian, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau apa-apa kejadian di luar kawalan mereka.

7.10 Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah bersetuju dan menerima pengumpulan, pemprosesan, pengunaan, pendedahan dan penyimpanan data peribadi anda oleh PDB dan GRAB seperti yang ditetapkan oleh Notis Data Peribadi dalam seksyen 7 Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 yang boleh dilihat di www.mymesra.com.my/pdpa, www.grab.com/my/terms/, www.grab.com/my/privacy , www.grab.com/my/terms/driver/ .

7.11 Mana-mana kegagalan PDB dan GRAB untuk menguatkuasakan mana-mana terma dan syarat dalam mana-mana situasi tidak menyebabkan  terma dan syarat itu terbatal.

7.12 PDB dan GRAB adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memutuskan tafsiran terma dan syarat dan mana-mana perkara yang berkaitan dengan kempen ini.