Menu Driver Sign-Up

Nikmati tambang terendah di Sandakan!

Nikmati tambang terendah dengan Grab! Kini lebih berbaloi jika mahu jalan-jalan di bandar atau pekan. Hanya muat turun aplikasi Grab dan nikmati perjalanan selamat, selesa dan mudah ke mana-mana.
Dengan tambang kami yang terendah, kami gerenti perjalanan anda dengan Grab adalah yang paling berbaloi antara semua perkhidmatan ride-hailing yang terdapat di Sandakan.

  • Terma & Syarat Tambang Terendah Grab:
  • Tambang terendah tertakluk di Sandakan sahaja.
  • Tambang terendah tertakluk untuk GrabCar Economy sahaja.
  • Tambang minimum untuk semua perjalanan adalah RM3.

 

FAQ: Tambang Terendah

Apakah itu tambang terendah Grab?

Anda berpeluang menikmati perjalanan yang paling berbaloi dengan tambang terendah Grab.

 

Bagaimana tambang rendah ini bermanfaat untuk saya?

Dengan tambang yang lebih rendah, anda juga boleh lebih jimat juga! (dan bolehlah anda lebih kerap tempah perjalanan bersama kami hehe).

 

Kenapa tambang anda adalah yang terendah?

Kami telah kurangkan struktur harga kami demi memastikan tambang kami akan terus menjadi yang terendah sepanjang tempoh tambang terendah kami.

 

Adakah saya memerlukan kod promo?

Tidak, anda tidak perlukan kod promo untuk nikmati tambang terendah kami.

 

Di manakah saya dapat nikmati tambang rendah terkini ini?

Nikmatinya apabila anda menempah perjalanan dengan Grab di Sandakan.

 

Kenapa tambang saya berbeza sepanjang hari walaupun destinasinya sama?

Tambang kami adalah berdasarkan sistem harga dinamik, anda tidak perlu risau kerana harga kami tetap yang paling terendah berbanding khidmat yang lain-lain sepanjang hari.

 

Bagaimana tambang saya dikira?

Sila rujuk pada Kad Info dalam aplikasi Grab kami untuk mengetahui cara tambang dikira.

 

Saya telah bandingkan harga perjalanan dengan salah satu perkhidmatan pesaing Grab, dan tambangnya lebih murah. Bagaimana boleh jadi begini?

Jika harga kami bukanlah yang terendah sepanjang tempoh kempen, sila hubungi kami di 1-300-80-5858 atau e-melkan kepada kami di support.my@grab.com

 

Tempoh Promosi:

Tempoh Promosi adalah tertakluk kepada budi bicara Grab. Pihak Penganjur berhak sepenuhnya dan mempunyai hak mutlak untuk mengubah atau menamatkan promosi tanpa perlu memberi sebarang notis dan memberi sebarang ganti rugi dalam bentuk tunai atau apa sahaja bentuk.

Terma & Pembatasan Am Liabiliti:

Grab berhak sepenuhnya dan mempunyai hak mutlak untuk menarik balik, menambah baik dan/atau mengubah mana-mana bahagian sepanjang tempoh promosi ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis kepada Pelanggan dan Pelanggan bersetuju dengan sebarang perubahan.

  • Keputusan Grab adalah muktamad tidak kira dalam apa jua keadaan dan situasi.
  • Grab tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan yang dibuat oleh Pelanggan atau pihak ketiga atau kerosakan akibat bencana, termasuk dan tidak terhad kepada kerugian, beban, secara tidak langsung, istimewa, secara tidak sengaja atau untuk sebarang kerosakan berterusan atau untuk lain-lain kerosakan yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan promosi ini.

Suka Grab? Tunjukkanlah kesetiaan dan kasih sayang anda kepada kami di FB/Twitter/Instagram dan syorkan perkhidmatan kami kepada kawan-kawan anda.