Ke arah peluang pendapatan yang lebih inklusif

Memperkenalkan inisiatif baru untuk platform Grab

Di Grab, misi kami adalah untuk menyediakan peluang pendapatan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan Rakan-Penghantar sepenuh masa kekal menerima pendapatan yang stabil, dan pada masa yang sama, kami juga ingin memberikan fleksibiliti kepada mereka yang menggunakan platform Grab secara sambilan sebagai sumber pendapatan tambahan.

Seiring dengan misi ini, Grab akan melaksanakan beberapa inisiatif baru demi memperkasakan peluang penjanaan pendapatan untuk semua Rakan-Penghantar Grab.

*Kami ingin mengetahui maklum balas anda tentang inisiatif baru ini. Sila isi borang ini untuk kongsikan maklum balas anda.

Kami akan melancarkan Program Percubaan Ciri Slot Pilihan di Ipoh. Dengan ciri ini, anda boleh menempah slot di kawasan dan pada masa terpilih mulai 5 Julai (Isnin).

Kami tidak mewajibkan anda untuk menggunakan ciri ini tetapi anda digalakkan untuk menggunakannya sekiranya anda berminat. Untuk mengetahui cara ia berfungsi, tekan butang di bawah.


Tujuan

Ciri Slot Pilihan ditawarkan untuk membantu Rakan-Rakan Penghantar menjana pendapatan yang lebih konsisten, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada platform Grab sebagai sumber rezeki utama.

Dengan ciri ini, Rakan-Penghantar berpeluang untuk meraih pendapatan mingguan yang lebih stabil kerana anda akan diberikan keutamaan untuk menerima pesanan.

Pada masa yang sama, kami faham bahawa sesetengah Rakan-Penghantar masih inginkan kebebasan untuk “online” pada bila-bila masa yang diingini. Oleh itu, penggunaan ciri ini adalah tidak wajib dan Rakan-Rakan Penghantar tidak perlu risau kerana ia hanya ditawarkan sebagai satu alternatif.


Kumpulan Ciri Slot Pilihan & Syarat Kelayakan

Semua Rakan-Penghantar motosikal yang aktif akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Khas dan Biasa:


Terma & syarat

  • Syarat Kumpulan Khas akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk ketahui syarat terkini, rujuk mesej mingguan dalam aplikasi.
  • Untuk minggu-minggu seterusnya, slot akan dibuka pada setiap hari Jumaat. Anda boleh menempah slot pada minggu berikutnya dengan mengunjungi bahagian Perancang Tempahan dalam aplikasi pemandu pada hari tersebut.
  • Slot adalah terhad. Anda akan dikira tidak layak untuk slot pada minggu-minggu seterusnya sekiranya anda:
    • Tidak “online” pada slot yang dipilih berulang kali;
    • Kekal offline atau berada di luar kawasan semasa slot yang dipilih berulang kali;
    • Membatalkan pesanan secara berlebihan semasa slot yang dipilih.
  • Jika anda tidak dapat melakukan slot anda di atas sebab kecemasan/faktor cuaca (contoh: hujan lebat), anda boleh “offline” dan tidak meneruskan slot tersebut.
  • Tindakan hanya akan diambil sekiranya kami mendapati Rakan-Penghantar sengaja tidak meneruskan slot yang dipilih, membatalkan pesanan secara berlebihan atau terdapat sebarang tingkah laku yang mencurigakan.
  • [Mulai 16 Julai] Semua Rakan-Penghantar baru akan diletakkan dalam Kumpulan Khas secara automatik selama 2 minggu.
  • Slot hanya ditawarkan di kawasan terpilih di bandar anda. Kami akan menawarkan slot di lebih banyak kawasan pada masa akan datang.
  • Tiada perubahan kepada struktur tambang dan insentif anda dengan penggunaan Ciri Slot Pilihan.
  • Ciri Slot Pilihan adalah tertakluk kepada Terma-Terma Perkhidmatan: Pengangkutan, Penghantaran dan Logistik.

 


Untuk memberikan pendapatan yang lebih konsisten, kami akan memperkenalkan Bonus Prestasi untuk Rakan-Penghantar Ipoh mulai 5 Julai (Isnin).

Nota Penting:

  • Mulai 5 Julai (Isnin), dalam usaha untuk mempelbagaikan peluang pendapatan Rakan-Penghantar, jenis perkhidmatan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress kini akan aktif sepanjang masa. Namun, jenis perkhidmatan GrabExpress hanya akan diaktifkan untuk Rakan-Penghantar yang mempunyai jenis perkhidmatan ini.

 


Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.