Dapatkan e-Tunai Rakyat anda dari GrabPay sekarang!

 

EN | CH

 

e-Tunai Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai, dengan tawaran RM30 sekali beri kepada rakyat Malaysia yang layak. Tuntut dengan GrabPay sekarang untuk menikmati 100x lebih nilai dengan baucar dan diskaun sehingga RM3,000!

Tawaran eksklusif daripada rakan niaga seluruh negara


10,000 pertama menikmati lebih lagi dengan e-Tunai Rakyat!

Jadual dikemas kini pada 22 Jan 2020. Baucar-baucar perjalanan lapangan terbang Grab bernilai RM10 setiap satu.

Harap maklum bahawa RM30 e-Tunai Rakyat hanya boleh dituntut sebelum atau pada 8 Mac 2020. Ia harus digunakan selewat-lewatnya pada 14 Mac 2020 dan tidak boleh dipindah milik. Tempoh laku baucar dan diskaun daripada GrabPay adalah berbeza. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Hanya beberapa minit untuk menuntut Grab e-Tunai Rakyat anda!


5 sebab untuk menggunakan GrabPay

Malah nikmati lebih lagi dengan Dompet GrabPay anda

 

Masih baru dengan Grab? Muat turun sekarang!

img

 

Terma dan Syarat

 1. Kriteria kelayakan 

  • Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun pada 31.12.2020.
  • Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon hendaklah membuktikan identiti dengan kad pengenalan Malaysia yang sah, berdasarkan rekod JPN. 
  • Pemohon yang memiliki pendapatan tahunan RM100,000 atau lebih bagi tahun 2018 adalah tidak layak untuk menyertai program ini, berdasarkan pendapatan yang telah dihantar oleh pemohon di dalam pengisian cukai bagi tahun 2018.

2. Insentif program 

  • Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 sekali beri setelah tuntutan diluluskan dan akan dikreditkan ke dalam e-Dompet pemohon dalam masa lima (5) hari. Walau bagaimanapun, mungkin akan ada kelewatan pada pembayaran semasa tempoh penghantaran yang banyak. 
  • Insentif boleh dituntut oleh individu yang layak sekali sahaja, dari 15 Januari hingga 12 tgh. mlm. 9 Mac 2020. 
  • Insentif diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat, sementara dana masih ada. 
  • Setelah dituntut, insentif mestilah digunakan selewat-lewatnya pada 14 Mac 2020 dan insentif yang tidak digunakan akan disingkirkan daripada baki e-Dompet pemohon. 
  • Semua insentif yang diterima adalah disekat daripada melakukan transaksi seperti pemindahan rakan ke rakan, pengeluaran dan pemindahan wang tunai. Semua insentif mestilah digunakan di Malaysia dan untuk barangan dan perkhidmatan yang tersedia di Malaysia. 
  • Semua insentif yang diterima tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

3. Perlindungan Data Peribadi 

Dengan memohon program ini, notis privasi data [pemohon] (“kami”) yang telah disediakan kepada anda, akan tertakluk. Tambahan kepada notis privasi data, anda juga bersetuju dan memberi keizinan kepada kami, syarikat-syarikat gabungan kami, Kerajaan Malaysia dan penama-penamanya, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengumpulkan, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi anda (yang mana termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon anda, dan, apabila diminta, butiran akaun bank, penyata bank dan maklumat transaksi) bagi tujuan berikut: 

  • Menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami, penyedia-penyedia perkhidmatan (yang mungkin terletak di luar Malaysia), Kerajaan Malaysia dan penama-penamanya, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan untuk mengesahkan dan memproses kelayakan permohonan anda untuk program ini. 
  • Mengesahkan tuntutan insentif dengan e-Dompet lain yang terlibat jika berlaku pertikaian. 
  • Memproses sebarang rungutan yang mungkin ada daripada anda kepada kami bagi program ini. 
  • Menghantar sebarang notis atau komunikasi kepada anda melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga berkaitan program ini. 
  • Mengumpulkan data (termasuk maklumat transaksi) ke atas produk atau perkhidmatan yang anda belanjakan dengan insentif anda.
  • Memberikan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan bagi tujuan untuk memberikan kesan yang sepenuhnya kepada program ini. 
  • Menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi anda (yang mungkin termasuk maklumat transaksi anda) kepada Kerajaan Malaysia dan penama-penamanya, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan untuk memastikan kejayaan program ini. 

Harap maklum bahawa anda tidak akan dapat menyertai program ini sekiranya anda tidak bersetuju dan memberi keizinan kepada pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selaras dengan prinsip-prinsip pemprosesan data (termasuk Prinsip Keselamatan) yang terkandung di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Mekanik Kempen Grab e-Tunai Rakyat:

  • Baucar-baucar GrabPay Eksklusif akan diberikan kepada pengguna Grab yang melengkapkan proses pengesahan. Baucar-baucar GrabPay Eksklusif  ditetapkan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di atas. 
  • Baucar-baucar GrabPay Eksklusif akan dikreditkan ke dalam aplikasi Grab pengguna dalam masa lima (5) hari setelah pengesahan berjaya. 
  • Baucar-baucar GrabPay Eksklusif tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada tunai atau secara kredit. 
  • Setiap pengguna terhad kepada satu (1) tawaran sahaja sepanjang tempoh kempen berlangsung. 
  • Penebusan adalah atas dasar siapa cepat dia dapat sahaja. 
  • Setelah ditebus, Baucar-baucar GrabPay Eksklusif mestilah digunakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 dan sebarang insentif yang tidak digunakan akan disingkirkan daripada baki e-Dompet pemohon. 
  • Grab mempunyai hak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi ini, atau memperbaiki terma dan syaratnya secara mutlak pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian secara langsung atau tidak di dalam promosi ini, keputusan Grab adalah muktamad. 
  • Segala keputusan Grab dalam sebarang urusan berkaitan kempen ini adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada anda, atau tuntutan pihak ketiga, atau kehilangan dalam segala bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian, kemelesetan jangkaan, ganti rugi yang membebankan, tidak langsung, khas, sampingan, atau penting atau ganti rugi lain yang terhasil daripada atau berkaitan dengan kempen ini. 
  • Terma dan syarat ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul sama ada yang berkaitan atau tidak dengan promosi ini akan dirujuk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.