Ke arah pemanduan waktu sibuk yang lebih berbaloi

Memperkenalkan penambahbaikan agar anda boleh menjana lebih banyak lagi pendapatan pada waktu sibuk

Click here for the English version

Kami tahu memandu pada waktu sibuk adalah sesuatu yang memenatkan, terutamanya di kawasan yang sesak. Kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan masa pick-up dan perjalanan menjadi lebih lama, dan penumpang lebih cenderung untuk membatalkan tempahan. Oleh sebab itu, walaupun rakan-pemandu mengutip tambang yang tinggi pada waktu ini, rakan-pemandu tidak semestinya akan mendapat pendapatan yang tinggi.

Mulai 12PM (petang), 3 Disember 2018

Untuk membantu anda menjana lebih banyak lagi pendapatan pada masa sibuk, Grab akan memperkenalkan DUA perubahan penting di Johor Bahru. Perubahan ini akan diambil kira pada jam-jam lain untuk perjalanan yang lebih baik secara keseluruhan.

Tekan pada tajuk di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Kami akan memperkenalkan insentif baharu iaitu Time Booster kepada semua rakan-pemandu di Johor Bahru. Insentif ini akan menggantikan Bonus Pick-up Jarak Jauh setiap KM, insentif Hourly Guarantee (HG), dan insentif Flexi.

TUJUAN

1. Pampasan yang lebih adil kepada masa dan usaha anda memandu

Insentif HG yang sedia ada tidak memberikan bayaran yang sewajarnya kepada semua rakan-pemandu untuk masa dan usaha yang anda luangkan memandu. Sebagai contoh, untuk Hourly Guarantee RM32, kedua-dua rakan-pemandu yang mendapat tambang RM25 (trip 20KM) dan rakan-pemandu yang mendapat tambang RM5 (trip 2KM) akan memperolehi insentif sebanyak RM32. Dengan Time Booster, pendapatan rakan-pemandu pada waktu sibuk yang terjejas disebabkan trafik dan pick-up jauh akan digantikan dengan bonus yang lebih tinggi.

2. Pembayaran serta merta ke dalam dompet tunai

Tidak perlu lagi menunggu sehingga hari atau minggu berakhir untuk menerima bayaran anda! Anda kini akan dapat melihat jumlah Time Booster untuk setiap tempahan (jika ada) di dalam job card dan skrin dalam transit anda. Pembayaran akan dibuat secara serta merta setelah tempahan dilengkapkan bersama tambang anda.

BAGAIMANA CARA TIME BOOSTER BERFUNGSI?

Time Booster memastikan anda memperolehi pendapatan bersih minima untuk setiap minit anda pandu (anggaran minit pick-up + anggaran minit trip) untuk setiap trip yang dilengkapkan.

Setiap jam mempunyai peringkat Time booster tersendiri – sebagai contoh RM0.50 setiap minit. Jika sistem kami menganggarkan trip anda mengambil masa yang lebih lama kerana trafik di mana hal ini akan menyebabkan pendapatan anda untuk setiap minit yang anda pandu jatuh di bawah peringkat Time Booster, anda akan menerima bonus untuk menambah pendapatan bersih anda sehingga RM0.50 untuk setiap minit. Anda boleh mendapat pendapatan minima setiap minit paling tinggi pada masa sibuk.

Berikut adalah ilustrasi yang menunjukkan contoh bagaimana insentif ini dikira:

Sebelum ini, rakan-pemandu akan memperolehi RM16 tambang bersih tanpa mengira jumlah masa memandu

Dengan Time Booster, rakan-pemandu akan menerima bonus untuk menambah pendapatan bersih sehingga jumlah RM0.50 yang dijamin untuk setiap minit.

Di dalam situasi di mana anda mempunyai pick-up yang jauh, rakan-pemandu akan menerima bonus yang lebih tinggi untuk memberikan pampasan bagi masa memandu yang lebih panjang. Untuk maklumat lanjut tentang cara pembayaran dikira, sila rujuk Soalan Lazim #2.

BAGAIMANA IA DIPAPARKAN

Sila rujuk job card atau skrin dalam transit untuk jumlah keseluruhan pembayaran untuk setiap trip. Jumlah yang dipaparkan telah dikira terlebih dahulu berdasarkan anggaran masa pick-up dan masa trip oleh sistem. Hal ini tidak tertakluk kepada sebarang perubahan sepanjang trip. Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk memantau Time Booster anda, sila rujuk Soalan Lazim #3.

Peringkat Time Booster berbeza mengikut masa dalam hari tersebut dan jenis perkhidmatan. Anda akan menerima jadual Time Booster untuk minggu berikutnya pada setiap hari Ahad.

Peringkat Time Booster pada minggu berikutnya untuk JustGrab dan GrabCar di Johor Bahru adalah seperti berikut:

Pengemaskinian: Mulai 31 Julai 2019, semua tempahan akan diterima secara Auto Accept. Oleh itu, semua rakan-pemandu layak mendapatkan insentif Time Booster.

*Untuk memastikan rakan-pemandu diberi pampasan yang sewajarnya semasa waktu sibuk, hanya jumlah insentif yang melebihi atau bersamaan dengan RM1 akan dibayar untuk setiap trip yang layak

Time Booster yang diberikan kepada GrabCar Plus dan 6-Seater adalah lebih tinggi daripada GC/JG. Untuk mengetahui jumlah Time Booster pada minggu berikutnya untuk jenis perkhidmatan ini, sila rujuk Soalan Lazim #9

Nota penting: 

  1. Pembayaran yang ditunjukkan di dalam job card atau skrin dalam transit adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan yang disebabkan oleh keadaan trafik.
  2. Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).
  3. Ciri ini hanya tertakluk kepada GrabCar, GrabCar (6-Seater), JustGrab GrabCar, GrabCar Plus.

