Lebih banyak ganjaran menanti penebusan tawaran pada Raya kali ini

Terdapat pelbagai hadiah untuk dimenangi!

Pada Hari Raya kali ini, menebus tawaran akan memberikan anda lebih banyak lagi ganjaran dengan Pemberian Raya GrabBenefits!

Dari 10 Mei – 20 Jun, tebus tawaran terpilih di bahagian GrabBenefits dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik!


Pemberian Raya GrabBenefits

Setiap rakan-pemandu/rakan-penghantar ke-10 (cth: ke-10, ke-20, ke-30 dll) yang menyimpan dan menebus tawaran daripada rakan-niaga terpilih pada tarikh tertentu akan berpeluang memenangi hadiah istimewa! Tekan tab di bawah untuk info lanjut.

Dari 7 Jun – 20 Jun, dapatkan 1L Pembasmi Kuman Serbaguna Domesto percuma (bernilai RM32.90) daripada Kakkak dengan mengikuti langkah berikut:

Cara untuk dapatkannya 👇:

Langkah 1: Simpan tawaran daripada Kakkak.
Langkah 2: Tebus tawaran dan beli produk Kakkak daripada laman web.
Langkah 3: Setiap penebusan ke-10 (cth: ke-10, ke-20, ke-30 dll) akan disenarai pendek!
Langkah 4: Peserta yang disenarai pendek perlu menjawab satu soalan mudah di dalam borang. Mereka yang menjawab dengan betul akan dipilih sebagai pemenang!

Kami akan memberikan 100 botol pembasmi kuman, jadi tebuslah mulai 7 Jun!

💡 Penting:
• Setiap penebus ke-10 akan disenarai pendek dan peserta perlu mengisi borang sebelum dipilih sebagai pemenang.
• Jika anda disenarai pendek, anda akan menerima borang melalui mesej dalam aplikasi pada 15 Jun atau 21 Jun 2021.
• Disebabkan situasi terkini, penghantaran pembasmi kuman mungkin akan mengalami kelewatan.
• Tertakluk kepada terma dan syarat.

 


[PENGUMUMAN]
Sila harap maklum bahawa peserta yang disenarai pendek hanya akan menerima mesej dalam-aplikasi untuk menjawab satu soalan mudah di dalam borang pada 8 Jun 2021.


Dari 10 Mei – 23 Mei, rebut peluang memenangi 5,000 mata BonusLink* (bernilai RM50) daripada Shell dengan mengikuti langkah berikut:

Cara untuk menang 👇:

Langkah 1: Jika anda belum lagi, opt in bagi Program Grab Fuel Bonus Shell untuk layak.
Langkah 2: Kunjungi mana-mana stesen minyak Shell.
Langkah 3: Isi minyak atau belanja minima RM30. Jangan lupa untuk leret kad BonusLink!
Langkah 4: Setiap transaksi ke-10 (cth: ke-10, ke-20, ke-30, dll) akan disenarai pendek!
Langkah 5: Peserta yang disenarai pendek perlu menjawab satu soalan mudah di dalam borang pada 8 Jun 2021. Mereka yang menjawab dengan betul akan dipilih sebagai pemenang!

Kami akan memilih 300 pemenang, jadi kunjungi stesen Shell mulai 10 Mei!

💡 Penting:
Jika anda belum lagi melakukannya, opt in bagi Program Grab Fuel Bonus Shell sekarang untuk menerima 1,000 mata BonusLink percuma setelah anda berjaya mendaftar.
• Untuk layak bagi 5,000 mata BonusLink dalam Pemberian Raya GrabBenefits ini, anda perlu memenuhi syarat yang dinyatakan di atas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
• Tertakluk kepada terma dan syarat.


Dari 24 Mei – 6 Jun, rebut peluang memenangi hadiah berikut daripada Castrol:

Rakan-pemandu: Baucar pakej servis Castrol
Rakan-penghantar: Pengecas motosikal USB Castro

Cara untuk menang 👇:

Langkah 1: Simpan tawaran ini:


Langkah 2: Tebus tawaran yang disimpan di bengkel Castrol terpilih.
Langkah 3: Setiap penebusan ke-10 (cth: ke-10, ke-20, ke-30 dll) akan disenarai pendek!
Langkah 4: Peserta yang disenarai pendek perlu menjawab satu soalan mudah di dalam borang. Mereka yang menjawab dengan betul akan dipilih sebagai pemenang!

Kami akan memilih 30 pemenang, jadi tebus pakej servis Castrol hari ini.

💡 Penting:
• Setiap penebus ke-10 akan disenarai pendek dan peserta perlu mengisi borang sebelum dipilih sebagai pemenang.
• Jika anda disenarai pendek, anda akan menerima borang melalui mesej dalam aplikasi pada 8 Jun 2021.
• Tertakluk kepada terma dan syarat.

 


🎉 Inginkan lebih banyak ganjaran? Jangan risau, kami ada jawapannya!

Bukan itu sahaja – di samping hadiah daripada rakan-niaga terpilih, setiap rakan-pemandu/rakan-penghantar ke-10 juga berpeluang memenangi RM50 Baucar Petrol dengan menyimpan dan menebus tawaran berikut dari 10 Mei – 20 Jun.

