Raya ini, kirimkan e-Duit Raya kepada yang tersayang dengan GrabPay

ENG

Anda mungkin tidak dapat balik kampung tahun ini, tetapi masih tetap boleh mengirimkan e-Duit Raya kepada yang tersayang dengan GrabPay. Kekalkan tradisi Hari Raya dengan cara yang mudah dan lancar. Serta dapatkan bahagian anda dari 1.5 juta Mata Ganjaran GrabRewards bermula 24 Mei – 6 Jun! 

 

Hadiah:

 

50 Mata Ganjaran GrabRewards 

untuk tiga pemindahan pertama e-Duit Raya anda*

*terhad kepada satu pemindahan sehari (pemindahan minimum RM5)

 

20,000 Mata Ganjaran GrabRewards

untuk 5 pengguna tertinggi dengan pemindahan e-Duit Raya terbanyak* kepada penerima berbeza sepanjang tempoh kempen 

*pemindahan minimum RM5

 

Cara-cara mengirimkan e-Duit Raya dengan GrabPay:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Grab 

Langkah 2: Tekan ‘Payment’, kemudian tekan ‘Transfer’

Langkah 3: Pilih cara pemindahan pilihan anda:

  1. Masukkan nombor telefon penerima 
  2. Imbas kod QR penerima 
  3. Gunakan pautan yang dihantar oleh penerima 

Langkah 4: Setelah pemindahan berjaya, 50 Mata Ganjaran GrabRewards akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda

 

Lebih banyak pemindahan e-Duit Raya kepada penerima berbeza, lebih tinggi peluang untuk menang. Kirimkan keriangan Hari Raya kepada yang tersayang hari ini!

 

 

Terma dan syarat:

  • Tawaran sah untuk transaksi e-Duit Raya yang dibuat di aplikasi Grab dari 24 Mei – 6 Jun 2020.
  • Pemindahan minimum RM5 diperlukan untuk melayakkan diri menerima 50 Mata Ganjaran GrabRewards. 
  • Tawaran sah untuk pengguna bagi TIGA (3) pemindahan e-Duit Raya pertama, terhad kepada SATU (1) pemindahan e-Dut Raya sehari dalam tempoh kempen.
  • Setelah pemindahan e-Duit Raya berjaya dilakukan dengan memenuhi semua kriteria, 50 Mata Ganjaran GrabRewards akan dikreditkan secara automatik ke akaun pengguna. 
  • Tawaran sah dengan 3 penggunaan berbeza pemindahan Dompet GrabPay:
    • Mengirimkan e-Duit Raya dengan memasukkan nombor telefon penerima 
    • Mengirimkan e-Duit Raya dengan mengimbas kod QR penerima 
    • Mengirimkan e-Duit Raya melalui pautan bayaran yang dikongsikan oleh penerima
  • Tawaran terhad kepada 28,000 penebusan pertama dan mempunyai 2,000 had penebusan sehari semasa tempoh kempen berlangsung. 
  • 5 pengguna dengan bilangan transaksi e-Duit Raya kepada penerima berbeza tertinggi akan layak untuk menerima tambahan 20,000 Mata Ganjaran GrabRewards. 
  • Dengan mengambil bahagian di dalam kempen ini, anda telah memberikan keizinan kepada Grab untuk mengumumkan nama anda, dan/atau menayangkan gambar anda sebagai pemenang hadiah dalam pengumuman pemenang kami. Hadiah anda akan diserahkan kepada pemenang seterusnya jika anda gagal mematuhi syarat ini.
  • Pemenang akan dihubungi oleh Grab dalam masa 15 hari bekerja selepas kempen berakhir. Nama pemenang akan diumumkan di laman FB GrabMY dalam masa 15 hari bekerja selepas pemenang dikenal pasti.  
  • Hadiah akan diserahkan kepada pemenang dalam masa 15 hari bekerja selepas pemenang diumumkan.  
  • Setiap pemenang terhad kepada 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen.  
  • Penebusan terhad kepada dasar siapa cepat dia dapat sahaja. 
  • Mata Ganjaran GrabRewads yang diberikan tidak boleh dipindah milik, ditukar atau dibayar balik dengan tunai atau sebarang penggantian secara sebahagian ataupun penuh.
  • Para pekerja, representatif atau ejen  Grab adalah tidak layak untuk mengambil bahagian. 
  • Grab berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma dan syarat atas budi bicara penuhnya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul secara langsung ataupun tidak daripada promosi ini, keputusan Grab adalah muktamad. 
  • Terma dan syarat ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan promosi ini akan dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. 
  • Grab tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kemudaratan, kecederaan atau kekecewaan yang ditanggung atau dideritai oleh anda semasa Acara atau daripada mengambil bahagian di dalam Tawaran.