Bagi membendung penyebaran virus Covid-19, perkhidmatan GrabBike akan dihentikan buat sementara waktu. Nantikan perkembangan terkini dari kami.

Selamat Datang Ke GrabBike (Beta)!

GrabBike (Beta) adalah perkhidmatan pengangkutan yang membantu para penumpang sampai ke destinasi mereka menggunakan motosikal. Mulai awal Januari hingga akhir bulan Jun 2020, jenis perkhidmatan GrabBike (Beta) akan ditawarkan di kawasan terpilih di Lembah Klang.

Program perintis ini akan terdiri daripada rakan-penunggang yang telah dipilih berdasarkan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.

Untuk rakan-penunggang yang terpilih dan telah melengkapkan latihan keselamatan wajib, berikut adalah perkara yang anda perlu ketahui tentang jenis perkhidmatan GrabBike (Beta):

Jenis Perkhidmatan

Untuk rakan-penunggang lelaki, anda akan melihat perkhidmatan berikut dalam tetapan jenis perkhidmatan anda:

  • GrabBike (KLCC)
  • GrabBike (Wangsa Maju)
  • GrabBike (KL Sentral)
  • GrabBike (Ampang)
  • GrabBike (Mont Kiara)
  • GrabBike (Bandar Tun Razak)
  • GrabBike (Jalan Klang Lama)
  • GrabBike (Sentul)
  • GrabBike (Kepong)
  • GrabBike (Damansara)
  • GrabBike (Petaling Jaya)

Untuk rakan-penunggang wanita, anda akan melihat perkhidmatan berikut dalam tetapan jenis perkhidmatan anda:

  • GrabBike (KLCC) for Female Passengers

Anda tidak boleh mematikan jenis perkhidmatan ini.


Masa / Kawasan Operasi

Perkhidmatan GrabBike (Beta) akan ditawarkan di kawasan KLCC, Wangsa Maju, Ampang, KL Sental, Mont Kiara, Bandar Tun Razak, Jalan Klang Lama, Sentul, dan Kepong. Grab akan memberikan makluman selanjutnya jika terdapat sebarang perubahan.

  • Masa Operasi GrabBike (Beta): setiap hari dari 6AM hingga 2AM
  • Tempahan tanpa tunai pada waktu malam: Untuk menjamin keselamatan anda, kesemua tempahan dari 9PM – 2AM adalah 100% tanpa tunai.

Insentif
Rakan-penunggang boleh menerima dua jenis insentif:

  • Bonus mingguan: Bonus RM25 untuk setiap 15 trip lengkap. Bonus akan dibayar ke dalam dompet tunai setiap Isnin malam. Hanya untuk bulan Januari.
  • Bonus Pick up Jarak Jauh: RM0.50 untuk setiap KM selepas 2KM
  • Kredit RM20: Untuk rakan-penunggang yang telah melengkapkan latihan keselamatan khas. Kredit ini akan digunakan untuk penolakan komisen apabila anda menerima tempahan.

Tambang penumpang dan komisen

Tambang penumpang

  • Tambang keseluruhan = Tambang trip + RM0.30 yuran platform
  • Contoh: Trip 3KM,
    • Tambang keseluruhan yang dikutip daripada penumpang: RM4
    • Tambang trip: RM3.70
    • Yuran platform: RM0.30
  • Tambang trip dikira berdasarkan:
    • Jarak trip daripada lokasi pick up ke lokasi drop off
    • Masa yang diambil untuk melengkapkan trip
  • Yuran platform RM0.30 akan dibayar oleh penumpang kepada Grab untuk menampung kos insuran kemalangan jalan raya, barangan keselamatan yang disediakan dan sebagainya.

