Tuntut RM50 ePENJANA dengan GrabPay sekarang!

ePENJANA merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu merangsang ekonomi.

Kemas kini aplikasi Grab anda kepada iOS v5.107.1, ADR v5.107.0 dan ke atas untuk menuntut RM50 ePENJANA dengan GrabPay sekarang, serta dapatkan ekstra RM50 baucar-baucar Grab!

Bukan itu sahaja! Jadilah 7,000 penuntut pertama yang membelanjakan RM50 ePENJANA dan gunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan Grab (Perjalanan Grab, GrabFood, GrabMart atau GrabExpress) dalam minggu itu untuk turut memenangi bonus mingguan RM75 baucar-baucar.

Tuntut dan belanjakannya pada perkhidmatan-perkhidmatan Grab kegemaran anda.

Tawaran eksklusif rakan niaga di seluruh negara:

• RM50 ePENJANA mestilah dituntut sebelum 24 Sep 2020 dan tidak boleh dipindah milik.
•Kedua-dua RM50 ePENJANA dan baucar/diskaun Grab mestilah digunakan sebelum 30 Sep 2020. Ketahui lagi di sini.
• Bonus mingguan berlansung selama seminggu bermula 31 Julai dan akan diperbaharui pada setiap hari jumaat.
• Para pemenang bonus mingguan akan diumumkan setiap Khamis, bermula 13 Ogos 2020.
• Anda pemegang kad CIMB? Nikmati sehingga RM15 pemulangan tunai dari 1-31 Ogos dengan GrabPay! Ketahui lagi di sini.

Tuntut RM50 ePENJANA dengan GrabPay sekarang untuk menikmati ekstra RM50 baucar-baucar Grab, serta manfaat berikut:

Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk menuntut RM50 ePENJANA, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Muat turun aplikasi MySejahtera dan menjadi pengguna berdaftar
2. Mestilah rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan yang sah
3. Berumur 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2020
4. Memiliki pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000

  • ePENJANA merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang disasarkan untuk menggalakkan perbelanjaan pengguna.
  • Ia juga menyasarkan untuk menanam amalan keselamatan melalui bayaran tanpa sentuh dan membantu pihak berkuasa kesihatan awam untuk memudahkan pengesanan kontak bagi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
  • Sekitar 15 juta rakyat Malaysia berpeluang menikmati manfaat daripada ePENJANA, di mana Kerajaan menyediakan RM50 ePENJANA yang akan digunakan untuk pembelian menerusi penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu eDompet Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
  • Pada masa yang sama, Grab akan menyediakan tambahan nilai RM50 dalam bentuk baucar-baucar.

Untuk melayakkan diri bagi menerima insentif ini, anda mestilah: 

  • Rakyat Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 31 Disember 2020
  • Memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini LHDN
  • Telah pun memasang dan berdaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera 
  • Mengesahkan bahawa anda belum membuat mana-mana tuntutan ePENJANA daripada Grab mahupun e-dompet lain yang mengambil bahagian.
  • RM50 ePENJANA hanya boleh dituntut oleh pemohon yang layak sekali sahaja, dari 8.00 pg. waktu Malaysia pada 31 Julai 2020 hingga 11.59 mlm. waktu Malaysia pada 24 September 2020.   
  • Setelah dituntut, RM50 ePENJANA dan RM50 baucar-baucar daripada Grab mestilah digunakan sebelum 11.59 mlm. waktu Malaysia pada 30 September 2020, dan selepas itu mana-mana baki ePENJANA yang tidak digunakan akan dilenyapkan secara automatik dari e-dompet pemohon. 
  • RM50 ePENJANA tidak boleh dipindahkan ke Dompet GrabPay lain ataupun dikeluarkan secara tunai.

Anda hendaklah memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum boleh menuntut ePENJANA melalui aplikasi Grab.

MySejahtera App

Langkah 1: Muat turun dan pasangkan aplikasi MySejahtera daripada Gallery of Malaysian Government Mobile Applications (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Isikan butiran pendaftaran anda (nama penuh seperti Kad Pengenalan Rakyat Malaysia/Nombor Angkatan Tentera Malaysia/Polis Diraja Malaysia serta maklumat lain yang diminta). Bagi pengguna sedia ada, sila kemas kini butiran peribadi anda (nama penuh seperti Kad Pengenalan Rakyat Malaysia/Nombor Angkatan Tentera Malaysia/Polis Diraja Malaysia).

Langkah 3: Teruskan untuk memohon inisiatif ePENJANA melalui aplikasi Grab.

Di aplikasi Grab

Proses pengesahan bagi pengguna baharu, pengguna Basic Wallet/Dompet Asas (anda belum menaik taraf Dompet GrabPay anda) akan dilakukan melalui aplikasi Grab secara elektronik (eKYC).

