Ke arah pemanduan waktu sibuk yang lebih berbaloi

Memperkenalkan penambahbaikan agar anda boleh menjana lebih banyak lagi pendapatan pada waktu sibuk

Click here for the English version

Kami tahu memandu pada waktu sibuk adalah sesuatu yang memenatkan, terutamanya di kawasan yang sesak. Kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan masa pick-up dan perjalanan menjadi lebih lama, dan penumpang lebih cenderung untuk membatalkan tempahan. Oleh sebab itu, walaupun rakan-pemandu mengutip tambang yang tinggi pada waktu ini, rakan-pemandu tidak semestinya akan mendapat pendapatan yang tinggi.

Mulai 12PM (petang), 26 November 2018

Untuk membantu anda menjana lebih banyak lagi pendapatan pada masa sibuk, Grab akan memperkenalkan DUA perubahan penting di Klang Valley. Perubahan ini akan diambil kira pada jam-jam lain untuk perjalanan yang lebih baik secara keseluruhan.

Tekan pada tajuk di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Tambang yang dikira terlebih dahulu kini akan dikira berdasarkan jarak anggaran sistem dan anggaran masa trip, berdasarkan keadaan trafik pada sebelum ini.

TUJUAN

Sebelum ini, trip 10KM yang mengambil masa 20 minit untuk dilengkapkan akan memberikan jumlah tambang yang sama dengan trip 10KM yang mengambil masa 40 minit untuk dilengkapkan. Dengan perubahan ini, rakan-pemandu yang memandu semasa waktu sibuk akan menjana lebih banyak pendapatan untuk masa memandu.

BAGAIMANA CARA TAMBANG SETIAP MINIT BERFUNGSI?

Struktur tambang baharu untuk JustGrab GrabTaxi di Lembah Klang adalah seperti berikut:

Tambang purata masih tidak berubah. Untuk kebanyakan trip, anda mungkin akan mendapati bahawa jumlah tambang adalah masih sama. Terdapat juga peningkatan/penurunan yang kecil kepada tambang. Namun, untuk jenis-jenis trip berikut, anda akan dapat melihat perubahan ketara pada tambang:

  1. Tambang waktu sibuk di kawasan sibuk yang lebih tinggi sebagai pampasan masa memandu yang lebih lama.
  2. Tambang lebih rendah untuk trip yang mudah dilengkapkan. Trip-trip ini adalah selalunya trip jarak jauh di lebuh raya. Namun, pendapatan setiap minit anda untuk trip-trip ini masih lagi lebih tinggi daripada trip jarak dekat.

Tambang yang dikira terlebih dahulu akan kekal sama walaupun keadaan trafik adalah lebih baik ataupun lebih sesak daripada selalu. Walaupun ini tidak sempurna, kami percaya hal ini adalah satu pengemaskinian yang baik jika dibandingkan dengan cara pengiraan sekarang. Grab akan membuat penambahbaikan secara berterusan untuk memperbaiki hal ini untuk menambah baik pengalaman memandu anda dengan kami.

Kami faham bahawa situasi di mana penumpang tidak muncul atau membatal di saat akhir adalah sesuatu yang sangat merugikan. Untuk hal ini, kami telah menerima maklum balas anda dan akan mula memberikan pampasan untuk melindungi anda daripada pengalaman negatif ini.

BAGAIMANA CARA PAMPASAN PEMBATALAN BERFUNGSI?

Anda akan menerima pampasan RM3 untuk GrabTaxi dan pampasan RM4 untuk GrabTaxi (6 Seater) apabila sistem kami mendapati anda sudah berada dalam perjalanan ke lokasi pick up atau sudah sampai lokasi pick up, dan mana-mana situasi berikut berlaku:

  1. Penumpang Tidak Muncul” apabila anda tiba di lokasi pick-up (selepas anda menunggu melebihi tempoh masa yang ditetapkan) ATAU
  2. Pembatalan tempahan lambat oleh penumpang (selepas 5 minit daripada masa tempahan di buat)

Jumlah pampasan adalah seperti berikut dan ini akan dibayar ke dalam dompet tunai anda setiap kali tempahan dibatal. Pastikan anda tidak mengutipnya daripada penumpang.

Nota penting: 

  1. Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).
  2. Tempahan back-to-back tidak layak untuk menerima pampasan pembatalan tempahan lambat oleh penumpang.
  3. Pampasan akan diberikan kepada SEMUA rakan-pemandu.
  4. Kami tidak akan memberi pampasan kepada rakan-pemandu yang tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memandu ke lokasi pick-up. Tindakan yang tegas akan diambil kepada mana-mana rakan-pemandu yang mencuba untuk menyalah guna ciri pampasan ini agar kami boleh terus menyediakan ciri pampasan ini kepada komuniti rakan-pemandu yang jujur.
  5. Pada masa yang sama, pampasan pembatalan akan dimatikan kepada mana-mana rakan-pemandu yang didapati menyalah guna sebab pembatalan (contohnya untuk mengelak CR dijejaskan) ataupun sering membuatkan penumpang membatal.

 

Sila beritahu kami jika anda layak untuk pampasan tetapi tidak menerima pampasan selepas menyemak Riwayat anda dan Penyata Pembayaran mingguan.

Tekan sini untuk melapor melalui Help Centre.