20% Komisen

  • Tambang trip akan dikenakan komisen 20%
  • Tambang bersih setiap tempahan = Tambang – yuran platform – komisen
    • Contoh: Tambang keseluruhan yang dikutip oleh penumpang: RM4
    • Tambang trip: RM3.70
    • Komisen 20%: RM0.74

Penolakan Komisen

Cara komisen akan ditolak:  

  • Tempahan Tanpa Tunai: Komisen dan yuran platform akan ditolak daripada tambang
  • Untuk setiap tempahan, anda akan lihat 4 transaksi secara keseluruhan dalam dompet tunai dan kredit anda.
  • Contoh: Tambang tempahan RM4. Penolakan RM1.04 = Komisen RM0.74 + Yuran platform RM0.30
    • Langkah 1: Komisen dan yuran platform akan ditolak daripada dompet kredit
    • Langkah 2: Jumlah tambang akan dimasukkan ke dalam dompet tunai
    • Langkah 3: Komisen akan dipindahkan semula daripada dompet tunai (3a) ke dompet kredit (3b)

  • Tempahan Tunai: Komisen dan yuran platform akan ditolak daripada dompet tunai anda. Walau bagaimanapun, anda akan melihat tiga transaksi dalam dompet tunai dan dompet kredit anda.
  • Untuk setiap tempahan, anda akan dapat melihat 3 transaksi in dalam dompet kredit & tunai anda. Contoh: komisen RM1 untuk tambang tempahan RM5
    • Langkah 1: Komisen akan ditolak daripada dompet kredit. Penumpang akan membayar anda tambang RM5 tunai
    • Langkah 2: Komisen akan dipindahkan daripada dompet tunai (2a) ke dompet kredit (2b)
  • Pastikan anda mempunyai baki sekurang-kurangnya RM5 di dalam dompet tunai anda untuk terus mendapatkan tempahan tunai GrabBike

Rakan-penunggang GrabBike (Beta) boleh menggunakan ciri aplikasi yang sama seperti GrabFood. Di samping itu, terdapat juga ciri baru yang HANYA disediakan untuk perkhidmatan GrabBike (Beta) sahaja.

Rujuk di bawah untuk maklumat selanjutnya:

Ciri Sedia Ada
(sama seperti GrabFood)
Ciri Baru
  • Auto-Accept

    Rakan-penunggang boleh mengaktifkan / mematikan Auto Accept pada skrin Tetapan Tempahan

  • Tempahan Back2Back GrabBike (Beta)

    Untuk menambah pendapatan, rakan-penunggang boleh menerima tempahan GrabBike (Beta) seterusnya semasa sedang menghantar penumpang yang sedia ada.

  • GrabBenefits

    Rakan-penunggang mempunyai akses kepada GrabBenefits di bahagian “Lain-lain” seperti untuk GrabFood.

  • Maklum Balas Trip

    Setelah melengkapkan tempahan, rakan-penunggang boleh memberikan maklum balas anda.

  • Panggilan Percuma (VOIP)

    Rakan-penunggang boleh menghubungi penumpang menggunakan Internet / data. Jika sambungan Internet anda lemah, panggilan biasa akan disambungkan.

  • Pampasan Segera untuk pembatalan terpilih:
    • Penumpang Tidak Muncul
    • Penumpang Membuat Tempahan Perkhidmatan yang salah
    • Pembatalan lewat

 


[CIRI BARU] Pampasan segera untuk pembatalan terpilih


Kami faham bahawa pembatalan adalah sesuatu yang merugikan. Untuk melindungi anda, kami akan memberikan anda pampasan untuk situasi berikut:

  • Situasi 1 – Rakan-penunggang membatalkan tempahan di lokasi pick up kerana penumpang tidak muncul ATAU penumpang membuat tempahan perkhidmatan yang salah. Untuk situasi di mana penumpang tidak muncul, rakan-penunggang perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 minit di lokasi pick up. Kadar pembatalan anda tidak akan terjejas.

  • Situasi 2 – Pembatalan lewat (lebih daripada 5 minit daripada masa tempahan dilakukan)

Jumlah pampasan untuk semua situasi di atas adalah RM2 dan akan dibayar ke dompet tunai anda selepas ia berlaku. Anda diingatkan untuk TIDAK mengutipnya daripada penumpang.