Sila pastikan anda telah:

  1. Memuat turun dan mendaftarkan aplikasi MySejahtera sebelum meneruskan dengan penyerahan tuntutan ePENJANA di aplikasi Grab.
  2. Kemas kini aplikasi Grab kepada versi terkini (iOS v5.107.1, ADR v5.107.0 dan ke atas).

Pengguna Dompet GrabPay sedia ada yang telah menaik taraf
Langkah 1:
Lancarkan aplikasi Grab.

Langkah 2: Tekan pada label ‘Payment’/’Bayaran’ dan klik pada kad imej, “Get RM50 and more with your GrabPay Wallet”/”Dapatkan RM50 dan banyak lagi dengan Dompet GrabPay anda”.

Langkah 3: Sahkan bahawa anda telah pun memenuhi kesemua kriteria ePENJANA:

  1. Rakyat Malaysia 
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 31 Disember 2020
  3. Memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
  4. Telah pun memasang dan berdaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  5. Mengesahkan bahawa anda belum membuat mana-mana tuntutan ePENJANA daripada Grab mahupun e-dompet lain yang mengambil bahagian

Langkah 4: Itu sahaja! Pengesahan identiti akan dilakukan untuk mengenal pasti nombor Kad Pengenalan (seperti di MyKad), kelayakan pendapatan, sama ada anda berdaftar di MySejahtera dan sama ada anda telah pun menuntut ePENJANA anda daripada dompet lain.

Nantikan pemberitahuan bagi tuntutan anda daripada aplikasi Grab. Sila pastikan anda menghidupkan butang pemberitahuan di aplikasi Grab. Pergi ke Accounts/Akaun > Settings/Tetapan > Communications/Komunikasi. Inisiatif ePENJANA akan bermula pada 31 Julai 2020, 8 pg. waktu Malaysia.

Pengguna Dompet GrabPay baharu dan yang belum menaik taraf

Langkah 1: Muat turun aplikasi Grab. Jika anda pengguna baharu sepenuhnya: Tekan pada “Activate your GrabPay Wallet”/”Aktifkan Dompet GrabPay anda”.

Langkah 2: Tekan label ‘Payment’/’Bayaran’ dan klik pada kad imej, “Get RM50 and more with your GrabPay Wallet”/”Dapatkan RM50 dan banyak lagi dengan Dompet GrabPay anda”.

Langkah 3: Sahkan bahawa anda telah pun memenuhi kesemua kriteria ePENJANA:

  1. Rakyat Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 31 Disember 2020
  3. Memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
  4. Telah pun memasang dan berdaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  5. Mengesahkan bahawa anda belum membuat mana-mana tuntutan ePENJANA daripada Grab mahupun e-dompet lain yang mengambil bahagian

Langkah 4: Ikuti dan lengkapkan langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda secara elektronik (eKYC).

Langkah 5: Itu sahaja! Pengesahan identiti akan dilakukan untuk mengenal pasti nombor Kad Pengenalan (seperti di MyKad), kelayakan pendapatan, sama ada anda berdaftar di MySejahtera dan sama ada anda telah pun menuntut ePENJANA anda daripada dompet lain.

Nantikan pemberitahuan bagi tuntutan anda daripada aplikasi Grab. Sila pastikan anda menghidupkan butang pemberitahuan di aplikasi Grab. Pergi ke Accounts/Akaun > Settings/Tetapan > Communications/Komunikasi. Inisiatif ePENJANA akan bermula pada 31 Julai 2020, 8 pg. waktu Malaysia.

  • Jika anda memenuhi kriteria kelayakan (termasuk pendaftaran di MySejahtera) dan telah pun berjaya disahkan melalui proses eKYC, anda akan menerima RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) yang dimasukkan sekali sahaja ke dalam Dompet GrabPay anda dalam masa lima hari dari tarikh permohonan. 
  • Anda layak untuk mendapatkan RM50 ePENJANA melalui Grab sekali sahaja sepanjang tempoh program berlangsung. Setelah anda menerima RM50 ePENJANA daripada Grab, sebarang percubaaan untuk menuntut tambahan RM50 ePENJANA daripada e-dompet lain akan ditolak oleh sistem. 
  • Baucar-baucar Grab bernilai RM50 akan diberikan kepada anda di dalam “My Rewards”/”Ganjaran Saya” di dalam aplikasi Grab.

Anda boleh menggunakan RM50 ePENJANA untuk mana-mana transaksi yang boleh dibayar menggunakan Dompet GrabPay anda. Walau bagaimanapun, baki ePENJANA tidak boleh dipindahkan ke Dompet GrabPay lain ataupun dikeluarkan secara tunai.

