Apakah Insentif #CabaranRamadan?
Insentif #CabaranRamadan ini adalah kempen untuk menggalakkan pengambilan dan penyelesaian tempahan perkhidmatan pengangkutan oleh Rakan Pemandu.
Kelayakan
Kempen Insentif #CabaranRamadan ini terbuka kepada semua Rakan Pemandu yang menyediakan perkhidmatan penghantaran di bandar-bandar yang layak sahaja: Kangar, Kemaman, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Batu Pahat, Kuantan, Kuching, Muar, Ipoh, Kota Kinabalu, Melaka, Penang, Johor Bahru, Lembah Klang.
Tempoh Kempen
22 Mac 2023 hingga 19 April 2023
Bagaimana untuk menyertai?
Untuk menyertai Insentif #CabaranRamadan ini, Rakan Pemandu perlu mendaftar melalui borang pendaftaran ini sebelum 22 Mac (“Rakan Pemandu Yang Menyertai” atau “Anda”).
Peraturan
- Rakan Pemandu yang menyertai akan dikategorikan ke dalam kumpulan bandar dan peringkat pemandu berikut:

- Rakan Pemandu yang Menyertai perlu menyelesaikan sebanyak mungkin tempahan pengangkutan pada masa-masa berikut pada tempoh Kempen (“Kitaran #CabaranRamadan”):
- Penyelesaian semua jenis pesanan tempahan pengangkutan yang ditawarkan di bandar-bandar yang layak (selain daripada tempanhan MyDestination) akan dikira sebagai tempahan selesai.
- Berdasarkan jumlah tambang dikumpulkan yang tertinggi semasa tempoh yang ditetapkan dalam Peraturan No.2, Rakan Pemandu yang Menyertai akan disenaraikan pada papan pemandu yang dikategorikan berdasarkan Peraturan No.1 di atas.
- Papan Kedudukan Mingguan yang mengandungi kedudukan, 4 digit terakhir nombor telefon Rakan Pemandu yang Menyertai dan mungkin jumlah tambang dikumpulkan akan dihantar kepada Rakan Pemandu yang Menyertai melalui aplikasi Grab Driver sekali seminggu sehingga akhir tempoh Kempen.
- Pada akhir tempoh Kempen (iaitu 19 April 2023), pemenang dalam Papan Kedudukan Terakhir yang mengandungi kedudukan, 4 digit terakhir nombor telefon Rakan Pemandu yang Menyertai dan mungkin jumlah tambang dikumpulkan dengan nama akan diumumkan secara terbuka di dalam aplikasi Grab Driver dan laman sosial media Rakan Grab (iaitu Instagram Rakan Grab dan laman Facebook Rakan Grab).
- Rakan Pemandu yang Menyertai yang berada di atas kedudukan tertentu di dalam papan kedudukan yang dikategorikan masing-masing pada akhir tempoh Kempen (iaitu 19 April 2023) akan diberikan bayaran tunai bonus berikut, dengan syarat kadar pembatalan (CR) semasa Kitaran #CabaranRamadan hendaklah kurang daripada 5%:
Bonus Ganjaran Wang Kumpulan 1

Bonus Ganjaran Wang Kumpulan 2

Bonus Ganjaran Wang Kumpulan 3

Bonus Ganjaran Wang Kumpulan 4

Bonus Ganjaran Wang Kumpulan 5

- Jika ada keadaan di mana terdapat seri di antara lebih daripada satu Peserta Rakan Pemandu yang Menyertai untuk kedudukan pemenang yang sama dalam papan kedudukan, kedudukan Rakan Pemandu akan berdasarkan jumlah keseluruhan tambang dikumpulkan dari semua tempahan yang dilengkapkan oleh Rakan Pemandu dalam Tempoh Kempen (iaitu 12am-12.59pm antara 22 March 2023 – 19 April 2023). Selepas itu, jika masih ada keadaan di mana terdapat seri di antara lebih daripada satu Peserta Rakan Pemandu untuk kedudukan pemenang yang sama, Rakan-Rakan Pemandu sedemikian pada kedudukan pemenang yang sama akan layak untuk pembayaran tunai bonus yang dikaitkan dengan kedudukan papan kedudukan tersebut.
- Pembayaran bonus ganjaran wang ini yang disediakan dalam insentif #CabaranRamadan ini tidak akan mengecualikan atau menafikan sebarang insentif lain yang sedang berjalan di bawah kempen lain.
- Pembayaran tunai bonus untuk pemenang papan kedudukan utama akan dibuat pada 21 April 2023 melalui dompet Pemandu.
Terma dan Syarat
- Dengan menyertai Insentif #CabaranRamadan ini, Anda sudah mengakui, memahami, dan setuju untuk diikat kepada Terma dan Syarat ini.
- Anda setuju bahawa Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana terma yang tidak selaras, syarat, peruntukan atau perwakilan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau periklanan untuk Insentif #CabaranRamadan ini. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau perbezaan antara versi berbahasa Inggeris dan versi Terma dan Syarat ini dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan berkuasa pada setiap masa.
- Grab tidak bertanggungjawab atas apa-apa tuntutan oleh Anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerugian dari mana-mana jenis, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian keuntungan, jangkaan kerugian, kerosakan punitif, tidak langsung, istimewa, sampingan atau penting, atau untuk kerosakan lain dan apa-apa tuntutan yang berkaitan dari mana-mana jenis, termasuk langsung, tidak langsung, pihak ketiga, penting atau apa-apa kerosakan lain yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Insentif #CabaranRamadan ini.
- Grab berhak untuk ubah, variasi, atau tukar Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa seperti yang dianggap sesuai. Apa-apa pengubahsuaian, perbezaan atau pertukaran akan berkuatkuasa setelah versi terbaharu Terma dan Syarat disiarkan. Rakan setuju bahawa ia adalah tanggungjawab Rakan untuk semak Terma dan Syarat dengan kerap dimana penyertaan yang berterusan dalam Insentif #CabaranRamadan ini selepas apa-apa pertukaran, sama ada disemak oleh Rakan atau tidak, akan merupakan persetujuan dan penerimaan pertukaran tersebut.
- Kedudukan dan pemilihan pemenang untuk kempen #CabaranRamadan ini akan ditentukan mengikut peraturan yang ditetapkan di sini. Anda setuju bahawa Rakan tidak akan persoalkan keputusan Grab tanpa had atau kelayakan dan dalam kes apa-apa pertikaian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat Insentif Cabaran Ramadan ini, semua keputusan Grab adalah muktamad.
- Dengan menyertai kempen #CabaranRamadan ini, Anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda untuk tujuan#CabaranRamadan ini, dan mengikut Notis Privasi Grab.
- Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.