Nota Penting:

  1. Tempahan Back2back tidak layak untuk pampasan pembatalan lewat
  2. Kami tidak akan memberikan pampasan kepada rakan-penunggang yang tidak menunggu di lokasi pick up. Kami juga akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba untuk menyalah guna pampasan ini agar kami boleh terus menyediakan ciri pampasan ini kepada komuniti rakan-penunggang lain yang jujur.
  3. Pada masa yang sama, pampasan pembatalan tidak akan diberikan kepada rakan-penunggang yang didapati menyalah guna sebab pembatalan (contoh: untuk mengelakkan daripada Kadar Pembatalan daripada terjejas) atau meminta penumpang untuk membatal.

Rakan-penunggang GrabBike (Beta) dikehendaki untuk mematuhi Tatakelakuan kami. Sekiranya rakan-penunggang didapati melanggar garis panduan ini, akaun rakan-penunggang boleh ditamatkan.

Anda juga perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Berikan penumpang topi keledar yang telah disediakan oleh Grab. Semua penumpang diwajibkan untuk memakai topi keledar apabila menempah perkhidmatan GrabBike (Beta).
  2. Kementerian Pengangkutan mewajibkan rakan-penunggang memakai pakaian seragam. Oleh sebab itu, anda diwajibkan memakai jaket Grab apabila menghantar penumpang. Selain itu, pemakaian jaket juga memudahkan penumpang untuk mencari anda.
  3. Pastikan anda menggunakan motosikal yang berdaftar dengan Grab untuk menghantar penumpang. Penumpang mempunyai hak untuk tidak meneruskan dengan tempahan jika anda menggunakan motosikal yang berlainan dengan yang dipaparkan dalam aplikasi Grab.
  4. Jangan gunakan akaun rakan-penunggang lain atau membenarkan rakan-penunggang lain menggunakan akaun anda.
  5. Bawa motosikal di bawah had laju dan patuhi semua peraturan trafik.
  6. Letak motosikal di tempat parkir yang sediakan untuk motosikal sahaja.
  7. Pastikan beg GrabFood anda disimpan di dalam bakul simpanan hadapan atau belakang semasa anda menghantar penumpang. Jika motosikal anda tidak mempunyai bakul simpanan, sila pastikan anda memasangnya sebelum anda mula menerima tempahan.

Semua rakan-penghantar* yang menepati syarat-syarat Kementerian Pengangkutan boleh mendaftar untuk menjadi sebahagian program perintis ini.

*Rakan-penghantar wanita yang berjaya mendaftar untuk GrabBike (Beta) akan diletakkan dalam jenis perkhidmatan GrabBike (Beta) yang khusus untuk wanita sahaja.

Dengan pelancaran GrabBike (Beta), rakan-penghantar di Lembah Klang mempunyai PELUANG untuk menerima:

  • Pendapatan lebih 
    • tempahan GrabBike (Beta) + pesanan GrabFood (kecuali kek dan pizza)
  • Insentif khas untuk bulan Januari 2020
  • Jaket untuk rakan-penghantar berserta topi keledar dan jaring rambut untuk penumpang secara percuma

Jika anda terpilih, anda akan dijemput untuk menghadiri latihan khas GrabBike (Beta). Perkhidmatan GrabBike (Beta) hanya akan diaktifkan untuk akaun anda apabila anda telah melengkapkan kesemua latihan khas.

Selepas anda menghadiri latihan tersebut, anda akan diberi jaket untuk dipakai, topi keledar penumpang percuma dan beg penghantaran kecil.

Jangan ketinggalan peluang ini! Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada program perintis ini, sila daftar dengan menekan butang di bawah.

Soalan Lazim

Saya ingin berhenti daripada melakukan tempahan GrabBike (Beta). Apakah yang perlu saya lakukan?
Rakan-penunggang yang telah mendaftar dan berjaya dipilih untuk Program Perintis GrabBike (Beta) tidak dibenarkan untuk keluar daripada program ini.

Saya adalah rakan-penunggang lelaki tetapi telah diberikan jenis perkhidmatan GrabBike (Beta) yang khusus untuk rakan-penunggang wanita. Mengapakah perkara ini berlaku?
Jika anda telah diberikan jenis perkhidmatan yang salah, sila hantar aduan anda kepada kami melalui Pusat Bantuan.