Ya, terdapat proses pertikaian di mana anda boleh menghubungi pasukan Pengalaman Pelanggan kami dan kami akan membantu anda. Namun, sila ambil perhatian bahawa sebarang rayuan dan pertikaian tidak akan diterima lagi selepas 24 September 2020.

  • Data kerakyatan, umur dan pendapatan anda akan disahkan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tidak akan ada sebarang perkongsian data peribadi daripada JPN atau LHDN dengan e-dompet. 
  • Aplikasi MySejahtera dibina untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Dengan itu, menyediakan maklumat yang salah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. 
  • MySejahtera dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Maklumat peribadi anda akan hanya digunakan untuk tujuan pengurusan dan pengurangan penularan COVID-19. Ia tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak yang lain. 
  • Sebarang kebimbangan tentang privasi data berkaitan e-dompet tertakluk pada polisi dan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP). 

Anda boleh menggunakan RM50 ePENJANA untuk mana-mana transaksi dengan aplikasi Grab seperti perjalanan Grab, GrabFood, GrabMart, pembelian dalam talian, dan banyak lagi! Walau bagaimanapun, baki ePENJANA tidak boleh dipindahkan ke Dompet GrabPay lain ataupun dikeluarkan secara tunai.

Tidak boleh. Setelah anda menerima RM50 ePENJANA daripada Grab, sebarang percubaaan untuk menuntut tambahan RM50 ePENJANA daripada e-dompet lain akan ditolak. Seorang pemohon hanya layak untuk mendapatkan RM50 ePENJANA sekali sahaja sepanjang tempoh program berlangsung.

Penyerahan anda mungkin ditolak atas mana-mana sebab berikut: 

  • Anda tidak memenuhi kriteria kelayakan 
  • Anda telah pun mengemukakan tuntutan daripada e-dompet lain
  • Anda telah memulakan pendaftaran MySejahtera anda, tetapi tidak melengkapkannya dan tetingkap pendaftaran sudah pun luput 
  • Nama yang diisikan ke dalam pendaftaran MySejahtera anda tidak sepadan dengan MyKad anda 
  • Nombor Kad Pengenalan yang diisikan ke dalam pendaftaran MySejahtera anda tidak sepadan dengan MyKad anda 
  • Penyerahan eKYC anda tidak berjaya

Anda hanya dibenarkan menuntut RM50 ePENJANA anda daripada satu penyedia e-dompet. Anda barangkali telah menyerahkan tuntutan ePENJANA anda kepada penyedia e-dompet yang lain. Jika anda tidak menuntut daripada mana-mana penyedia e-dompet sebelum ini, tetapi tidak dapat menuntut RM50 ePENJANA anda, sila hubungi Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan bantuan. Terdapat kemungkinan berlakunya kelewatan dalam mendapatkan RM50 ePENJANA anda semasa tempoh penyerahan tuntutan yang tinggi.

Sila pastikan anda menggunakan versi aplikasi Grab yang terkini (iOS v5.107.1, ADR v5.107.0 dan ke atas), anda sepatutnya dapat melihat titik permulaan untuk tuntutan RM50 ePENJANA anda di bawah selepas aplikasi dikemas kini (kad hijau). Jika anda tidak melihat titik permulaan, meskipun selepas aplikasi dikemas kini, sila hubungi pasukan Pengalaman Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

  • Lancarkan aplikasi Grab > Klik pada panel ‘Payment’/’Bayaran’
  • Anda akan dapat melihat status tuntutan ePENJANA anda di dalam seksyen ini. Untuk butiran lanjut, sila klik pada kotak di bawah.

    • Sebaik sahaja tuntutan ePENJANA anda berjaya, kami akan memberitahu anda!

Ya! Anda akan tetap memperoleh Mata Ganjaran GrabRewards bagi transaksi yang dibayar dengan RM50 ePENJANA. 

Sebagai contoh, kos keseluruhan bagi transaksi anda ialah RM60, dan anda menggunakan RM50 ePENJANA serta tambah nilai RM10 – anda akan memperoleh Mata Ganjaran GrabRewards bagi keseluruhan kos transaksi RM60. 

Bagi baucar-baucar daripada Grab, anda akan memperoleh Mata Ganjaran GrabRewards untuk bahagian yang tidak ditampung oleh baucar itu. 

Sebagai contoh, kos keseluruhan bagi transaksi anda ialah RM30, dan anda menggunakan baucar RM5 serta tambah nilai RM25 – anda akan memperoleh Mata Ganjaran GrabRewards untuk bahagian RM25 daripada keseluruhan kos transaksi.

Setiap baucar memiliki terma dan syarat tersendiri yang dijelaskan di dalam baucar itu, sila pastikan anda memenuhi terma dan syarat tersebut untuk menikmati baucar-baucar anda!

Tidak, RM50 ePENJANA yang dikreditkan dan baucar-baucar Grab mestilah digunakan oleh penuntut.