Kami memulakan sesi komuniti peniaga dan webinar untuk memudahkan kami berhubung, berkongsi panduan dan memberi informasi tentang ciri-ciri kami yang terbaru kepada anda. Disamping itu, anda juga berpeluang untuk berhubung dengan rakan niaga yang lain.
Pada September 2020, webinar yang pertama telah dijalankan di mana kami menyentuh tentang cara-cara untuk berkembang di dalam norma baharu. Ketahui lebih lanjut tentang sesi tersebut di sini.
Kami sentiasa bersedia membantu agar anda dapat perolehi pengalaman yang terbaik sebagai peniaga Grab, tidak kira jika anda masih baru atau pun sudah lama bersama kami. Nantikan sesi seterusnya dalam tahun baru ini!