Komitmen kami untuk menambahbaik pengalaman rakan-pemandu

Click here for the English version

Grab telah berkembang dengan pesat dalam 5 tahun yang lalu. Perkhidmatan kami kini digunakan oleh 1 dalam 10 rakyat Malaysia setiap bulan, hampir 95% daripada trip ini mendapat rating 5 bintang. Tanpa anda, rakan-pemandu yang kami hargai, kami tidak mungkin berada pada tahap ini sekarang.

Seperti mana yang anda sudah sedia maklum, terdapat beberapa perubahan terhadap industri serta peraturan e-hailing. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan memberi sokongan sepenuhnya dan juga panduan untuk sebarang perubahan bagi menjamin peralihan yang lancar untuk anda.

Kebanyakan perubahan yang kami perkenalkan adalah hasil permintaan anda, sementara perubahan lain adalah penting untuk melindungi komuniti rakan-pemandu.

Mulai 6 Ogos 2018 

Mulai minggu hadapan, kami akan memperkenalkan DUA perubahan penting. Tekan tajuk di bawah untuk keterangan lanjut.

Komisen 20% untuk semua trip Auto Accept (AA)

Pada masa ini, rakan-pemandu yang menggunakan AA melengkapkan 15% lebih trip berbanding dengan rakan-pemandu lain. Untuk membantu meningkatkan pendapatan anda, kesemua trip Auto Accept (AA) kini akan hanya dicaj komisen 20%.

Sila rujuk Soalan Lazim #3


Pengutamaan Peruntukan

Sekiranya seorang rakan-pemandu mengabaikan tempahan, rakan-pemandu lain terpaksa memandu lebih jauh untuk menjemput penumpang tersebut. Dengan AA, pemandu akan sentiasa dijamin tempahan yang paling dekat dengan lokasi mereka. Untuk menggalakkan trip AA, rakan-pemandu yang menggunakan AA akan diberikan keutamaan dalam penerimaan tempahan.

Sila rujuk Soalan Lazim #1

Lebih pilihan untuk pembatalan

Kami menghormati hak rakan-pemandu untuk membatalkan trip, terutamanya dalam situasi yang memerlukannya seperti ‘Penumpang Tidak Muncul’. Untuk lebih adil kepada anda, kami akan menambah senarai pilihan untuk rakan-pemandu membatalkan trip tanpa menjejaskan Cancellation Rate (CR) anda.

Sila rujuk Soalan Lazim #6


Perlindungan Pendapatan

Terdapat banyak kes di mana pendapatan rakan-pemandu terjejas. Dalam kes seperti ini, kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan pampasan yang setimpal. Berikut adalah komitmen kami:

  • [DIGANTI dengan Bonus Time Booster, 19 Nov 2018] Bonus Tempahan Jarak Jauh (Far Pick-up) untuk trip AA: Jaminan minima RM1 untuk setiap 1 KM yang dipandu (termasuk trip dan jarak pick-up) untuk kesemua trip AA. Sila rujuk Soalan Lazim #4 dan #5
  • Penumpang mengotorkan kereta / kerosakan kecil pada kereta: Pembayaran ganti rugi caj pembersihan/ pembaikan dengan gambar dan resit yang sah. Sila rujuk Soalan lazim #7
  • Penumpang tidak membayar tambang dan/atau caj tol: Pampasan untuk tambang dan/atau caj tol. Sila rujuk Soalan Lazim #8

Keselamatan yang lebih baik

Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan kami, pada akhir tahun 2018, kami akan memperkenalkan dua ciri tambahan:

  • Butang SOS dalam aplikasi semasa dalam transit
  • Ciri Pengesahan Penumpang untuk membantu Grab dan rakan-pemandu mengenal pasti penumpang.

Pampasan untuk “Penumpang Tidak Muncul” dan Pembatalan Lewat oleh Penumpang

Kami faham bahawa pembatalan yang dibuat oleh penumpang pada saat akhir amat menyusahkan rakan-pemandu. Oleh itu, kami menjamin untuk memberikan pampasan tidak lama lagi, sekiranya hal ini berlaku. Sila nantikan maklumat selanjutnya pada masa akan datang.

Soalan Lazim

Apabila seorang rakan-pemandu mengabaikan tempahan, rakan-pemandu yang lain terpaksa memandu lebih jauh untuk menjemput penumpang yang sama. Walau bagaimanapun, kerana jarak pick-up yang jauh, rakan-pemandu berhadapan dengan risiko pembatalan daripada penumpang walaupun sudah dalam perjalanan untuk menjemput penumpang tersebut.