Apakah yang patut saya lakukan jika penumpang lelaki telah menempah jenis perkhidmatan GrabBike (Beta) untuk wanita?
Anda boleh membatalkan tempahan tersebut menggunakan sebab “penumpang memilih perkhidmatan salah”. Kami akan mengambil tindakan terhadap penumpang tersebut.

Bagaimanakah insentif akan dibayar kepada rakan-penunggang?
Insentif yang anda perolehi akan dibayar ke dalam dompet tunai.

Bolehkah saya menerima tempahan Back2Back untuk GrabBike (Beta) semasa saya sedang melengkapkan pesanan GrabFood?
Tidak. Anda hanya boleh menerima tempahan Back2Back untuk perkhidmatan yang sama. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha untuk membolehkan anda menerima tempahan Back2Back untuk jenis perkhidmatan yang berlainan.

Mengapakah saya tidak menerima pampasan pembatalan apabila penumpang membatal lewat?
Jika kami mendapati anda tidak menunggu di lokasi pick-up, anda tidak akan diberikan pampasan. Walau bagaimanapun, sila maklumkan kepada kami jika anda layak untuk mendapat pampasan tetapi tidak menerimanya.

Penumpang saya tidak mahu memakai topi keledar. Apakah yang patut saya lakukan??
Hubungi Khidmat Pelanggan kami dan laporkan hal ini kepada kami. Penumpang diwajibkan untuk memakai topi keledar pada setiap masa semasa trip.

Apakah yang patut saya lakukan jika penumpang mempunyai bagasi?
Penumpang dibenarkan untuk membawa SATU beg galas untuk tempahan GrabBike (Beta). Jika penumpang anda membawa lebih daripada itu, batalkan tempahan dengan memilih “penumpang memilih perkhidmatan salah” dan laporkan hal ini kepada kami melalui Pusat Bantuan.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya terlupa membawa atau hilang jaket/topi keledar Grab?
Anda perlu berhenti menunggang dengan segera kerana Kementerian Pengangkutan mewajibkan rakan-penunggang untuk memakai pakaian seragam.

Jika tertinggal, sila pulang ke rumah untuk mengambilnya. Jika anda kehilangannya, sila kunjungi GDC Axis untuk membeli gantian.

– RM80 untuk topi keledar

– RM50 untuk jaket

Apakah akan berlaku jika saya tidak memakai jaket Grab dan tidak memberi penumpang memakai topi keledar Grab semasa membuat tempahan?
Akaun Grab anda mungkin akan digantung kerana Kementerian Pengangkutan mewajibkan rakan-penunggang memakai pakaian seragam dan juga menyediakan topi keledar kepada penumpang.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai rakan-penunggang GrabBike (Beta)?
Hanya rakan-penunggang yang terpilih sahaja dipelawa untuk menyertai GrabBike (Beta).

Sekiranya saya adalah rakan-penghantar Shared Fleet, bolehkah saya masih menerima tempahan GrabExpress jika saya terpilih untuk GrabBike (Beta)?
Rakan-penghantar Shared Fleet yang terpilih tidak akan menerima pesanan GrabExpress. Oleh sebab itu, rakan-penghantar tidak akan dapat mengguna ciri Pilihan Pemandu lagi.

Bolehkah saya mematikan GrabBike (Beta) pada tetapan jenis perkhidmatan aplikasi saya jika saya tidak ingin menerima tempahan GrabBike (Beta)?
Tidak, anda tidak boleh mematikan GrabBike (Beta) tetapi anda boleh mematikan GrabFood jika anda ingin mendapatkan tempahan GrabBike (Beta) sahaja. 

Beg penghantaran semasa saya terlalu besar untuk saya membawa penumpang sekali. Bagaimanakah untuk membawa para penumpang jika saya terpilih untuk program ini?
Jangan risau, jika anda terpilih, anda akan diberi beg penghantaran yang lebih kecil apabila anda menghadiri latihan khas. Sila bawa beg penghantaran anda untuk membuat pertukaran pada hari tersebut.