Ke arah peluang pendapatan yang lebih inklusif

Memperkenalkan inisiatif baru untuk platform Grab

Di Grab, misi kami adalah untuk menyediakan peluang pendapatan yang inklusif dan bersesuaian dengan keperluan anda. 

Seiring dengan misi ini, Grab akan melaksanakan beberapa inisiatif baru di Penang, Kota Kinabalu, Melaka, Kuching, dan Johor Bahru. Inisiatif yang kami perkenalkan ini adalah penting demi memperkasakan peluang penjanaan pendapatan semua.

*Kami ingin mengetahui maklum balas anda tentang inisiatif baru ini. Sila isi borang ini untuk kongsikan maklum balas anda.

Bagi menyediakan pendapatan yang lebih kompetitif, kami akan membuat beberapa pengemaskinian untuk Rakan-Penghantar GrabFood Bike di Penang, Johor Bahru, Melaka, Kuching & Kota Kinabalu.


Kami akan melakukan pengemaskinian berikut di Johor Bahru & Penang bagi Rakan-Penghantar GrabFood Perintis.


Dalam usaha untuk memberikan akses dan peluang pendapatan yang lebih inklusif, manfaat khas bagi Rakan-Penghantar GrabFood Perintis di bandar anda akan ditamatkan pada 6 September*.

Ini bermaksud anda akan diletakkan dalam kumpulan GrabFood Bike dan akan menerima insentif yang sama seperti kumpulan ini. Di samping itu, kami akan melaraskan tambang anda mengikut tambang GrabFood Bike yang lebih kompetitif.

Rumusan:

💡 Tip: Tiada perubahan kepada “Bonus Pick Up” Jarak Jauh.


Sebagai penghargaan untuk kerja keras anda selama ini, Rakan-Penghantar Perintis akan diberikan kelayakan automatik untuk Ciri Slot Pilihan hingga 26 September.

Dengan ciri ini, Rakan-Penghantar GrabFood Perintis masih boleh menikmati jumlah pendapatan sejam yang sama dan berpeluang untuk meraih lebih banyak lagi! Ini adalah kerana anda akan menikmati keutamaan peruntukan pesanan semasa slot yang dipilih! Penggunaan ciri ini adalah tidak wajib.

Untuk info lanjut, rujuk tab seterusnya.

Nota Penting:

  • Anda boleh digantung daripada Ciri Slot Pilihan jika kami mendapati sebarang tingkah laku yang mencurigakan
  • Tarikh penamatan GrabFood Perintis adalah tertakluk kepada situasi PKP bagi memastikan peralihan kepada struktur pendapatan yang lancar. Ia mungkin akan ditunda jika situasi memerlukannya.
  • Mulai 26 Julai, Ciri penerimaan Automatik (Auto Accept) akan diwajibkan untuk semua Rakan-Penghantar Perintis. Ini bermaksud anda tidak perlu lagi menekan butang ‘Terima’ apabila pesanan masuk – mudah & selamat!
  • Selain itu, jenis perkhidmatan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress akan diaktifkan sepanjang masa mulai 26 Julai untuk dalam usaha untuk mempelbagaikan peluang pendapatan anda. Jenis perkhidmatan GrabExpress hanya akan diaktifkan untuk Rakan-Penghantar yang mempunyai jenis perkhidmatan ini sahaja.

Kami akan melancarkan Ciri Slot Pilihan di bandar anda sebagai satu manfaat istimewa kepada Rakan-Penghantar sepenuh masa yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Penggunaan ciri ini adalah tidak wajib dan hanya akan dibuka kepada mereka yang telah memenuhi syarat sahaja.


Tujuan

Ciri Slot Pilihan ditawarkan untuk membantu Rakan-Penghantar yang bergantung kepada platform Grab sebagai sumber rezeki utama untuk menjana pendapatan yang lebih konsisten. Dengan ciri ini, Rakan-Penghantar ini akan berpeluang untuk meraih pendapatan mingguan yang lebih stabil kerana Rakan-Penghantar akan diberikan keutamaan untuk menerima pesanan.

Namun, penggunaan ciri ini adalah tidak wajib dan ia hanya ditawarkan sebagai satu alternatif kepada Rakan-Penghantar yang telah memenuhi syarat sahaja. Secara amnya, peluang pendapatan di platform kami masih lagi fleksibel. Mereka yang tidak menggunakan ciri ini masih boleh bergantung kepada platform Grab untuk mencari pendapatan, terutamanya pada masa-masa sibuk.

💡 Tip: Masa-masa sibuk adalah seperti masa makan (tengah hari & malam), hujung minggu dan musim cuti. Untuk ketahui masa sibuk, rujuk mesej insentif dalam aplikasi. Kami juga akan menghantar notifikasi permintaan tinggi dari semasa ke semasa apabila terdapatnya permintaan banyak, terutamanya semasa pemberian promo!


[Kemaskini 27 Sept] Syarat Kelayakan


Terma & syarat

  • Slot akan dibuka pada setiap hari Jumaat bermula 10PM. Mereka yang layak boleh menempah slot pada minggu berikutnya dengan mengunjungi bahagian Perancang Tempahan dalam aplikasi pemandu pada hari tersebut.
  • [Kemaskini 10 Sept] Tempahan dihadkan kepada 12 slot sahaja dalam satu masa. Rakan-penghantar yang sudah menempah jumlah maksimum ini hanya boleh menempah slot baru selepas anda melengkapkan slot anda yang sedia ada. Had slot mungkin akan ditambah pada masa akan datang, setelah kami mengumpul data dan maklumat penggunaan ciri ini.

Contoh:

  • Jumlah slot yang ditawarkan adalah terhad. Rakan-Penghantar akan dikira tidak layak untuk slot pada minggu-minggu seterusnya sekiranya anda tidak “online” atau berada di luar kawasan slot yang dipilih berulang kali.
  • Jika anda tidak dapat melakukan slot anda di atas sebab kecemasan/faktor cuaca (contoh: hujan lebat), anda boleh “offline” dan tidak meneruskan slot tersebut.
  • Tindakan hanya akan diambil sekiranya kami mendapati Rakan-Penghantar sengaja tidak meneruskan slot yang dipilih atau terdapat sebarang tingkah laku yang mencurigakan.
  • Semua Rakan-Penghantar baru akan layak untuk ciri ini secara automatik selama 2 minggu.
  • Slot hanya ditawarkan di kawasan tertentu di bandar anda sahaja.
  • Tiada perubahan kepada struktur tambang dan insentif anda dengan penggunaan Ciri Slot Pilihan.
  • Ciri Slot Pilihan ini tertakluk kepada Terma-Terma Perkhidmatan: Pengangkutan, Penghantaran dan Logistik.

Untuk mengetahui cara ia berfungsi, tekan butang di bawah.



Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.