Dengan AA, rakan-pemandu akan sentiasa diberi jaminan untuk mendapatkan tempahan yang terdekat dengan mereka, yang akan melindung masa dan pendapatan mereka.

Secara ringkasnya, anda akan dapat menikmati manfaat berikut dengan Auto Accept:

  • Pengutamaan Peruntukan
  • Bonus Jarak Jauh (Far pick-up)
  • Kadar komisen lebih rendah (20%)
  • Insentif

Kami mendengar maklum balas anda, jadi nantikan lebih penambahbaikan untuk ciri AA pada akhir tahun ini:

  • Mudah – tidak perlu menekan skrin untuk tempahan
  • Lancar – tidak perlu bertukar-tukar skrin
  • Dekat – jarak pick-up yang lebih baik untuk tempahan AA

Butang AA boleh didapati di bahagian Semua Tetapan di dalam laman profil pemandu. Jika anda perlu mematikannya dengan segera, sila matikan butang ‘unavailable for jobs’ anda anda dan anda tidak akan menerima sebarang tempahan sehingga anda mengaktifkan butang ‘availability’.

Tekan di sini untuk menonton video tentang cara untuk mengaktifkan AA.

Selari dengan peraturan e-hailing yang diperkenalkan baru-baru ini, kami akan mengurangkan kadar komisen rakan-pemandu!

Jika kadar komisen anda adalah 25%, anda akan dicaj 20% komisen untuk semua trip AA.

Jika kadar komisen anda adalah 20%, komisen anda akan kekal pada 20% untuk semua trip termasuk trip AA.

Contoh:

John melengkapkan trip 9.5KM dengan jarak pick-up 3KM = jumlah jarak pemanduan adalah 12.5KM. Jumlah tambang adalah RM11.

Jadi tambang untuk setiap jumlah jarak pemanduan adalah RM0.88 (RM11/12.5KM)

*Jarak trip dan pick up akan dikira berdasarkan sistem peta Grab.

Contoh di mana bonus ini akan dipaparkan di Riwayat & Kenyataan Pemandu:

*Bonus ini akan dibayar bersama-sama dengan tambang ke cash wallet selepas trip dilengkapkan.

Bonus Jarak Jauh (Far pick-up) adalah untuk semua trip AA yang lengkap sahaja.

Bonus Jarak Jauh (Far pick-up) dibuka pada sepanjang masa.

Selain ‘Penumpang Tidak Muncul’, anda kini boleh memilih daripada pilihan di bawah:

  • Terlalu ramai penumpang atau bagasi
  • Tidak boleh menjemput di lokasi

Tekan di sini untuk maklumat lanjut.

Sebarang kerosakan kecil yang dikenakan ke atas kereta anda boleh dituntut sehingga RM150. Bukti (dalam bentuk gambar) perlu diserahkan dengan laporan anda untuk membuat sebarang tuntutan.

Senarai kerosakan kecil termasuk:

  • Muntah
  • Tumpahan makanan atau minuman
  • Lekukan atau calar (dalam atau luar kereta)
  • Tempat duduk yang dikotorkan oleh penumpang

*Sila ambil perhatian, pampasan ini tertakluk kepada semakan kami kerana setiap situasi  adalah berbeza antara satu sama lain.

** Semua tuntutan mesti dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian.

Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan dalam aplikasi pemandu Grab:

  1. Tekan ‘Bantuan’ dalam aplikasi anda
  2. Tekan ‘Pusat Bantuan’
  3. Tekan ‘Report a past trip issue’
  4. Tekan ‘Feedback about my passenger’
  5. Tekan ‘My passenger made a mess or damaged my car’
  6. Pilih trip yang berkaitan

Tekan di sini untuk membuat tuntuan menggunakan laman web.

Apabila penumpang anda tidak membayar tambang dan/atau caj tol, anda perlu melaporkan ID tempahan kepada kami dengan segera.

*Sila ambil perhatian, pampasan ini tertakluk kepada semakan kami kerana setiap situasi akan berbeza antara satu sama lain.

** Semua tuntutan mesti dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan di dalam aplikasi pemandu Grab:

  1. Tekan ‘Bantuan’ di dalam aplikasi anda
  2. Tekan ‘Pusat Bantuan’
  3. Tekan ‘Report a past trip issue’
  4. Tekan ‘Payment or Trip Issue’
  5. Tekan ‘My passenger didn’t pay’
  6. Pilih trip di mana penumpang tidak membuat bayaran

Tekan di sini untuk membuat tuntutan menggunakan laman web.