Meneruskan perkhidmatan di waktu sulit

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Disember, kami telah mengemaskini laman ini untuk memberikan sedikit pencerahan kepada anda.

Sekiranya anda ditahan di sekatan jalan raya, sila tunjukkan dokumen berikut kepada pihak berkuasa: Surat Pengesahan daripada Grab dan Peraturan Kerajaan. Kami menyarankan anda untuk memuat turun dokumen-dokumen ini di dalam telefon anda untuk rujukan pada bila-bila masa.

Di samping itu, kami ingin sekali memaklumkan bahawa kami komited dalam memastikan rakyat Malaysia yang bergantung kepada platform kami sebagai sumber pendapatan dapat meneruskan perkhidmatan mereka. Bersama-sama kita berusaha untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia sambil menjaga kesihatan!

Untuk kenyataan media daripada Perdana Menteri semepan Hari Pekerja 2020 [1 Mei 2020], tekan di sini.

Soalan Lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan daripada Majlis Keselamatan Negara, tekan di sini.

Untuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) [27 Mac 2020], tekan di sini.

Untuk pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai Langkah-langkah untuk Membantu Individu, PKS dan Syarikat Korporat yang Terjejas oleh Wabak COVID-19, tekan di sini.

Untuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri [25 Mac 2020], tekan di sini.

Untuk kenyataan daripada Kementerian Pengangkutan tentang pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tekan di sini. Jika lesen PSV, lesen memandu atau cukai jalan anda telah tamat tempoh, sila pastikan anda telah perbaharui insurans anda dan bawa bersama cover note insurans yang sah sepanjang masa.

Kami ingin menggesa anda untuk berkunjung ke hospital saringan untuk mendapatkan pemeriksaan. Anda diingatkan untuk TIDAK memandu/menghantar menggunakan platform kami jika anda mempunyai simptom seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas

Tekan sini untuk senarai lengkap hospital saringan di seluruh negara.

Di samping itu, kami akan terus bekerjasama dengan KMM untuk menangani Covid-19:

  • Berikan maklum balas di sini jika anda mendapati mana-mana penumpang yang menunjukkan simptom jangkitan.
  • Maklumkan kepada kami dengan segera jika mereka telah disahkan positif dijangkiti virus CoVid-19 atau menerima surat kuarantin diri agar kami boleh membantu KMM dengan proses jejak kontak (contact tracing).
  • Grab akan menggantung sementara akaun yang telah terdedah kepada Covid-19.
  • Grab akan menyediakan bantuan kewangan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar yang aktif dengan akaun yang digantung. Kami akan memberikan sebanyak RM1,000* kepada rakan yang dijangkiti Covid-19 semasa berkerja, dan sebanyak RM350* kepada rakan yang dikuarantin akibat terdedah semasa membuat trip atau penghantaran. Jumlah ini akan diberikan melalui dompet tunai setelah kami sahkan laporan pengisytiharkan diri anda yang dihantar kepada kami. Hantarkan laporkan tersebut di sini.

Tempoh penggantungan akaun adalah 14 hari sehinggalah dokumen rasmi yang mengesahkan status kesihatan rakan-pemandu/rakan-penghantar yang digantung telah dihantar di sini dan telah disemak.

*Jumlah keseluruhan akan diberi berdasarkan penilaian kami

Kami sarankan anda untuk mengambil langkah pencegahan semasa anda sedang melengkapkan trip atau penghantaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga semasa tempoh masa ini, kami sarankan anda untuk mengamalkan:

Amalan kebersihan diri

Rakan-pemandu

  • Anda diwajibkan untuk memakai topeng muka pada setiap masa
  • Basuh tangan anda dengan kerap dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas mengambil pesanan/penghantaran ataupun penumpang.
  • Sediakan tong sampah bertutup kecil di dalam kenderaan agar anda dan penumpang boleh menggunakannnya untuk membuang tisu yang telah digunakan.
  • Basmi kenderaan anda (dalam dan luar) sekerap mungkin
  • Oleh sebab anda meluangkan banyak masa dalam ruang tertutup, udarakan kereta sekerap mungkin

Rakan-penghantar

  • Anda diwajibkan untuk memakai topeng muka pada setiap masa
  • Basuh tangan anda dengan kerap dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas mengambil pesanan/penghantaran.
  • Pakai topeng muka pada setiap masa
  • Sila patuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan di premis-premis rakan-peniaga

Pemanduan/penghantaran tanpa sentuhan

Rakan-pemandu

Penumpang diwajibkan untuk memaki topeng sebelum memasuki kenderaan. Jika penumpang anda tidak memaki topeng, sila nasihatkan mereka untuk berbuat demikian. Jika mereka enggan berbuat demikian, batalkan tempahan secara sopan.

Jika anda ambil penumpang yang nampak tidak sihat, sila gunakan budi bicara anda. Jika anda tidak selesa, sila batalkan trip tersebut secara sopan dan hubungi Khidmat Pelanggan Grab untuk membatalkannya.

Untuk Lembah Klang: Untuk mengurangkan interaksi dan sentuhan sesama penumpang, perkhidmatan GrabShare tidak akan ditawarkan buat sementara waktu. Ini akan bermula dengan serta merta dan anda tidak akan menerima tempahan GrabShare sehingga notis selanjutnya. Jenis perkhidmatan lain akan beroperasi seperti biasa.

Rakan-penghantar

Anda boleh hantarkan mesej kepada pelanggan melalui GrabChat untuk meletakkan pesanan di pintu pagar, atau meminta pelanggan untuk mengambilnya daripada motor anda. Anda juga boleh meletakkan pesanan di lokasi alternatif seperti lobi.

