Pendapatan lebih terjamin dengan Ciri Shift

Program perintis istimewa bulan Ramadan!

Kami tahu ramai rakan-penghantar risau tentang pendapatan mereka, terutamanya pada masa yang tidak menentu ini.

Bagi memastikan pendapatan anda lebih konsisten pada bulan Ramadan, kami akan menjalankan program perintis bagi Ciri Shift* dari 20 April hingga 14 Mei. Untuk info lanjut, rujuk di bawah.

*Hanya untuk rakan-penghantar Klang terpilih sahaja.

Ciri Shift & cara ia berfungsi

Shift adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar Platinum & Gold untuk memilih kawasan dan masa anda menerima pesanan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress.

Dengan ciri ini, rakan-penghantar boleh tempah slot dari 20 April hingga 14 Mei dan melakukan ‘Shift’ pada masa dan di kawasan yang dipilih. Slot Shift adalah terhad dan anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa Shift.


Manfaat ciri Shift

Kawasan terpilih

Slot Shift ditawarkan di 10 kawasan di Lembah Klang iaitu:

  • Ampang
  • Bangsar
  • Damansara
  • Kepong
  • Kuala Lumpur
  • Mont Kiara
  • Petaling Jaya
  • Sri Petaling
  • Subang
  • Wangsa Maju

Masa slot Shift

  • Setiap kawasan mempunyai slot masa tersendiri dan akan dikemaskini secara mingguan. Jika anda layak, anda boleh lihat masa slot yang ditawarkan di bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda.
  • Shift akan bermula pada 20 April (Selasa) dan anda boleh mula tempah slot untuk minggu ini pada 12:01AM, 20 April. 
  • Pada minggu pertama, masa slot yang ditawarkan adalah dari 4pm – 7pm dan 7pm – 9pm. Ini mungkin akan berubah sepanjang tempoh program perintis ini.

Tempah Slot Shift

Rakan-penghantar yang layak boleh tempah slot Shift di bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda seperti di bawah:

Nota Penting:

  • Anda perlu tempah slot Shift sekurang-kurangnya 2 jam sebelum slot tersebut bermula.
  • Tiada had untuk jumlah slot Shift yang anda boleh tempah. Tempah seberapa banyak slot sepanjang tempoh program ini untuk memaksimakan peluang pendapatan anda!
  • Namun, anda diingatkan untuk melakukan Shift setelah anda menempahnya. Jika anda terlepas slot Shift lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah Shift pada minggu seterusnya.

Batalkan Slot Shift

Jika anda tidak dapat melakukan slot Shift, anda boleh batalkannya 2 jam sebelum slot itu bermula seperti di bawah:

Nota Penting:

  • Anda tidak boleh batalkan slot Shift kurang daripada 2 jam sebelum slot tersebut bermula. Jika anda perlu batalkan slot, pastikan anda lakukannya 2 jam sebelum ia bermula.

Notifikasi Slot Shift

Anda akan menerima notifikasi peringatan seperti di bawah bagi slot Shift:

Soalan Lazim

Shift adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar memilih kawasan dan masa anda menerima pesanan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress.

Slot adalah terhad. Untuk tempah slot Shift, kunjungi bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda. 

Program Perintis untuk ciri Shift akan dijalankan dari 20 April hingga 14 Mei 2021.

Untuk program perintis ini, hanya rakan-penghantar Lembah Klang berstatus Platinum & Gold sahaja layak.

Jika anda layak untuk tempah slot Shift, anda boleh menerima pesanan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress semasa slot anda.

Namun, anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa Shift anda.

Anda boleh tempah slot Shift sebelum atau pada hari yang sama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum slot Shift bermula.

Tiada had untuk jumlah slot Shit yang anda boleh tempah. Namun, anda diingatkan untuk hanya tempah slot Shift jika anda boleh lengkapkan pesanan di kawasan dan pada masa slot Shift tersebut.

Ya, anda akan menerima notifikasi peringatan 30 minit sebelum slot Shift anda bermula. Pastikan anda pergi ke kawasan slot Shift anda untuk mula menerima pesanan. 

Jika anda sudah tempah slot Shift tetapi anda tidak berada dalam atau berada jauh daripada kawasan slot Shift, anda tidak akan mendapat sebarang pesanan.

Anda boleh lihat slot yang telah anda tempah di bahagian ‘My Booking’ atau ‘Perancang Tempahan’.

Ya, anda boleh batalkan slot Shift yang anda tempah 2 jam sebelum slot tersebut bermula. Anda tidak boleh batalkan slot Shift kurang daripada 2 jam sebelum slot Shift tersebut bermula.

Jika anda terlepas slot shift anda lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah slot Shift pada minggu seterusnya. Sila tempah slot Shift hanya jika anda boleh melakukan Shift pada masa dan di kawasan tersebut.

Jika anda lambat, anda masih lagi boleh melakukan Shift anda. Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk melakukan Shift pada masa yang sepatutnya untuk mengelakkan disekat daripada menempah slot Shift pada minggu seterusnya.

Jika anda keluar atau berada jauh daripada kawasan Shift, anda tidak akan menerima sebarang pesanan. Oleh itu, lakukan Shift anda pada masa dan di kawasan yang ditetapkan.

Tidak, dengan ciri Shift, anda hanya akan menerima pesanan dan menghantarnya di dalam kawasan slot Shift anda.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.