Kami faham bahawa situasi di mana penumpang tidak muncul atau membatal di saat akhir adalah sesuatu yang sangat merugikan. Untuk hal ini, kami telah menerima maklum balas anda dan akan mula memberikan pampasan untuk melindungi anda daripada pengalaman negatif ini.

BAGAIMANA CARA PAMPASAN PEMBATALAN BERFUNGSI?

Anda akan menerima pampasan apabila sistem kami mendapati anda sudah berada dalam perjalanan ke lokasi pick up atau sudah sampai lokasi pick up, dan mana-mana situasi berikut berlaku:

  1. “Penumpang Tidak Muncul” apabila anda tiba di lokasi pick-up (selepas anda menunggu melebihi tempoh masa yang ditetapkan) ATAU
  2. Pembatalan tempahan lambat oleh penumpang (selepas 5 minit daripada masa tempahan di buat)

Jumlah pampasan adalah seperti berikut dan ini akan dibayar ke dalam dompet tunai anda setiap kali tempahan dibatal. Pastikan anda tidak mengutipnya daripada penumpang.

Nota penting: 

  1. Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).
  2. Tempahan back-to-back tidak layak untuk menerima pampasan pembatalan tempahan lambat oleh penumpang.
  3. Pampasan akan diberikan kepada SEMUA rakan-pemandu.
  4. Kami tidak akan memberi pampasan kepada rakan-pemandu yang tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memandu ke lokasi pick-up. Tindakan yang tegas akan diambil kepada mana-mana rakan-pemandu yang mencuba untuk menyalah guna ciri pampasan ini agar kami boleh terus menyediakan ciri pampasan ini kepada komuniti rakan-pemandu yang jujur.
  5. Pada masa yang sama, pampasan pembatalan akan dimatikan kepada mana-mana rakan-pemandu yang didapati menyalah guna sebab pembatalan (contohnya untuk mengelak CR dijejaskan) ataupun sering membuatkan penumpang membatal.


Rakan-pemandu HG, Flexi dan rakan-pemandu baru akan dimasukkan secara automatik ke dalam kumpulan insentif di atas. Insentif Hourly Guarantee dan Flexi cashback akan dimansuhkan.

Bonus Time Booster =
(jaminan pendapatan minima setiap minit x jumlah anggaran masa memandu) – tambang bersih

Contoh


Sama seperti tambang setiap minit, Bonus Time Booster akan dikira terlebih dahulu berdasarkan masa memandu (jumlah minit pick-up + jumlah minit trip) seperti yang dianggarkan oleh sistem kami. Grab tidak akan mengenakan caj komisen kepada Bonus Time Booster.

Anda boleh melihat jumlah Bonus Time Booster untuk setiap tempahan pada job card dan di dalam skrin dalam transit (untuk trip AA).

Di dalam Riwayat dan Penyata Pembayaran, jumlah Bonus Time Booster akan dilabel sebagai “Bonus”. Bonus ini akan dibayar serta-merta bersama tambang anda ke dalam dompet tunai setelah tempahan dilengkapkan

Pengiraan Bonus Time Booster adalah berdasarkan sistem anggaran masa trip dan tambang bersih trip. Semakin tinggi tambang trip seminit, semakin rendah Bonus Time Booster kerana anda telah dapat pulangan yang setimpalnya untuk trip ini. Sekiranya tambang trip seminit adalah lebih tinggi daripada amaun booster, anda tidak akan menerima sebarang pembayaran booster.

Anggaran masa ini telah dikira terlebih dahulu, berdasarkan keadaan trafik pada sebelum ini. Oleh itu, anggaran masa ini mungkin berbeza dengan anggaran masa memandu anda yang terkini (berdasarkan Waze/Google). Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kesesakan trafik yang tidak dijangka atau pun penggunaan laluan berbeza daripada yang dicadangkan oleh aplikasi navigasi kami.

Walaupun tidak sempurna, kami percaya hal ini adalah satu pengemaskinian yang baik jika dibandingkan dengan cara sebelum ini. Dalam kami berusaha untuk menambahbaik sistem navigasi kami untuk mengambil kira keadaan trafik masa nyata dengan lebih baik lagi, hal ini akan membantu ketepatan Bonus Time Booster buat masa ini.

Jika anda tidak menerima bayaran Bonus Time Booster untuk beberapa tempahan anda, itu kerana tempahan tersebut tidak layak untuknya. Tambang tempahan tersebut mempunyai tambang setiap minit yang lebih tinggi daripada jumlah booster (jaminan pendapatan bersih minima seminit).

Walau bagaimanapun, sila maklumkan kepada kami jika anda layak untuk Bonus Time Booster tetapi tidak diberikan selepas menyemak Riwayat anda dan Penyata Pembayaran mingguan.

Sila hantarkan pertanyaan anda melalui Help Centre di sini.

Ya, tetapi jumlah minima dijamin seminit dan jumlah pampasan akan mengikut bandar tersebut.

Jika kami mendapati anda tidak memandu ke lokasi pick-up, anda tidak akan diberikan pampasan. Walau bagaimanapun, sila beritahu kami jika anda layak untuk pampasan tetapi tidak menerima pampasan selepas menyemak Riwayat anda dan Penyata Pembayaran mingguan.

Tekan sini untuk melapor melalui Help Centre.