
GrabBenefits adalah program yang berusaha memperkayakan pengalaman anda sebagai Rakan Grab semasa anda sedang menjanakan pendapatan di platform Grab. GrabBenefits kini merangkumi Perlindungan, Penjimatan dan Akademi.
Bermula 1 Januari 2023, kami akan memperkenalkan penambahbaikan GrabBenefits yang akan lebih memberi fokus kepada keperluan Rakan-Pemandu & Rakan-Penghantar kami. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memberi lebih manfaat kepada rakan kami yang komited, sambil memberi pengalaman bermanfaat kepada semua.
Ini adalah previu pembaharuan GrabBenefits!
Tempoh Kemas Kini Baru
Peringkat Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar akan dikemaskini semula setiap 3 bulan, bukan 1 bulan.
- Sebelum ini: Setiap bulan – Peringkat dikemaskini di antara 1hb hingga 7hb setiap bulan
- Pengemaskinian baru: Setiap suku tahun – Peringkat akan dikemaskini di antara 1hb hingga 7hb setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Pembaharuan ini adalah supaya Rakan kami diberi lebih fleksibiliti apabila mereka ingin bekerja atau rehat dan jangka masa lebih panjang untuk mencapai sasaran trip mereka. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk menikmati ganjaran ditetapkan untuk lebih lama!
Bagi tempoh kemas kini pertama pada Januari 2023, sila beri masa dari 1hb Januari – 7hb Januari 2023 untuk perubahan baharu berkuatkuasa dengan sepenuhnya. Jika peringkat anda masih belum dikemas kini selepas 7hb Januari 2023, sila hubungi Grab Support.
Peringkat Baru – Ultimate
Memperkenalkan peringkat baru bagi Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar yang paling berprestasi tinggi – Ultimate.
Kami menyediakan peringkat ini untuk Rakan Grab kami yang melebihi jangkaan dan berusaha mengatasi pencapaian.
Rakan Berperingkat Ultimate adalah Rakan yang mempunyai pencapaian paling tinggi di setiap bandar di seluruh Malaysia.
Untuk mencapai peringkat masing-masing, setiap bandar mempunyai sasaran keperluan berlainan, mengikuti trend unik setiap bandar itu. Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar akan mempunyai 3 bulan untuk mencapai keperluan yang disenaraikan.
Tekan lokasi di bawah untuk melihat keperluan bandar anda.
Rakan-Pemandu
Rakan-Penghantar
* Pelanggaran Kod Tatalaku Grab boleh mempengaruhi kedudukan peringkat anda.
Bonus Permulaan Peringkat Kemas Kini Pertama
Bagi suku tahun pertama yang akan bermula pada 1 Januari 2023, kami menawarkan Bonus Permulaan dengan jumlah keperluan tempahan & pesanan yang kurang untuk peringkat Ultimate, mengikuti prestasi anda dari 1 Oktober – 31 Disember 2022. *
Kami memperkenalkan Bonus Permulaan ini pada suku pertama 2023 supaya lebih Rakan dapat menikmati semua ganjaran peringkat Ultimate!
Bonus Permulaan ini hanya mengurangkan keperluan jumlah tempahan & pesanan diperlukan dan berbeza mengikut bandar.
* sila beri masa dari 1hb Januari – 7hb Januari 2023 untuk perubahan baharu berkuatkuasa dengan sepenuhnya. Jika peringkat anda masih belum dikemas kini selepas 7hb Januari 2023, sila hubungi Grab Support.
Tekan butang di bawah untuk ketahui berapa tempahan & pesanan anda perlu lengkap untuk memulakan tahun baru ini dalam peringkat Ultimate!
Perkembangan Peringkat
Bagaimanakan peringkat akan dikemas kini?
Contoh
Tekan butang di bawah untuk lihat Ganjaran anda!
Nantikan kemas kini akan datang untuk ganjaran seperti:
- Ciri aplikasi baru
- Sumbangan KWSP & PERKESO Rakan Grab
Dan banyak lagi!
Peringkat anda untuk suku tahun pertama (Januari – Mac 2023) akan mengikuti pencapaian anda dari Oktober hingga Disember 2022.
Peringkat Ultimate akan ditawar dengan keperluan pesanan/tempahan yang kurang sebagai bonus permulaan!
Tidak, sasaran anda hanya untuk setiap suku, iaitu tiga bulan.
Muat naik peringkat akan berlaku di antara 1 hingga 7 haribulan setiap Januari, April, Julai dan Oktober. Jika anda merasakan muat naik peringkat anda masih mempunyai masalah selepas 7 haribulan, anda boleh menghubungi kami melalui Grab Support.
Peringkat anda akan bergantung kepada prestasi keseluruhan yang dicapai untuk suku yang tinggal (dari Februari hingga Mac).
Tidak, peringkat anda tidak akan diturunkan taraf untuk kesemua tiga bulan dalam Suku 2. Peringkat anda hanya akan dikemas kini pada Suku 3, berdasarkan sasaran yang anda yang anda mencapai pada Suku 2.
Penurunan taraf peringkat anda bergantung pada salah laku yang dilakukan. Anda akan dihubungi oleh pihak Grab untuk penerangan lanjut, dan mereka akan menasihatkan anda tentang kedudukan taraf anda mengikuti Kod Tatalaku Grab.
Anda mungkin perlu melengkapkan pembelajaran-semula sebelum anda boleh diaktifkan semula. Peringkat anda tidak akan dikembalikan sehingga kemas kini suku yang seterusnya atau sehingga 4 bulan.
Jumlah sasaran baru akan ditetapkan mengikut lokasi bandar baru anda. Bilangan tempahan/pesanan yang telah dilengkapkan akan dianjak dan teneruskan pemanduan bagi sasaran yang baharu.
Anda boleh melihat ganjaran anda secara automatik di bahagian GrabBenefits dalam app pemandu anda setelah anda melengkapkan tempahan pertama anda.
Jika sudah lepas 7 haribulan suku tahun baru, sila hubungi kami melalui Grab Support.
Ganjaran ini mungkin telah habis ditebus oleh Rakan Grab yang lain. Jangan risau, kami akan sentiasa menambah ganjaran baru.