Cara anda mengakses aplikasi GrabMerchant akan berubah

GrabMerchant diwujudkan bukan sekadar untuk perkhidmatan penghantaran semata-mata,  aplikasi ini juga bertujuan untuk membantu anda mengembangkan lagi perniagaan anda. Kami telah memperkenalkan kaedah log masuk yang baru dan lebih baik ke aplikasi GrabMerchant. Antara perubahan baru ialah:

  • Pengenalan log masuk nama pengguna / kata laluan untuk peranan pengguna yang berbeza dalam perniagaan anda
  • Akses yang lebih baik ke perkhidmatan kami untuk pemilik perniagaan dan pengurus.

Pengenalan Log masuk Nama Pengguna dan Kata Laluan

Aplikasi GrabMerchant tidak akan lagi menggunakan kaedah log masuk melalui Gmail; dikongsi dengan pekerja anda. Kini, anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza untuk setiap peranan yang berbeza dalam perniagaan seperti:

1. Peranan Pemilik Perniagaan

2.Peranan Pengurus

3.Peranan juruwang

Aplikasi GrabMerchant tidak akan lagi menggunakan kaedah log masuk melalui Gmail bermula 18th November 2020. Anda tidak akan dapat mengakses Aplikasi GrabMerchant anda dan menerima pesanan sekiranya anda tidak log masuk dengan nama pengguna baru anda.

Peranan ini akan memberi anda akses kepada pelbagai ciri dalam Aplikasi GrabMerchant. Semua peranan akan dapat log masuk ke aplikasi GrabMerchant secara serentak; menggunakan peranti Android yang berbeza.

[PENTING] Tindakan yang perlu diambil:

Anda dan kakitangan perlu mengikuti arahan dalam e-mel dari Grab ini untuk memastikan semua yang mempunyai akses Gmail ke aplikasi GrabMerchant dapat log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan baru secepat mungkin untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.

E-mel ini akan dihantar kepada: –

  • E-mel Pemilik (wakil sah) untuk Peranan Pemilik Perniagaan
    * Catatan: Peranan pemilik perniagaan akan dibuat untuk pedagang dengan kedai tunggal sahaja. Peranan pemilik perniagaan untuk pedagang dengan banyak cawangan akan dibuat dalam beberapa bulan mendatang, untuk pengalaman yang lebih baik
  • E-mel Store / Outlet untuk peranan Pengurus Stor dan / atau Juruwang

Ikuti arahan dalam e-mel untuk log masuk dengan nama pengguna baru dan kata laluan sementara untuk setiap peranan pengguna. Anda akan diminta untuk menetapkan semula kata laluan semasa log masuk kali pertama.

Sekiranya anda tidak log masuk dengan kata laluan sementara dalam tempoh 3 hari, sila ke Aplikasi GrabMerchant, klik “Lupa Kata Laluan” dan masukkan nama pengguna anda untuk mendapatkan kata laluan sementara yang baru.

PROSES PEMULIHAN KATA LALUAN

Kami faham anda mungkin menghadapi masalah untuk log masuk dan menerima kata laluan sementara anda, kami sedia membantu. Sekiranya anda dan kakitangan anda lupa nama pengguna dan kata laluan baru anda, atau anda terlepas tarikh akhir 3 hari untuk log masuk dengan kata laluan sementara anda, sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan yang baru;

  • Sila klik lupa kata laluan dan masukkan NAMA PENGGUNA anda (BUKAN alamat e-mel anda). Jangan masukkan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit anda. Kata laluan sementara baru akan dihantar ke alamat e-mel yang berkaitan dengan nama pengguna anda.

BAGAIMANA UNTUK KENALPASTI NAMA PENGGUNA SAYA?

Nama pengguna anda boleh diambil dari e-mel yang bertajuk “Welcome to GrabMerchant” seperti yang tertera di bawah.

Sekiranya anda telah klik “Lupa Kata Laluan” dan masih belum menerima kata laluan baru atau anda menghadapi masalah untuk log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan baru, sila kunjungi halaman Pusat Bantuan kami di pautan di bawah untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

Kami harap anda akan mengambil tindak balas segera. Kerjasama dan pemahaman anda amatlah kami hargai.