Memperkenalkan GrabBenefits baharu, kini di dalam Aplikasi Pemandu anda!

Kini lebih mudah untuk menebus ganjaran anda

Kami telah memudahkan penebusan ganjaran untuk rakan-pemandu Grab! Anda hanya perlu menekan butang GrabBenefits untuk menebus rebat petrol, penyelenggaraan kereta dan banyak lagi manfaat yang boleh menjimatkan perbelanjaan serta menambahbaik pengalaman memandu anda.

Jangan ketinggalan, hanya tekan pada GrabBenefits dalam aplikasi pemandu anda dan nikmati manfaat yang ditawarkan untuk anda!

Tekan tab di bawah untuk ketahui lebih.

Dapatkan manfaat eksklusif apabila anda mencapai peringkat platinum

Peringkat platinum kini lebih berbaloi! Apabila anda mencapai peringkat platinum, anda bakal menerima ganjaran-ganjaran berikut pada Aplikasi Penumpang Grab:

Bukan itu sahaja, banyak lagi ganjaran menanti anda:

  • Diskaun percutian, perkhidmatan, gaya hidup dan hiburan
  • Perlindungan Personal Accident Plus* sehingga RM50,000 dengan GrabInsure
  • Keutamaan Panggilan Khidmat Pelanggan (BARU!)
  • KWSP (Akan datang!)  

Ganjaran-ganjaran ini akan tersedia di aplikasi penumpang anda secara automatik sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar untuk Aplikasi Penumpang Grab dan Aplikasi Pemandu Grab adalah sama.

*Selepas tempoh percubaan percuma selama 3 bulan (untuk semua rakan pemandu), anda akan dikenakan caj untuk mengekalkan polisi anda. Bayaran balik akan diberikan ke dompet kredit anda jika anda mencapai peringkat platinum untuk bulan tersebut.

**Ganjaran dalam aplikasi pemandu hanya akan tersedia pada bulan berikutnya selepas anda mengisi borang sebelum 28hb

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memeriksa peringkat dan pencapaian GrabBenefits anda:

// PENGUMUMAN

Disebabkan oleh masalah teknikal, sila harap maklum bahawa maklumat Kadar Pembatalan (CR) dan pencapaian GrabBenefits anda tidak akan dipaparkan di bahagian Profil Pemandu buat masa ini. Pihak kami sedang berusaha untuk membaiki sistem kami. Sila nantikan maklumat selanjutnya pada masa terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus ganjaran GrabBenefits anda:


Ganjaran Peringkat Platinum

Menjadi rakan-pemandu peringkat Platinum hari ini untuk menikmati manfaat dan ganjaran eksklusif!


Ganjaran eksklusif di GrabBenefits

Nikmati lebih banyak ganjaran di dalam aplikasi pemandu!

Rebat Petrol

Nikmati rebat petrol sehingga RM35 dan dapatkan mata ganjaran Mesra bonus dengan menyertai Program Grab Mesra Fuel Savers. Maklumat lanjut di sini.

Diskaun Pelancongan

Nikmati diskaun sehingga 9% untuk tempahan Agoda di seluruh dunia! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tawaran Istimewa

Dapatkan barangan keperluan untuk peraturan e-hailing pada harga diskaun melalui promosi Grab x Lazada!

Simpanan

Dapatkan sehingga RM360 cashback* untuk 12 bulan jika anda mengekalkan baki purata dalam Akaun CIMB PETRONAS Savers anda. Maklumat lanjut di sini.

Subsidi dan diskaun

Nikmati subsidi bayaran tempat letak kereta dan diskaun istimewa untuk makanan dan minuman di Medan Selera Mitsui Outlet Park Sepang. Maklumat lanjut di sini

Pemeriksaan kesihatan

Nikmati harga istimewa RM40 net untuk servis di Qualitas GP (termasuk pemeriksaan dan ubat-ubatan)!