Dana Perlindungan Rakan Grab

Bagi membantu rakan-pemandu dan rakan-penghantar dengan akaun yang telah disekat, Grab akan memberikan:

  • sehingga RM1,000* kepada rakan yang dijangkiti Covid-19 semasa berkhidmat
  • sehingga RM350* untuk rakan yang dikuarantin disebabkan oleh pendedahan semasa memandu atau menghantar

Jumlah ini akan ditambah ke dalam dompet tunai anda selepas laporan deklarasi-sendiri anda diproses. Sila lakukannya di sini.

*Jumlah keseluruhan akan diberi berdasarkan penilaian kami


GrabProtect

Kami telah menyediakan rutin baharu dan telah bekerjasama dengan syarikat yang terpilih untuk memastikan rakan-pemandu dan penumpang anda sentiasa selamat semasa dalam perjalanan. Ini termasuk Kit Prihatin Kebersihan percuma yang terdiri daripada SATU (1) Semburan Pembasmi Kuman Cif dan SATU (1) Cecair Pembasmi Kuman Lifebuoy, untuk rakan-pemandu guna dalam kereta. Jumlah kit yang rakan-pemandu boleh tebus adalah berdasarkan peringkat GrabBenefit. Tekan sini untuk maklumat lanjut.


Penghantaran makanan menggunakan kereta

Kami tahu anda risau tentang pendapatan anda. Untuk membantu anda, jenis perkhidmatan GrabFood akan disediakan kepada semua rakan-pemandu* untuk menyediakan lebih banyak peluang pendapatan. Dalam tempoh masa ini, kami menjangkakan permintaan GrabFood yang tinggi jadi datanglah online.

Semua penghantaran GrabFood menggunakan kereta akan menikmati komisen 0%

Rakan-pemandu MESTI melengkapkan latihan GrabFood di GrabAcademy.

Jenis perkhidmatan ini akan diletakkan di dalam akaun anda setelah anda melengkapkan latihan GrabFood.

*Kecuali GrabTaxi

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.


GrabExpress Car

Di samping penghantaran makanan dengan kereta, kami juga telah melancarkan GrabExpress Car di bandar-bandar terpilih* bagi menangani permintaan yang semakin meningkat. GrabExpress Car ialah perkhidmatan penghantaran atas permintaan bagi pelanggan dengan bungkusan banyak atau besar.

*Lembah Klang, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Ipoh, Kuantan, dan Kota Bharu

Rakan-pemandu di bandar-bandar terpilih perlu melengkapkan latihan GrabExpress Car untuk mendapatkan jenis perkhidmatan tersebut dalam akaun mereka. Untuk maklumat lanjut, tekan sini.

Berikutan perkembangan terkini, GDC akan dibuka untuk urusan penting. Anda diminta untuk mengunjungi GDC JIKA PERLU SAHAJA. Anda tidak akan dilayan jika anda kunjungi untuk tujuan yang lain daripada yang disenaraikan di bawah:

  • Program Grab Rental (Lembah Klang sahaja)
  • Pengaktifan Pemandu Baru
  • Ciri “Selfie Verification” pemandu

Kiosk-kiosk kami masih belum dibuka buat masa ini. Jika anda mengalami sebarang masalah lain, sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan.

Rakan-pemandu

Rakan-penghantar

PERKESO

Jika anda belum mendaftar ke Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO, ini adalah masa untuk melakukannya. Sumbangan tahunan adalah serendah RM157.20. Sekiranya anda sakit atau tidak dapat untuk bekerja, anda dan keluarga akan mendapat insurans sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan yang akan dibayar secara berterusan kepada anda sehingga anda boleh memandu semula.

Untuk info lanjut, tekan sini: Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri


Produk pencegahan

Kami telah bekerjasama dengan beberapa syarikat e-commerce untuk memberikan anda pembersih tangan pada harga diskaun.

Shopee

Anda boleh membeli di laman Grab x Shopee untuk mendapatkan diskaun tambahan 15% dengan menebus kod promo yang ada di GrabBenefits.

Impacto di Lazada

Dapatkan diskaun RM5 apabila anda membeli Room & Car Spray Sanitizer di laman Grab x Lazada. Guna kod promo “IMPACTO2020” sebelum anda membayarn untuk mendapatkan diskaun tambahan RM5. Selagi stok masih ada.

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Disember 2020, masa operasi bagi semua perkhidmatan Grab:

Masa Operasi Perkhidmatan Pengangkutan

  • Semenanjung Malaysia: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sabah & W.P Labuan: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sarawak: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)

Masa Operasi GrabExpress

  • Semenanjung Malaysia: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sabah & W.P Labuan: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sarawak: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)

Masa Operasi GrabFood/GrabMart

  • Lembah Klang: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:40AM) 
  • Johor Bahru: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:40AM) 
  • Melaka: 7:00AM – 11:59PM (pesanan terakhir 11:40PM)
  • Penang: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:40AM) 
  • Kota Kinabalu: 7:00AM – 11:59PM (pesanan terakhir 11:40PM)
  • Kuching: 7:00AM – 11:59PM (pesanan terakhir 11:40PM)
  • Ipoh: 7:00AM – 11:59PM (pesanan terakhir 11:40PM)
  • Miri: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Bintulu: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Negeri Sembilan: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Kulim: 8:00AM – 7:59PM (pesanan terakhir 7:40PM)
  • Sungai Petani: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Alor Setar: 9:00AM – 7:59PM (pesanan terakhir 7:40PM)
  • Langkawi: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Muar: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Batu Pahat: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Kuala Terengganu: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Kota Bharu: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Kuantan: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Sandakan: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Sibu: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Tawau: 9:00AM – 5:59PM (pesanan terakhir 5:40PM)
  • Kemaman: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)
  • Kluang: 9:00AM – 9:59PM (pesanan terakhir 9:40PM)