Terdapat 13,000 baucar untuk dimenangi jadi jangan ketinggalan!

💡 Penting:
• Setiap penebus ke-10 akan disenarai pendek dan peserta perlu mengisi borang sebelum dipilih sebagai pemenang. Jika anda disenarai pendek, anda akan menerima borang melalui mesej dalam aplikasi.
• Senarai penuh pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.
• Tertakluk kepada terma dan syarat.


  1. Peraduan ini akan berlangsung dari 10 Mei 2021 hingga 20 Jun 2021 (“Tempoh Peraduan”).
  2. Peraduan ini dibuka kepada semua rakan-pemandu dan rakan-penghantar, tertakluk kepada syarat peringkat dan stok tawaran di bandar terpilih.
  3. Bahagian 1: Rakan-niaga Terpilih
    • Peraduan ini terdiri daripada 3 pusingan dengan rakan-niaga terpilih yang berbeza setiap 2 minggu:
      Pusingan Rakan-niaga Tempoh Masa Durasi
      Pusingan 1 Shell 10 Mei – 23 Mei 2 minggu
      Pusingan 2 Castrol 24 Mei – 6 Jun 2 minggu
      Pusingan 3 Kakkak 7 Jun – 20 Jun 2 minggu
    • Peserta perlu menyimpan dan menebus tawaran kempen daripada rakan-niaga terpilih dan ikuti langkah yang ditentukan dalam tempoh masa 2 minggu bagi setiap pusingan untuk berpeluang memenangi hadiah daripada rakan-niaga terpilih. Stok hadiah adalah terhad bagi setiap pusingan.
    • Peserta yang memenuhi syarat perlu menjawab satu soalan yang akan dihantar melalui aplikasi pemandu Grab. Peserta perlu menjawab soalan dengan betul sebelum tarikh akhir untuk memenangi hadiah.
  4. Bahagian 2: Rakan-niaga biasa
    • Sepanjang tempoh peraduan, setiap peserta ke-10 yang menyimpan dan menebus tawaran daripada rakan-niaga biasa juga boleh memenangi hadiah baucar petrol. Stok adalah terhad.
      Rakan-niaga Biasa Tempoh Peraduan
      Shell Tempoh peraduan, kecuali 10 Mei – 23 Mei
      Castrol Tempoh peraduan, kecuali 24 Mei – 6 Jun
      Kakkak Tempoh peraduan, kecuali 7 Jun – 20 Jun
      Liqui Moly Tempoh peraduan
      Trapo Tempoh peraduan
      Lazada Tempoh peraduan
    • Di akhir tempoh peraduan, peserta yang memenuhi syarat perlu menjawab satu soalan yang akan dihantar kepada mereka melalui aplikasi pemandu Grab. Peserta perlu menjawab soalan dengan betul sebelum tarikh akhir untuk memenangi hadiah.
  5. Peserta hanya boleh menang satu (1) hadiah sepanjang tempoh peraduan.
  6. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta membenarkan Grab dan Syarikat-Syarikat berkaitan untuk menggunakan penyertaan tersebut, secara sebahagian atau keseluruhan, dan nama pemenang untuk aktiviti pemasaran Grab melalui mana-mana saluran. Dengan menghantar penyertaan, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami perkara-perkara di atas dan bersetuju untuk penggunaan maklumat peribadi anda dan penyertaan berdasarkan penerangan di atas dan mengikut Polisi Data Peribadi Grab.
  7. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik, dikumpul, atau ditukar kepada wang tunai atau produk yang lain, dan mestilah dituntut dalam tempoh masa yang akan dimaklumkan oleh Grab. Grab mempunyai hak mutlak untuk menukar hadiah dengan hadiah lain dengan nilai yang sama, di dalam situasi-situasi seperti ketiadaan hadiah asal, pelanggaran undang-undang ataupun sebarang masalah teknikal.
  8. Pemenang akan dimaklumkan melalui mesej dalam aplikasi atau panggilan telefon, bergantung kepada budi bicara Syarikat.
  9. Grab berhak untuk menukar terma dan syarat pada bila-bila masa. Pertandingan boleh ditunda atau dibatalkan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  10. Pertandingan ini tidak bergantung dan berkait dengan sebarang tawaran, manfaat atau persetujuan di antara Grab dan Rakan-Pemandu / Rakan-Penghantar.
  11. Grab mempunyai hak mutlak untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak mematuhi terma-terma di atas.
  12. Hadiah akan diberikan selepas Grab melakukan pemeriksaan yang patut, termasuklah pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang penipuan dilakukan oleh peserta.
  13. Keputusan Grab adalah muktamad dan konklusif. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Grab tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan dari anda atau pihak ketiga atau sebarang kerugian, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, punitif, tidak langsung, istimewa, tidak sengaja, atau kerosakan berkait atau untuk sebarang kerosakan atau tuntutan dalam apa jua bentuk sekalipun, termasuk yang langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berkait atau sebarang kerosakan yang disebabkan atau berkaitan dengan Cabaran ini.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.